jump to navigation

PRK N31 Bagan Pinang : BN tetak dan ceroboh markas pemuda PAS October 8, 2009

Posted by nikmj in By election, General, harakahdaily, malaysia today, N31 Bagan Pinang, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

“Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini,” Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

“Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa,” katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

“Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas,” ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

“Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni,” katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

“Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan,” ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

“Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

“Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan,” dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan. (Harakahdaily)

Comments»

1. nikmj - October 8, 2009

POLITIK WANG BUKAN RASUAH, KATA ISA SAMAD
Posted by admin
Thursday, 08 October 2009 15:14
Wong Shu Qi, Merdeka Review

“Politik wang bukan rasuah,” demikianlah pendirian yang dipegang calon UMNO-BN Bagan Pinang, Mohd Isa Abdul Samad. Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah.

“Saya bukan rasuah. Ini ialah politik wang. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika. Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti. Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah,” kata Isa Samad kepada wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara pada malam Isnin yang lalu.

Malah, ketika diajukan soalan bahawa pencalonan Isa Samad dilihat sebagai menghalang usaha UMNO membanteras rasuah, calon ini menganggap politik rasuah dalam UMNO bakal diselesaikan dengan pindaan perlembagaan parti.

Tidak adil dihukum dua kali

“Saya tidak menganggap itu sebagai masalah. Kerana dalam perhimpunan agung parti yang akan datang, kami akan meminda perlembagaan parti, seperti tiada lagi kuota (pencalonan). Ini akan menyelesaikan masalah politik wang dalam UMNO.”

Isa Samad menyambung, “keduanya, saya telah digantung (keahlian) untuk tiga tahun. Dan saya telah menjalani hukuman selama tiga tahun. Saya meletak semua jawatan saya dalam parti dan kerajaan. Selepas proses ini, saya menganggapi ia seharusnya tiada masalah lagi.”

“Mereka tidak boleh menghukum saya untuk kali kedua. Adalah tidak adil untuk sesiapa menghukum saya untuk dua kali. Itu amat tidak adil,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada kes ini harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Isa Samad berkata pada mulanya “ia bergantung kepada UMNO,” Setelah merenung seketika, disambung dengan “tapi saya anggap sekiranya ada pindaan baru, masalah ini tidak timbul.”

Isa Samad menyimpulkannya bahawa “politik wang UMNO akan berkurang selepas perlembagaan parti dipinda.”

Isa Samad, 60, adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, sejak tahun 1982. Beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 2004 dengan undi tertinggi, 1,507 mengatasi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Isa Samad dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun pada mulanya oleh Lembaga Disiplin Umno, setelah disabitkan kesalahan terlibat dalam politik wang. Kemudiannya, hukuman ini diringankan kepada 3 tahun selepas rayuan dibuat, berakhir pada Jun 2008.

Mohd Hassan calonkan Isa?

Pertandingan Isa Samad dalam PRK DUN Bagan Pinang kali ini dilihat sebagai plot baru dalam kerjaya politik dirinya. Malah, ada yang khuatir bahawa pengembalian Isa Samad semula ke gelanggang politik, semestinya mencetuskan perebutan kuasa, bukan sahaja di Negeri Sembilan, tetapi mungkin menggugat kedudukan Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Orang kuat Negeri Sembilan ini pernah mengatasi Muhyiddin Yassin dalam pemilihan parti tahun 2004, ketika pertandingan jawatan Naib Presiden. Malah, pada peringkat awal UMNO mempertimbangkan calon yang bakal diletakkan di Bagan Pinang, Timbalan Presiden UMNO ini menasihatkan agar lebih daripada satu nama dicadangkan.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hassan mendakwa dirinya yang mencalonkan Isa Samad. Ketika ditanya kepada Isa Samad, beliau mengesahkan bahawa Mohd Hassan pernah mencadang kepadanya untuk bertanding dalam PRK Bagan Pinang.

“Bukan sekali, malah dua kali,” katanya ketika memaklumkan dirinya ditawar untuk bertanding oleh Mohd Hassan. Namun, Isa Samad mengakui bahawa beliau lebih berminat untuk bertanding di kawasan parlimen. Walau bagaimanapun, beliau menerima tawaran Menteri Besar dan Presiden UMNO selepas diputuskan.

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

2. zach - October 9, 2009

tak mengapa jika markas PAS diserang. Bukannya isu besar. Jika Markas UMNO yang diserang baru jadi isu besar. Satu negara dihebahkan kononnya PAS mengamalkan keganasan.

3. PRK N31 Bagan Pinang : Apahal kes tetak ni? « The Blog Of My Life - October 9, 2009

[…] malaysiakini, news. Tags: PRK N31 Bagan Pinang : Apahal kes tetak ni? trackback Polis menyifatkan laporan Harakahdaily hari ini berhubung serangan ke atas petugas parti itu di Bagan Pinang sebagai tidak benar kerana […]

4. Shonzu - October 10, 2009

Glamour betul model PAS baru ni. Muka berdarah bagai nak rak, tubuh belakang siap kena tetakan tapi tak ada bekas luka pun. Lepas tu hanya dua gambar je yang berlegar2 dalam blog.

Sepatutnya mesti ada lagi gambar tunjuk keadaan model tu dari atas ke bawah. Iye la, 100 orang yang pukul dan siap tetak dengan pedang samurai pula. Takkan 2 gambar je yang puak2 hamPAS ni ada. Mesti banyak lagi kan???

Keluarkan la semua, nak tengok bagaimana tahap ‘samseng UMNO’ tu buat. Kalau boleh beritahu sekali di hospital mana model ini dirawat.

Takkan lepas kena tetak jumpa Niky Ajeh, terus boleh sembuh dan sihat je kut. Memang keramat betul Niky Ajeh tu ye….Dah register masuk syurga Niky Ajeh ke?

Hehehehe…..

PAS 4 all = Israel 4 all
http://www.israel4all.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: