jump to navigation

Binaan runtuh disebabkan kontraktor ‘OKU’ December 23, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh “kontraktor OKU (orang kuat Umno)”, syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

“Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno,” kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

“Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik,” katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu.

Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

“Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan,” katanya.

“Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa.”

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.

Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.

“Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012). Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?” katanya.

“Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada.” (mkini)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: