jump to navigation

Inkues Teoh Beng Hock – Pegawai SPRM dikena tindakan menghina mahkamah January 7, 2010

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Mahkamah Koroner Shah Alam, yang mendengar inkues punca kematian Teoh Beng Hock, mengarahkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan menghina mahkamah. 

Koroner Azmil Muntapha Abas memerintahkan prosiding tersebut terhadap pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Raub Ghani, didengar pada 15 Januari ini.

Pada 1 Januari lalu, pegawai itu membuat aduan polis agar pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat laporan bedah siasat kedua, 22 November lalu, kepada pihak tidak sewajarnya.

Aduan polis dibuat susulan penerbitan berita ‘Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh’ di akhbar rasmi PKR Suara Keadilan edisi 29 Disember – 5 Januari yang menyimpulkan bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati dibunuh.

Dr Pornthip, yang dilantik oleh kerajaan Selangor, kemudian dilaporkan enggan memberikan keterangan pada inkues tersebut kerana bimbang berdepan tindakan tersebut.

Permohonan terhadap Raub dibuat oleh peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, kedua-duanya mewakili keluarga Teoh, dalam prosiding inkues yang bersambung pagi ini.

Teoh ditemui mati dekat pejabat SPRM di Shah Alam, 16 Julai tahun lalu – kematian yang menjadi kontroversi politik terhangat tahun lalu sehingga kerajaan mengarahkan inkues tersebut diadakan dan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat tatacara siasatan SPRM. (mkini)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: