jump to navigation

Hadiah tahun baru 2010 BN kepada rakyat, GULA NAIK 20 sen/kg January 1, 2010

Posted by nikmj in National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80
sen sekilogram.

“Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

“Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, ” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

“Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

Baru je minggu lepas KERAjaan BN cakap harga gula takkan dinaikkan, tengok apa dia orang sudah buat !!!

Lepas ni sudah pasti TOL, PETROLEUM dan letrik juga akan dinaikkan. Sila tunggu dan lihat


Comments»

1. mohamad - January 1, 2010

Ini satu pencapaian -harga gula dunia meningkat maka 1Malaysia tunggu apa lagi? Tingkatkan pencapaian tauke baru sempena tahun baharu ini.
Rakyat didahulukan – rakyat perlu kurang makan gula untuk elakkan kencing manis. Jadi apa masalahnya jika harga gula naik?
Yang lainnya sila baca di blog saya …..
http://gedungakal.blogspot.com/2010/01/apa-yang-baharu.html

2. abe1980 - January 21, 2010

Masaalahnya, aku kena bayar lebih untuk beli gula. Ko ni bengap ke apa?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: