jump to navigation

Teori Konspirasi Influenza A (H1N1) August 13, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, General, malaysiakini, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan “tukar tiub”. 

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan – cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. 

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. 

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

– Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
– Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
– Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation – population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
.”

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota – sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. 

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. 

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. 

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. 

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. 

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. 

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. 

Ia adalah penyakit baru – pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. 

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka – samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. 

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. 

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan. (Tukartiub)

Comments»

1. paku - August 14, 2009

dude seriously…u need 2 be more convincing then that..u said that they need 2 eliminated or decreased the human population??? if so why do they inflected they own people u say its 2 protect the economy>> seriously that lots of bulls..have you seen what these virus did to Mexico and other countries its ruining economy dude….
uhh…go do more research..if u want 2 write something like this again i suggest u look at it both way not just the way u want it to look like..cause things can always be look by more ways then one..and its only fair that you..look at it from the different perspective…only then it can be fair..live your heart out of it if you are doing a research..

2. nikmj - August 19, 2009

H1N1 Alert: Wabak yang sengaja direka!
VAKSIN yang dikeluarkan biasanya mengandingi bahan-bahan tambahan lain.

Penyuntikan vaksin ini ditakuti akan menyebabkan pembentukan berpuluh-puluh jenis penyakit lain (saya bahan-bahan tambahan yang biasa digunakan dan penyakit2 yang dikatikan berpunca dari bahan2 tersebut saya sebutkan dalam buku yang saya sedang tulis berkaitan H1N1).

Masa dia orang test vaksin mereka tidak menghiraukan mengenai kesan sampingan termasuk yang utama iaitu vaksin akan menyebabkan jangka panjang kekacauan immune system tidak menentu (contohnya akan mengalami hypersensitivity dan akan menyerang sel-sel sihat lalu menyebabkan antara lain autoimmune disorders eg: arthritis, lupus dan lain2).

Ada juga yang mengaitkan bahawa vaksinasi akan suppress immune system lalu menyebabkan lalu seseorang mudah terkena jangkitan dan menghidapi kanser.

Tanyalah saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai hal ini dan saintis dan mereka yang sekongkol dengannya, mereka simply say, “tiada bukti. tiada kajian sains menunjukkan perkara tersebut”

Lagi ramai orang berpenyakit, lagi mudah untuk jual ubat. Perniagaan boleh berkembang dan tahan lama atas nama ‘menyelamatkan nyawa manusia’?

Vaksin selsema babi dibuat dari kidneys African Green Monkey?

MR AE

3. nikmj - August 19, 2009

Diseased African Monkeys Used to Make Swine Flu Vaccines; Private Military Contractor Holds Key Patents

(NaturalNews) To most people, vaccines sound medically harmless. “They’re good for you!” say the doctors and drug companies, but they never really talk about what’s in those vaccines. There’s a good reason for that: If people knew what was really in those vaccines, they would never allow themselves to be injected with them.

Aside from the dangerous ingredients many people already know about (like squalene or thimerosal), one of the key ingredients used in flu vaccines (including the vaccines being prepared for the swine flu pandemic) is the diseased flesh of African Green Monkeys. This is revealed in U.S. patent No. 5911998 – Method of producing a virus vaccine from an African green monkey kidney cell line. (http://www.patentstorm.us/patents/5…)

As this patent readily explains, ingredients used in the vaccine are derived from the kidneys of African Green Monkeys who are first infected with the virus, then allowed to fester the disease, and then are killed so that their diseased organs can be used make vaccine ingredients. This is done in a cruel, inhumane “flesh factory” environment where the monkeys are subjected to a process that includes “incubating said inoculated cell line to permit proliferation of said virus.” Then: “harvesting the virus resulting from step (c); and… (ii) preparing a vaccine from the harvested virus.”

Aside from the outrageous cruelty taking place with all this (“incubating” the virus in the kidneys of living monkeys, for example), there’s another disturbing fact that has surfaced in all this: The patent for this process is held not just by the National Institutes of Health, but by another private corporation known as DynCorp.

This, of course, brings up the obvious question: Who is Dyncorp? And why do they hold a patent on live attenuated vaccine production using African Green Monkeys?

What you probably didn’t want to know about Dyncorp

DynCorp, it turns out, is a one of the top private military contractors working for the U.S. government. In addition to allegedly trafficking in under-age sex slaves in Bosnia (http://www.corpwatch.org/article.ph…) and poisoning rural farmers in Ecuador with its aerial spraying of Colombian coca crops (http://www.corpwatch.org/article.ph…), Dyncorp just happens to be paid big dollars by the U.S. government to patrol the U.S. / Mexico border, near where the H1N1 first swine flu virus was originally detected.

DynCorp also happens to be in a position to receive tremendous financial rewards from its patents covering attenuated live viral vaccine harvesting methods, as described in four key patents jointly held by DynCorp and the National Institutes of Health:

(6025182) Method for producing a virus from an African green monkey kidney cell line

(6117667) Method for producing an adapted virus population from an African green monkey kidney cell line (http://www.patentstorm.us/patents/6…)

(5911998) Method of producing a virus vaccine from an African green monkey kidney cell line

(5646033) African green monkey kidney cell lines useful for maintaining viruses and for preparation of viral vaccines

Government collusion?

One of the key inventors in these patents now held by DynCorp was Dr. Robert H. Purcell. Who is Dr. Robert Purcell? He’s one of the co-chiefs of the Laboratory of Infectious Diseases of the National Institute of Allergy and Infectious Diseases operating under the National Institutes of Health of the U.S. government. (http://www3.niaid.nih.gov/labs/abou…)

Source : http://www.naturalnews.com/026779_swine_flu_patents_vaccines.html

4. nikmj - August 19, 2009

Details about US patern # 5911998 here

http://www.patentstorm.us/patents/5911998/fulltext.html


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: