jump to navigation

Akhil Hayy dan Waheeda selamat dinikahkan August 16, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, General, islam, mstar, National, news.
Tags: ,
trackback

Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidupbermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Comments»

1. Akhil Hayy bernikah dengan Waheeda « bila hatiku berbicara - August 16, 2009
2. nuriman - August 16, 2009

menikah jugak akhirnya,…takpalah harap2 maiza akan dapat suami yg lebih baik dari akhil…

3. Celebritylife.org - August 16, 2009

Celebritylife.org tracking back – Akhil Hayy dan Waheeda selamat dinikahkan…

Celebritylife.org tracking back – Akhil Hayy dan Waheeda selamat dinikahkan…

4. Faridrashidi - August 16, 2009

Apapun, mabruklah buat mereka.

5. shaza - August 17, 2009

harap2,waheeda bahagia bersama akhil..jgn dapat nasib yg sama mcm maiza…

6. nikmj - August 17, 2009

PERKAHWINAN bukan untuk dicerca, sebaliknya diharap oleh mana-mana pasangan agar direstui oleh semua pihak. Itulah juga yang tersemat di hati penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan Waheeda, 30, yang selamat dinikahkan semalam, di Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Baru.

Segala spekulasi dan kontroversi yang melanda mereka selama dua tahun ini diharapkan oleh pasangan ini akan berakhir jua setelah mereka diijabkabulkan. Namun, siapalah mereka untuk menutup mulut orang jika pelbagai tohmahan akan terus menyusul biarpun kedua-duanya kini sudah sah bergelar suami isteri.

Waheeda sendiri yang ditemui sehari sebelum berlangsungnya majlis pernikahan mereka, tersenyum lesu tatkala subjek ini diutarakan. Tuturnya, biarkan saja persepsi negatif terus dilemparkan kepada dirinya dan Akhil andai itu yang mereka mahukan.

Bagi penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun ini, dia sudah tidak mahu memikirkan tentang semua kontroversi yang singgah terhadapnya selama ini. Tidak perlu dia tampil membuat pelbagai pendedahan kerana kata Waheeda, apa saja penjelasan pasti akan disalahertikan oleh sesetengah pihak.

Waheeda dan Akhil bergambar bersama anak-anaknya, Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.
“Saya ingin memikirkan masa depan saya selepas ini. Saya sudah tidak terlibat lagi dalam dunia seni dan setelah bergelar isteri, saya ingin tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga,” ujar pemilik nama NorWahidah Abd Wahab ini, sambil mengukir senyuman manis.

Akhirnya, tanggal 16 Ogos menyaksikan pasangan ini selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan. Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada Waheeda.

Kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak hadir menyerikan majlis bersejarah mereka itu. Malah, dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, turut hadir menyaksikan hari bahagia bapa mereka dan ‘Aunty Wawa’.

“Seronok lihat Abah kahwin dengan Aunty Wawa hari ini,” luah anak sulung Akhil, Maisarah yang kelihatan cukup ceria menerima kehadiran Waheeda di dalam keluarganya.

Bukan saja anak-anak Akhil, malah perasaan gembira turut lahir dalam diri ibu Waheeda, Asri Othman, 58, yang kelihatan cukup sebak dan gagal menahan tangisan ketika memberikan ucapan buat anak perempuannya itu setelah selamat diijabkabulkan.

“Saya doakan semoga dia bahagia, panjang jodohnya dan kekal abadi hingga akhir hayat. Segala gosip yang berlaku, bukan ditentukan oleh kita. Setiap hari, saya mendoakan yang terbaik untuknya.

“Saya selalu berdoa, ‘jika jodohnya memang dengan Akhil, biarlah penamatnya seperti ini (perkahwinan)’. Dan nampaknya, memang sudah ditakdirkan jodohnya dengan Akhil,” katanya.

Pada majlis tersebut, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya. Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

“Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya rasa ia lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya,” katanya.

Senyuman manis terukir di bibir Waheeda ketika satu demi satu tetamu datang memberikan ucapan tahniah. Baginya, bukan masa untuk memandang ke belakang lagi. Malah, tutur Waheeda, dia berharap perkahwinan ini juga akan lebih merapatkan hubungan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

“Saya dan Akhil juga tidak merancang untuk pergi berbulan madu, tetapi ingin menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara dan eratkan lagi silaturrahim,” katanya yang menambah majlis itu bukan dibuat secara ‘rahsia’.

Tambahnya, lokasi tersebut dipilih kerana rakan baik Akhil di situ ingin menikahkan mereka sendiri dan bukannya dengan niat untuk mengelak daripada diketahui ramai.

(dari kiri)Abdul Wahab Yusof (bapa Waheeda), Asri Othman (bapa Waheeda) Akhil, Waheeda dan ibu Akhil, Azizah Daud.
“Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu,” katanya yang turut teruja untuk menjadi ibu kepada anak-anak Akhil dan pada masa yang sama, bersedia untuk menimang cahayamata andai dikurniakan rezeki.

Akhil, menerusi perkahwinan dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal, telah dikurniakan empat orang anak. Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah yang merupakan anak sulung dan anak kedua tinggal bersama Akhil setelah pasangan itu bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Meskipun baru sebulan bercerai, Akhil bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri jika ada yang mempersoalkan mengapa terlalu cepat dia kembali mendirikan rumahtangga.

“Ini adalah jodoh. Kita tak boleh ramal apa yang akan terjadi. Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

“Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun,” kata Akhil.

Bercerita bagaimana terbitnya perasaan cinta terhadap penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu, kata Akhil:

“Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

“Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya,” ujarnya yang menambah, pada awalnya mereka merancang untuk bernikah pada 21 Ogos, sehari sebelum Ramadan.

Mengimbas semula kontroversi yang melanda mereka sejak dua tahun lalu, mereka pada awalnya dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangganya dan Akhil. Malah, Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Maizawati kemudiannya nekad untuk bercerai dan mereka akhirnya sah bercerai bulan lalu.

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

“Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena.”

7. shaza - August 17, 2009

memang la perkahwinan tu bkn untuk dicerca tp jgn la disebabkn kite rumah tangga orang lain musnah….mungkin hari ni kite boleh tertawa dan tersenyum melihat kesedihan orang yg kite jatuhkn tp hari esok ….ENTAHLAH HAI…..”HIDUP INI BAGAIKN RODA”RENUNG2KN….DAN SELAMAT BERAMAL

8. HADIJAH ZAKARIA - August 17, 2009

memang benar hidup ini bagaikan roda..adakala kita di atas…adakala kat bawah..tak dapat nak kita sangkal tentang itu..tapi setiap ape yang berlaku telah di tentukan ada hikmahnya..sesuatu perkara itu perlu di lihat dari segala sudut..pada waheeda..anda perlu kuat dan tabah melalui jalan yang telah dipilih..pandang kehadapan..segala cercaan & makian orang luar …di harap akan membuat anda menjadi semakin kuat.kepada maiza..semoga anda tabah & pasrah.jadikan keadaan ini sebagai pembuka jalan untuk anda berjaya.

9. nieza - August 17, 2009

tahniah kpd akhil hay dan waheeda diatas pernikahan kalian…saya sebagai seorang wanita turut merasa gembira diatas pernikahan kalian..namun begitu,sya turut berasa simpati kpd maizawati kerana terpaksa menjadi janda pd usia yang masih muda..namun apapun semua ini adalah ketentuan allah s.w.t.harapan saya agar rumah tangga yang kalian bina akan kekal selama-lamanya…insyaallah…

10. hamba Allah - August 17, 2009

Bismillah

Semoga ALLAH mengampuni dosa kita, mereka semuanya.

Di sini saya ingin menurunkan beberapa selfreflection buat kita.

1) Berkahwin dua itu halal, dan berpoligami itu dibenarkan. Namun dalam kaedah islam, perkara halal atau harus TIDAK boleh DIMULAKAN dengan perkara yang HARAM. con: ingin melakukan sedekah, namun mencuri atau ingin berpoligami namun bersumpah yang bohong, berdusta dan membuat perkara yang haram con: keluar berdua, berdua-duaan etc. Takdir ALLAH itu benar. Redha dan menilik hikmah. Namun tidak menafikan dosa/kesalahan memulakan perkara dengan DOSA dan MAKSIAT. Berkahwin itu SUNNAH namun HARAM dimulakan dengan KHALWAT, ZINA dan MENDEKATI FITNAH. Itu kaedahnya.

2) Manusia itu tidak sempurna, ya sebab itu ALLAH bersifat Ghaffur. Maha Pengampun. Namun dosa yang dilakukan dengan perasaan takabbur dan rasa betul dan tanpa rasa bersalah dan berdosa itu lebih HINA dari maksiat /dosa yang dilakukan dengan perasaan malu/bersalah pada ALLAH-Ibn Athaillah assakandari.

3) Kita, mereka dan dia semua tidak sempurna. Namun agama itu nasihat, mengumpat juga ada yang diharuskan seperti yang tertulis dalam Riyadhus Solihin menurut hadis sohih. Agama itu nasihat. Membenci munkar itu wajib. Mengumpat ada yang harus.

4) Perkara maksiat yang berlaku secara terang DAN ditimbulkan sendiri dengan mendekati FITNAH bukanlah menjadi satu kesalahan dalam ISLAM untuk membicarakannya. Kerana kaedah ulama’ mengatakan TIADA SANGKA BAIK DALAM MUAMALAH. con: pak guard takkan nak sangka baik, dengan orang yang lalu-lalang ATAU nampak dua ajnabi berduaan/bercumbuan di tempat gelap takkan nak ingat itu suami isteri. maybe ya, tetapi peratusan mudarat lebih besar kalau kita tak tegur dari maslahah yang kita perlu jaga. Namun kita menghukum yang zahir dan serahkan pada ALLAH pada yang tersembunyi. Ini kaedah.

5) Bekas isteri AH ada juga melakukan kesilapan, namun meninggalkan isteri hampir tiga bulan merupakan KEZALIMAN dalam Islam. Bersumpah dusta, berbohong dosanya lebih BESAR dari kesilapan bekas isteri berjumpa wartawan etc.

6) Perlu diingati, bila ramai lelaki samada yang beragama atau tidak, tidak memahami kaedah feqh dan hakikat hukum sebenarnya, akan berlaku banyak penyalahgunaan hukum atas nama agama. Membiarkan isteri selama berbulan-bulan. Belum dikira tidak membenarkan isteri tinggal sekali etc. Bercerai itu, takdir namun ALLAH sangat tidak REDHA mereka yang menzalimi wanita terutamanya mereka yang menjadi isteri @ pernah menjadi isteri.-hadis muslim- Sebaik-baik lelaki mereka yang lemah lembut pada isterinya-

Wallahua’lam.

Semoga ALLAH membuka hati mereka berdua, mengampunkan dosa mereka dan kita. Amin.

11. Fifi - November 20, 2012

Emm tp ak asa xslh diaorg kwin, dh suka sma suka.. Gpon mst ad sbb knapa ust akhil cerai bini dia, msti ad kekurangan, em yg si maiza tu pon suka sgt nak slhkn suami, yg diri snri salah xpnh dipikir tu yg ustaz cri bini lain.. Gpon kita adlh manusia biase, mampu merancang, tp hanya Allah yg tentukn.. Huhuu tp ap2 pon semoga berbahagia kpd ust sekeluarga n maiza sekeluarga


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: