jump to navigation

Cadangan dianugerah ADUN kahwin janda October 31, 2009

Posted by nikmj in malaysia today, malaysiakini, Malaysian Mirror, malaysianinsider, mstar, National, news.
Tags:
trackback

Golongan ibu tunggal yang perlu dibantu hendaklah diletakkan di bawah satu kategori khas supaya golongan lelaki tidak mengahwini mereka semata-mata untuk “mencukupkan kuota poligami”, kata seorang pemimpin pertubuhan Islam.

Setiausaha agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang menyarankan demikian sebagai mengulas kenyataan exco wanita Kelantan, Wan Ubaidah Omar supaya wakil rakyat yang mengahwini ibu tunggal sebagai isteri tambahan diberi “anugerah.”

Wan Ubaidah yang juga pengerusi jawatankuasa wanita, keluarga dan kesihatan Kelantan memberitahu sidang DUN kelmarin bahawa langkah itu dapat membantu ibu tunggal di bawah usia 60 tahun di negeri itu, yang kini lebih 16,500 orang.

Mengulas lanjut, Musa berkata pewujudan kategori tersebut akan dapat memastikan golongan ibu tunggal dibantu melalui poligami.

“Pertama kena tengok kalau ibu tunggal itu tidak bekerja atau sekiranya dia ada ramai anak yang perlu dibesarkan.
“Jadi mungkin kita boleh letakkan kategori itu untuk ibu tunggal, contohnya, yang berpendapatan rendah dan juga anak yang ramai, hingga lima orang anak.

“Inilah kategori yang perlu dibantu,” katanya ketika dihubungiMalaysiakini semalam.

Dianjurkan agama

“Kalau yang cantik, yang tak ada anak dan yang ada pekerjaan bergaji besar, itu sudah kategori lain,” tambahnya.

Pendekatan itu, katanya, akan membolehkan masyarakat menghayati amalan Nabi Muhammad yang berkahwin dengan ibu tunggal.

“Antara semua orang isteri nabi, hanya Siti Aisyah seorang yang anak dara. Yang lain kesemuanya ibu tunggal, kebanyakannya yang kehilangan suami akibat perang,” katanya lagi.

Sementara itu, ketua setiausaha Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) juga menyambut baik saranan itu dan berkata amalan berkenaan sememangnya dianjurkan oleh Islam.

“Memandangkan poligami amat biasa di Kelantan berbanding negeri lain di Semenanjung… Ini bukan sesuatu yang memeranjatkan,” kata Mohamad Raimi.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan amalan tersebut perlu diberi perhatian dan perancangan khusus.

“Pasangan tersebut perlulah mendaftarkan perkahwinan dan walaupun ia sampai ke peringkat di mana pasangan itu perlu bercerai… ia mesti diselia,” katanya lagi.

Jadi calon isteri

Menurutnya lagi, ia untuk memastikan poligami diamalkan dengan adil dan saksama kepada semua pihak.

Kebajikan ibu tunggal itu juga, katanya, mesti dipastikan walaupun mereka tidak dikahwini.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin juga mengalu-alukan cadangan tersebut dan menambah langkah itu sememangnya selari dengan ajaran Islam.

“Mula-mula mungkin orang akan hairan kerana penyelesaian yang dianjurkan ialah poligami, tetapi saya boleh faham sebab di sebalik cadangan ini,” katanya kepada Malaysiakini.

“Jika seorang lelaki ingin ambil seorang lagi isteri mengikut cara ini mungkin boleh dijalankan dan ia patut dipertimbang kerana jika seseorang ingin mengamalkan poligami, ia sepatutnya memberi keuntungan kepada seseorang,” katanya.

Bagaimanapun, Zaid menambah keprihatinan terhadap kebajikan ibu tunggal ini tidak hanya perlu setakat menjadikan mereka isteri kedua, ketiga atau keempat tapi mereka perlu juga dipertimbang oleh lelaki yang baru hendak berkahwin.

Comments»

1. nikmj - October 31, 2009

Orang kebanyakan yg layak pun patut dpt jugak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: