jump to navigation

PRK N31 Bagan Pinang : Apahal kes tetak ni? October 9, 2009

Posted by nikmj in By election, General, harakahdaily, islam, malaysiakini, N31 Bagan Pinang, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Polis menyifatkan laporan Harakahdaily hari ini berhubung serangan ke atas petugas parti itu di Bagan Pinang sebagai tidak benar kerana menyebut polis “tidak menjalankan tugas” semasa insiden berkenaan awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC II Abd Manan Mohd Hassan berkata kandungan laporan berkenaan, yang disiarkan akhbar web rasmi PAS itu, juga dianggap boleh “menjejaskan ketenteraman.”

“Isi kandungan ini boleh menjejaskan ketenteraman (awam). Kita minta kepada penulis-penulis blog ini, kalau boleh, janganlah menulis perkara perkara yang tidak benar,” katanya dalam sidang media di markas taktikal PDRM di Port Dickson petang ini.

“Bagi polis, kalau ada elemen-elemen yang tidak benar, kita akan siasat, dan mengambil keterangan daripada orang yang menulis.” 

Portal berita tersebut pagi ini mememetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang mempersoalkan sikap polis yang didakwa “lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.”

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Mohd Zaki Masrof pula menjelaskan ia cuma sedikit kekecohan yang melibatkan kira-kira 10 penyokong BN dan beberapa penyokong PAS dalam insiden itu kira-kira jam 3 pagi.

Sebenarnya tidak berlaku apa-apa insiden. Polis ada di situ, ada berkumpul ramai-ramai, kita beritahu suruh bersurai, jadi mereka patuh dan bersurai,” katanya pada sidang media yang sama.
“Penyokong BN lebih kurang 10 orang yang ditugaskan memasang poster di kawasan berhampiran, perkara ini tidak disenangi oleh penyokong PAS dan telah menegur sekumpulan penyokong BN yang memasang bendera tetapi pada ketika itu polis sampai dan pihak polis telah menasihatkan mereka supaya bersurai,” tambah Mohd Zaki.

“Mereka akur dengan arahan polis dan tiada apa-apa insiden yang berlaku pada ketika itu,” katanya. 

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan ke atas penulis serta kandungan laporan akhbar web berkenaan untuk menentukan sama ada ia mengandungi butiran yang benar.

“Kita akan siasat Harakahdaily ini secara terperinci, kita akan siasat adakah benar apa yang dilaporkan dalam Harakahdaily. 

“Kalau didapati tidak benar, polis akan buat laporan (polis) balas terhadap laporan yang disiarkan dalam Harakahdaily ini. Kerana laporan ini boleh menjejaskan imej PDRM, ia mengatakan pihak polis tidak bertindak, padahal pagi tadi kita memang berada di kawasan tersebut,” kata Mohd Zaki lagi.

Tambahnya, polis juga menasihatkan PAS supaya membuat aduan polis berhubung perkara berkenaan untuk memudahkan pihaknya menjalankan siasatan.

“Kalau yang macam ini, lagi cepat polis hantar. Apa lagi yang ini?,” katanya, sambil menunjukkan cetakan daripada laporan itu yang bertajuk ‘Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak‘.

Laporan berkenaan turut memuatkan gambar yang didakwa mangsa, dalam keadaan kepalanya berdarah dan bajunya koyak di bahagian belakang, dalam insiden tersebut.

“Tapi kenapa dia (PAS) masuk blog dulu? Kenapa dia tidak bawa ke balai? Apa tujuan dia?” kata Mohd Zaki.

“Jangan kata polis tidak bertindak, buat aduan polis dulu. Janganlah sebar perkara yang tidak betul. 

“Kita sudah nasihatkan mereka, jika ada apa-apa yang tidak puas hati supaya buat laporan polis. Jadi apabila tiada laporan polis, tiba-tiba keluar pula berita seperti ini. Kalau benar, tampil ke hadapan dan buat laporan polis supaya senang pihak polis menyiasat. Sebab yang menyiasat hanya pihak polis, jabatan lain tak ada lagilah.” (mkini)

Points to ponder :

If the  cops were there during incident, why no actions were taken to those with weapons in which the cops admittedly said BN guys attacking the  PAS base?

If there’s really no weapons incident involved, how could that guy was injured? Injured himself purposely?

Since the cops were there then why wait until someone got injured?

Do every blogger need a police permit to post any article?

Many people were not there 3am in the morning, so for those who made the report please give facts rather than thought.

Comments»

1. nikmj - October 9, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: