jump to navigation

Bajingan INdon memang patut diganyang October 8, 2009

Posted by nikmj in bernama, General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Polis Diraja Malaysia meningkatkan kawalan di semua pintu masuk utama dari Kalimantan Barat ke Sarawak sebagai langkah berjaga-jaga ekoran ancaman satu kumpulan pelampau Indonesia untuk menyerang Malaysia hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata kawalan oleh anggota Pasukan Gerakan Am ditambah bermula hari ini khasnya di pos sempadan Tebedu dan Serikin selain di beberapa jalan keluar masuk haram di sempadan Sarawak dan Kalimantan.

“Setakat ini kita tidak ada menerima sebarang laporan pergerakan masuk kumpulan dikenali Bendera itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan polis kontinjen Sarawak dan majlis ramah tamah Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

Mohmad berkata polis juga akan membuat beberapa sekatan di jalan-jalan utama keluar masuk ke sempadan negeri itu selain membuat pemantauan di kawasan perindustrian dan perladangan yang banyak menggunakan khidmat tenaga kerja Indonesia.

Katanya pasukan polis dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah telahpun membuat pemantauan dan setakat ini tidak ada sebarang kejadian luar biasa yang berlaku di kawasan terbabit.

Mengenai penduduk Sarawak yang mahu ke Kalimantan, Mohmad berkata belum ada laporan mengatakan rakyat Malaysia yang ke Kalimantan diancam ataupun diganggu ketika berada di sana.

Konsul Malaysia di Pontianak M Zairi M Basri ketika dihubungi Bernama berkata keadaan di Pontianak ketika ini adalah tenang dan tidak ada kejadian yang menunjukkan wujudnya aktiviti anti-Malaysia.

Katanya berdasarkan kepada pemantauan di terminal bas utama Pontianak semalam kerana ada syarikat menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari Pontianak ke Kuching, tidak ada perkara luar biasa yang berlaku.

“Keadaan di sini aman dan tiada aktiviti luar biasa yang melibatkan kempen Bendera walaupun kita difahamkan Bendera ada anggotanya di sini,” kata Zairi.

Terdapat kira-kira 200 rakyat Malaysia di Pontianak terdiri daripada pekerja selain ahli perniagaan yang sering berulang alik dari Pontianak ke Malaysia.

“Tidak ada masalah ini sini. Hujung minggu ini kita akan mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia di Pontianak dan kita jemput sekali Gabenor Kalimantan Barat kerana hubungan Malaysia dan Indonesia di sini cukup baik,” katanya. BERNAMA

Comments»

1. Parbawati - December 8, 2009

Sial Imdom sial

2. ann - December 27, 2009

Kerajaan Malaysia terus menikus. Konon jaga hubungan. Ada ke kerajaan indon 2 jaga hubungan?

Aku dlm dilema…. kerajaan kita ni. Terlalu baik ke… terlalu tuttttt.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: