jump to navigation

Tohmahan Khir disangkal MB dan Speaker Selangor September 23, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National, news, Politics, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tags:
trackback

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim menyangkal dakwaan Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Dr. Muhamad Khir Toyo bahawa wujud rebutan kuasa antara beliau dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di sebalik isu Selcat sekarang.

“Saya tidak berkuasa… saya cuma Speaker sahaja… itu saja,” kata Teng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang berhadapan dengan kritikan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pembangkang peringkat negeri sejak minggu lalu.

“Saya tiada kuasa untuk melantik Exco, saya tiada kuasa mengetuai majoriti anggota di DUN, saya tidak melantik ketua-ketua syarikat kerajaan negeri..,” kata Teng sambil menegaskan, Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sengaja mahu mencetuskan masalah dan mengeruhkan hubungan beliau dengan Khalid.

Sambil mempertahankan perjalanan Selcat yang diwujudkan tahun lalu, Teng memberitahu, idea penubuhan jawatankuasa itu dibawa oleh Khalid selaku Menteri Besar dan ketua kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan ekoran keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008.

“Selcat adalah idea, inisiatif Khalid selaku Menteri Besar. Bukan saya bawa idea ini ke DUN,” katanya lagi.

“Saya lihat Khir bertindak macam kebudak-budakkan,” kata Teng lagi.

Teng mengulas kenyataan Dr. Khir pagi tadi kepada mStar Online yang mendakwa isu terbaru yang menyelubungi Selcat adalah bukti wujudnya perebutan kuasa antara Menteri Besar dan Speaker DUN itu.

“Saya melihat Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) tidak boleh buat apa-apa. Speaker (Teng) memiliki kuasa yang lebih besar berbanding Menteri Besar,” katanya.

Selain itu, kata Dr. Khir, BN Selangor juga akan memfailkan kes mempertikaikan status Selcat dan undang-undang DUN yang melarang mana-mana wakil rakyat mempersoalkan Selcat.

Kes akan difailkan awal bulan depan.

Sehubungan itu, Dr. Khir menambah, Selcat digunakan sebagai “instrumen kuasa politik, bukannya untuk memperbaiki pengurusan kerajaan negeri.”

“Ia lebih merupakan instrumen politik,” katanya.

BOLEH KELUAR SELCAT

Mengenai pendirian dua wakil Barisan Nasional (BN) yang memutuskan untuk keluar daripada menganggotai Selcat sebagai tanda protes, Teng memberitahu, pihaknya tidak akan menghalang jika mereka hendak berbuat demikian.

“Itu hak mereka. Kita sudah beri mereka peluang… peluang yang lebih besar untuk mereka (untuk menganggotai) Selcat,” katanya.

Teng memberitahu, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan BN masing-masing mempunyai dua wakil dalam Selcat berbanding hanya seorang wakil PAS.

Kata beliau, Selcat masih boleh berfungsi walaupun kedua-dua BN memutuskan untuk keluar kelak.

“Mereka dilantik menganggotai Selcat berdasarkan perwakilan (BN) dalam DUN… terserah kepada mereka (anggota BN),” katanya lagi.

Keputusan rasmi mereka dijangka diketahui bulan depan.

“Selcat hanya memerlukan kuorum tiga anggota (untuk menjalankan urusannya). Jadi, jika anggota BN keluar, Selcat masih boleh berfungsi, ia tidak akan membawa apa-apa kesan,” jelas Teng.

Semalam, salah seorang wakil BN dalam Selcat, Ismail Sani memberitahu mStar Onlinebahawa beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan tersebut.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua memberitahu, rakannya, Sulaiman Abdul Razak iaitu wakil rakyat BN kawasan Permatang juga mempunyai pendirian yang sama.

Dr. Khir yang dihubungi hari ini merestui pendirian mereka.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Selain kedua-dua ADUN BN itu, anggota Selcat terdiri daripada Teng (DAP-Sungai Pinang) selaku Pengerusi, Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Teng memberitahu, BN telah diberikan peluang menganggotai kesemua jawatankuasa DUN Selangor termasuk Selcat dan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Perjalanan Selcat kini dikritik dengan pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa mereka dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Kelmarin, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin) menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

LUCUT AUTOMATIK?

Ketika ditanya sama ada kedua-dua wakil BN boleh dilucutkan secara automatik kerana tidak menghadiri sesi pertemuan Selcat secara berturut-turut, Teng memberitahu, “tiada peraturan sedemikian.”

“Tidak… tiada peruntukan menggugurkan mereka secara automatik atas kegagalan menghadiri sidang Selcat. Jika mereka hendak keluar daripada Selcat, itu hak mereka,” katanya.

Ismail semalam memberitahu mStar Online bahawa beliau hanya hadir satu sesi pertemuan Selcat iaitu yang pertama pada Mac lalu.

Sehubungan itu, kata Teng, rekod kehadiran wakil BN dalam mana-mana jawatankuasa semasa kerajaan negeri Selangor ditadbir BN menunjukkan peratusan kedatangan yang buruk.

“Dulu pun rekod kehadiran mereka adalah buruk, bukanya sekarang,” kata beliau. (mstar)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: