jump to navigation

Ghani Patail mahu dakwa peserta demo kepala lembu? September 8, 2009

Posted by nikmj in General, mstar, National, Politics.
Tags:
trackback

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa mereka yang menyertai demonstrasi kepala lembu di Shah Alam, baru-baru ini.

“Saya telah membuat keputusan untuk mendakwa mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu di bawah Seksyen 4 (1), Akta Hasutan dan Seksyen 298, Kanun Keseksaaan.

“Mereka dan juga peserta demonstrasi lain akan menghadapi tuduhan lain di bawah Seksyen 27 (5), Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Gani berkata, pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung perkara itu kepada beliau sendiri tengah hari tadi dan beliau berpuas hati, berdasarkan fakta dan bukti yang dikumpulkan pihak polis, peserta demonstrasi tersebut perlu dihadapkan ke mahkamah.

Penduduk Seksyen 23 di Shah Alam telah mengadakan demonstrasi baru-baru ini berikutan keputusan kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang majoritinya adalah kaum Melayu.

Semasa demonstrasi itu, salah seorang daripada mereka telah membawa dan memijak kepala lembu.

Hari ini, kerajaan negeri memberitahu, tapak alternatif bagi pemindahan kuil tersebut telah pun dikenal pasti.

Tindakan yang dilakukan ketika demonstrasi itu telah mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk orang awam kerana disifatkan menghina sensitiviti agama.

Penduduk kawasan tersebut bagaimanapun telah membuat laporan polis dengan mengatakan perarakan kepala lembu itu melambangkan “kebodohan kerajaan” dan tidak bermaksud untuk menghina agama lain.

Ingin tahu siapakah mereka2 diatas? Klik sini

Kebimbangan terhadap isu itu yang menyentuh sensitiviti agama menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak mengarahkan portal berita, Malaysiakini mengeluarkan rakaman video berhubung demonstrasi itu berikutan aduan yang diterima daripada pelbagai pihak.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan sekiranya tindakan itu menyalahi undang-undang. (mstar)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: