jump to navigation

UMNO sesatkan Melayu September 16, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai “kumpulan sesat dalam politik” dan “digesa agar kembali ke pangkal jalan”.

Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini.

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat.

“Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup,” katanya ketika dihubungi Malaysiakinihari ini.

Selain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu.

Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Ahmad, yang juga naib pengerusi DAP Johor, berkata beliau berasa malu dengan tindakan kerajaan negeri itu, berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang membantu sekolah agama rakyat (SAR) terutama menaikkan gaji guru-guru dan menyedia peruntukan kepada sekolah terbabit.

“Jadi tidak betul, kalau (Umno) kata kita sesat,” tambahnya.

SAR di negeri itu ditutup secara berperingkat-peringkat mulai tahun lepas dan DAP bersama Pakatan Rakyat di Johor menghantar memorandum kepada menteri besar berhubung isu tersebut.

Ahmad diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai kumpulan tersesat jalan politik dan digesa kembali menyokong Umno.

Pemimpin Umno itu dipetik berkata tindakan mereka juga satu kesilapan besar kerana perjuangan DAP tidak langsung membela Melayu dan perkembangan Islam, malah turut menyamaratakan semua kaum, sekali gus menguburkan terus hak istimewa orang Melayu.(MK)

Comments»

1. abukhuzaifah - September 16, 2009

aku nak jd ahli dap jugak la.

jadi jangan tak jadi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: