jump to navigation

Balada Pilihanraya Kecil September 14, 2009

Posted by nikmj in By election, General, malaysianinsider, National, news, Politics.
trackback

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dari Barisan Nasional (BN), Azman Mohd Noor. Kematian Adun tersebut akan menyebabkan pilihanraya kecil (PRK) perlu diadakan di kerusi DUN yang terletak dibawah parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Selepas pilihanraya 8 Mac 2008, kita telah menyaksikan lapan PRK berlangsung seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

PRK kesembilan yang bakal berlangsung tidak lama lagi secara uniknya akan berlangsung di Negeri Sembilan. Buat pertama kali dalam sejarah politik negara, Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya memenangi tujuh daripada lapan PRK yang telah diadakan.

Sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, kebiasaannya, setiap PRK akan dimenangi oleh calon daripada BN tidak kira dikubu kuat pembangkang sekalipun. Kalau adapun yang dimenangi oleh pembangkang hanyalah satu atau dua kerusi seperti kerusi DUN Lunas pada era pemerintahan Dr. Mahathir.

Kini, berlaku perubahan dalam senario politik negara apabila Pakatan yang terdiri daripada gabungan PKR, PAS dan DAP menjadi pencabar utama kepada BN yang telahpun memerintah Malaysia selama 52 tahun.

Dalam pilihanraya umum lalu, Arwah Azman Mohd Noor yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 1505 undi dimana calon BN tersebut mendapat 6,430 undi berbanding 4,925 undi yang diterima oleh calon PAS.

Kerusi Bagan Pinang ini mempunyai 14,192 pengundi dimana 4,925 daripadanya adalah pengundi pos. Bagan Pinang penting kepada kedua-dua BN dan Pakatan.

Negeri Sembilan yang sebelum ini menjadi kubu kuat BN telahpun kehilangan majoriti 2/3 di DUN pada pilihanraya umum 8 Mac lalu. BN hanya memenangi 21 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Sebab itu kerusi ini amat penting untuk dipertahankan oleh BN bagi menyekat pengaruh Pakatan daripada terus menembusi Selatan Semenanjung Malaysia.

Bagi Pakatan pula, kemenangan di Bagan Pinang akan melebarkan sayap mereka di Negeri Sembilan yang kini menjadi sasaran untuk ditawan pada PRU akan datang.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih belum menetapkan tarikh PRK Bagan Pinang dan hanya akan bermesyuarat pada 14 September. Semenjak SPR mempunyai pengerusi baru iaitu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, masih belum kelihatan sesuatu yang serius dilakukan bagi mereformasikan pilihanraya di Malaysia.

Banyak perkara boleh dilakukan oleh SPR untuk memperbaiki kredibiliti pilihanraya di Malaysia. PRK adalah medan yang terbaik untuk memperkenalkan mekanisma baru seperti penggunaan dakwat kekal (indelible ink) bagi menggelakkan berlakunya penggundian berulang.

Walaupun ianya tidak seratus peratus boleh menjamin tidak berlakunya kecurangan, sekurang-kurangnya dakwat kekal boleh menjadi pencegah yang terbaik.

Tambahan lagi, penggunaan dakwat kekal ini telahpun diterima pakai diperingkat antarabangsa dan dilaksanakan di negara-negara Asia. Di Asia Tenggara, majority daripada negara-negara Asean, telah pun menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya mereka.

Saya sendiri pernah menyaksikan dakwat kekal digunakan di Thailand, Filipina dan Indonesia. Semua pihak dinegara-negara ini menerima baik penggunaan sistem ini yang di yakini dapat mengurangkan kecurangan pilihanraya.

Dalam pilihanraya Presiden dan Provinsi di Afghanistan baru-baru ini, sekali lagi dakwat kekal digunakan dengan jayanya. Sebelum pilihanraya berlangsung, pergerakkan Taliban yang berazam untuk mensabotaj pilihanraya tersebut, telah memberikan amaran bahawa mereka akan memotong jari rakyat yang terdapat dakwat kekal selepas pilihanraya sebagai langkah untuk memaksa rakyat agar tidak mengundi.

Amaran dari Taliban ini langsung tidak melemahkan semangat Independent Election Commission (IEC) dari melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Pilihanraya pada 20 Ogos 2009 masih terus berlangsung dengan menggunakan dakwat kekal.

Jika dibandingkan dengan alasan SPR apabila membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum PRU 8 Mac, IEC lebih layak untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal di Afghanistan. Tetapi IEC tidak melakukannya.

Selepas pilihanraya pada 20 Ogos, Free and Fair Election Foundation of Afghanistan (FEFA) melaporkan bahawa Taliban telah memotong dua jari kepada dua rakyat yang terdapat dakwat kekal. Menurut pengerusinya, Nader Nadery, pemantau FEFA telah mengesan kejadian ini pada hari pilihanraya.

Ertinya, ancaman yang dilakukan oleh Taliban itu benar dan bukannya ugutan kosong semata-mata. Kita dapat lihat betapa seriusnya masalah keselamatan di Afghanistan berbanding dengan Malaysia. Namun, penggunaan dakwat kekal tetap diteruskan oleh kerana ianya sebuah mekanisme yang diterima umum bagi menggelakkan berlakunya pengundian berulang.

Bagan Pinang bolehlah dijadikan medan untuk SPR melaksanakan perubahan bagi memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

SPR harus tegas dengan media arus perdana terutamanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang seharusnya memberikan laporan yang seimbang dalam kempen pilihanraya kepada semua pihak dan bukannya berpihak kepada parti-parti tertentu.

Malaysia sebagai sebuah negara yang dianggap sebagai antara yang terhebat dalam negara-negara membangun harus mencontohi Afghanistan yang telahpun mengadakan debat secara terbuka secara langsung dalam televisyen bagi calon-calon yang bertanding.

Mengapa tidak SPR menyediakan sebuah medan bagi calon-calon PRK Bagan Pinang untuk berdebat secara terbuka agar rakyat di Bagan Pinang mempunyai informasi yang cukup mengenai calon-calon yang bertanding sebelum keluar untuk membuang undi?

Saya percaya jika ini dilakukan, demokrasi di Malaysia akan maju setapak lagi kehadapan. Alasan yang sentiasa digunakan mengenai rakyat Malaysia yang “kononnya”tidak bersedia dengan budaya debat terbuka adalah satu alasan yang dangkal.

Jangan kita biarkan PRK yang kesembilan berlangsung tanpa ada sebarang usaha untuk memperbaiki perjalanan prosesnya. Persoalan siapa menang atau kalah biarlah ditentukan oleh rakyat. Yang penting, proses pilihanraya di Malaysia berjalan dengan adil, telus dan bebas dari sebarang pengaruh atau parti politik. (TMI)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: