jump to navigation

Asri selar JAIS, takkan hadirkan diri kemahkamah November 12, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Bekas Mufti Perlis menyelar tindakan pihak JAIS yang menghebahkan kepada media bahawa akan di dakwa di mahkamah syariah esok sedangkan tiada sebarang surat rasmi atau makluman dokumen kepada beliau sendiri yang tidak tahu menahu pendakwaan tersebut.

“Sehingga kini saya tidak ada sesiapa yang menghubungi, hantar surat atau sebarang dokumen untuk meminta saya hadir di mahkamah syariah.

“Saya tidak akan hadir dan tidak boleh hadir kerana ianya tidak ikut prosedur yang betul. Kenapa dia hebahkan kepada media sedangkan mereka perlu maklumkan kepada saya terlebih dahulu.

“Saya sendiri tidak tahu menahu,” katanya ringkas ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau yang kesal dengan sikap JAIS yang bertindak ‘melangkaui’ bidang kuasa dengan menjadi penghebah, penangkap, penguatkuasa, pendakwa dan penghukum dalam masa yang sama.

“Sikap dan tindakan melampau inilah yang menyebabkan orang hilang keyakinan terhadap kewibawaan pihak institusi agama seperti JAIS yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka,” katanya

Semalam, menurut laporan portal berita beliau dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam, Penolong Pengarah Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata kertas siasatan kes Dr Mohd Asri “hampir siap”.

Menurutnya, pihak pendakwa kini sedang menyemak kertas siasatan tersebut sebelum mendakwa Dr Mohd Asri di mahkamah.

Mohd Hidayat berkata, JAIS akan juga mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah Gombak untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Syariah Shah Alam kerana ia dianggap kes ‘berprofail tinggi’.

“Ia juga memudahkan kami menguruskan kes tersebut dari Shah Alam… selain itu, permohonan seumpama itu dibenarkan mengikut undang-undang,” katanya.

Langkah terbaru Jais itu dijangka mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang sebelum ini mengecam penangkapan bekas mufti Perlis itu ketika memberi ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Gombak pada 1 November lalu.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: