jump to navigation

Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng Hock September 8, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, National, news.
Tags:
trackback

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ditegur oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kerana mengeluarkan kenyataan yang mungkin menjejaskan siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock.

Dalam satu kenyataannya, Koh berkata, Ahmad Said dan para pegawai kanan SPRM sepatutnya mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan dan juga inkues terhadap kematian Teoh.

“Mereka hendaklah lebih sensitif terhadap perasaan keluarga Teoh yang kehilangan orang yang disayangi, tidak kira sebab kematiannya yang menjadi topik siasatan,” kata beliau.

Teguran Koh itu dibuat berikutan kenyataan Ahmad Said bahawa Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mempunyai beberapa kes suspek membunuh diri.

“Walaupun ini mungkin kenyataan fakta berkaitan ICAC, komen terbuka oleh ketua SPRM ketika siasatan sedang berjalan boleh dianggap cuba mengandaikan bahawa bunuh diri mungkin menjadi sebab kematian Teoh, sedangkan siasatan belum mencapai keputusan konklusif,” kata beliau.

Beliau berkata, orang ramai mengharapkan hasil konkrit dari SPRM dalam memerangi rasuah, satu daripada enam bidang pencapaian utama nasional yang diumumkan Perdana Menteri.

Beliau menekankan, SPRM mestilah “bebas dan dilihat bersifat demikian dalam pengendalian sebarang kes”.

Keluarga Teoh pula mengecam kenyataan Ahmad Said yang mereka sifatkan cuba membayangkan pembantu politik kepada anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu membunuh diri.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan menyatakan, Ahmad Said memberitahu akhbar Sin Chew Daily bahawa beliau dimaklumkan tentang kes sepuluh orang yang melompat dari bangunan tinggi selepas disiasat oleh ICAC sejak ia ditubuhkan.

“Beliau juga berkata, jika orang yang disiasat tidak tahan dengan tekanan dan terjun dari bangunan, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh SPRM,” Malaysian Insider memetik Lee Lan berkata.

Bercakap bagi pihak keluarganya, Lee Lan mengingatkan: “Jika SPRM terus membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dibuktikan, kami bersedia berjumpa Perdana Menteri sekali lagi dan mendesak beliau menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Beng Hock”.

Beliau juga mencabar Ahmad Said menjawab tiga soalan iaitu, siapa yang melihat Teoh terjun dari bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, mengapa pula Teoh patut berasa tertekan sedangkan SPRM menyatakan beliau hanya saksi dalam siasatan dan adakah cara siasatan SPRM mengakibatkan tekanan ke atas saksi atau orang yang disyaki sehingga menyebabkan mereka terjun membunh diri? (harakahdaily)

KAH KAH KAH ….. KAH KAH KAH….. KAH KAH KAH ….

1MALAYSIA KETAWA KAH KAH KAH …..

CAYALAH TSU KOON….. LU MEMANG BELANI BERSUARA O….

ITU PENANG TANAH PUNYA CERITA BELUM SETEL SAMA LIM GUAN ENG…..

SILAP2 NANTI ITU SAID KACAU SAMA LU, SUSAH O….

JOM 1MALAYSIA KETAWA LAGI KAH KAH KAH….

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: