jump to navigation

PRK N31 Bagan Pinang : SPR umum penamaan calon pada 3 October dan pilihanraya pada 11 Oktober September 14, 2009

Posted by nikmj in By election, General, malaysiakini, mstar, N31 Bagan Pinang, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuarat khas hampir dua jam di sini sebentar tadi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu dan pengundian pada Ahad adalah berdasarkan maklum balas yang diterima berikutan peratusan undi yang menurun pada pilihan raya kecil sebelum ini di DUN Permatang Pasir.

“Banyak di tempat lain sebelum ini kita pilih hari bekerja (hari penamaan calon dan pengundian), kita dapati jumlah pengundi yang datang ramai, contohnya di Manek Urai sebanyak 88 peratus.

“Kecuali di Permatang Pasir, kita tidak tahu kenapa pengundi yang turun hanya 73 peratus sahaja.

“Jadi berdasarkan maklum balas itu, kita tukar kepada Sabtu dan Ahad,” katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, BN yang meninggal dunia pada 4 September lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, SPR tidak menolak kemungkinan untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil seterusnya pada hari hujung minggu sekiranya menerima maklum balas yang baik dari segi peratusan keluar mengundi di DUN Bagan Pinang.

Beliau turut menafikan pemilihan tarikh berkenaan adalah disebabkan DUN Bagan Pinang adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

“Mana ada…tidak langsung terlintas di fikiran kita perkara begitu,” katanya.

Berhubung keraguan terhadap ketelusan pengundian pos yang disuarakan sesetengah pihak, Abdul Aziz berkata, pihaknya memberi jaminan pengundian itu berlangsung secara telus memandangkan syarat-syarat ketat yang dilaksanakan sepanjang proses pengundian dan pengiraan undi.

“Tidak mungkin akan berlaku undi pos boleh ditambah sesuka hati. Hanya mereka yang layak dalam undang-undang boleh mendaftar diri sebagai pengundi pos.

“Untuk menjadi pengundi pos, dia tidak boleh hendak tipu dan hantar orang lain kerana ia perlu disahkan oleh orang yang dikenali melalui borang 2 yang akan disekalikan dengan kertas undi dan diletakkan dalam sampul surat,” katanya.

Beliau berkata, proses itu akan turut dipantau oleh pegawai SPR dan ejen-ejen parti yang bertanding.

Katanya, semua sampul surat itu akan disimpan dalam karung yang dilekatkan pita yang ditandatangani oleh ejen-ejen bagi tujuan keselamatan dan disimpan oleh pegawai pengurus sehingga hari pengiraan undi.

“Pada hari mengundi, SPR dengan disaksikan ejen akan mengeluarkan sampul surat tadi untuk memisahkan kertas undi dan borang 2.

“Selepas itu, kertas undi akan dimasukkan ke dalam kotak undi. Soal siapa undi siapa, tiada siapa yang tahu kecuali orang berkenaan,” katanya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR masih memberi ruang kepada parti-parti politik yang telah melanggar larangan mengadakan pondok panas pada hari mengundi memandangkan ia masih di peringkat awal pelaksanaan.

“Tetapi jangan terkejut apabila tindakan diambil selepas ini. Kita dah ingatkan banyak kali, jangan pula nanti tuduh SPR zalim,” katanya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan bertemu dengan wakil parti-parti yang bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang iaitu BN dan PAS bagi memberikan taklimat berhubung peraturan sepanjang tempoh berkempen.

Berhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Abdul Aziz berkata siasatan SPR mendapati tiada pengundi hantu dan pengundi terbabit adalah sah dan telah mendaftar sebelum 2002.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (MAFREL) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan.

Info pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang:

Tarikh penamaan calon: 3 Oktober 2009 (Sabtu)

Tarikh pengundian: 11 Oktober 2009 (Ahad)

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik mesyuarat pejabat daerah Port Dickson.

Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009

Jumlah pemilih berdaftar: 13,664 orang

Jumlah pemilih biasa: 9060 orang

Jumlah pemilih pos: 4604 orang

Jumlah pusat mengundi: 8 pusat melibatkan 8 sekolah

Jumlah saluran mengundi: 18 saluran

Pegawai Pengurus: Abdul Wahab Shamsuddin – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson

Jumlah petugas SPR: 275 orang

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: