jump to navigation

Pendesak PAS tidak wujud – Salahuddin December 28, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags:
trackback

 

PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

NONENaib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

“Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

protest demanding pas leaves pakatan 02“Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.

(mkini)

Comments»

1. nikmj - December 28, 2009

CINA ISLAM – Sandiwara Umno tidak menjadi di Selangor

Media arus perdana yang pro-kerajaan hari ini semacam secara terancang mula menyiarkan dan membesar-besarkan berita mengenai sekumpulan yang saya anggap sebagai pelakon upahan baru bagi menjayakan rancangan licik bagi melemahkah Pakatan Rakyat.

Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Sekali dengar dan menyaksikan pemberitaan mengenai kumpulan ini seolah mengambarkan betapa Pakatan Rakyat sudah dalam keadaan benar-benar tersepit dan dalam keadaan bahaya akibat dari himpunan haram yang dihalalkan oleh Umno itu.

Namun suka saya ingatkan bahawa inilah sebenarnya tembelang dan satu tindakan bodoh yang semakin meneggelamkan Umno di negeri Selangor khususnya.

Tindakan Umno menaja sekelompok yang sangat kecil jumlahnya itu untuk kononnya menunjukkan ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dan mendesak dengan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar’ sebenarnya memberi isyarat yang jelas itu adalah permainan dan slogan yang dimainkan Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kumpulan yang sekecil itu adalah kumpulan yang sama sekali tidak boleh mengambarkan itulah hasrat dan perangai ahli PAS yang kononnya bencikan sangat kepada pakatan Rakyat. Sebaliknya itulah kebimbangan Umno yang dibawa oleh kumpulan itu.

Umno dan BN lah yang sangat takut dan bencikan Pakatan Rakyat, apalagi periuk mereka nanti akan diisi dengan pasir bila mereka kalah dan tersungkur nanti.

Kejayaan Pakatan Rakyat melangsungkan satu Konvensyen kali pertama yang bersejarah dan ianya berlaku di Selangor menambahkan lagi kebimbangan Umno dan BN.

Kekuataan Pakatan Rakyat yang menjadi pilihan utama rakyat sehingga sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar ucapan bahawa pada PR ke 13 Pakatan Rakyat akan menduduki Putra Jaya, itulah sebenarnya pokok persoalan dan kebimbangan Umno dan BN sehingga mereka nampaknya sudah semacam sudah hilang pedoman dan melakukan apa saja langkah untuk menyerang Pakatan Rakyat walaupun dalam banyak hal rakyat sebenarnya menilai dan mentertawakan Umno dan BN yang sudah “tua” dan “nyayok” itu. (harakahdaily – http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23889:khalil-idham-lim-sandiwara-umno-tidak-menjadi-di-selangor&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: