jump to navigation

Ku Li reconfirm that Petronas is obliged to pay 5% Kelantan Oil Royalty August 3, 2009

Posted by nikmj in General, National, news, Politics, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat.
Tags: ,
trackback

The Menteri Besar of Kelantan wrote me on July 15 seeking my view on the Kelantan State Government’s claim for oil royalties from PETRONAS.

Below is my answer, which was hand-delivered to the Menteri Besar this morning.

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30hb Julai, 2009.

8hb Sya’

ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan,

Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,

Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu,

KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’

Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

————————–

Translation:

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30 July, 2009

8th Sya’

ban, 1430

Y.A.B. Tuan Guru Dato’

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Chief Minister of Kelantan

Office of the Chief Minister

Block 1, 1st Floor

Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu

KELANTAN

Bismillahirrahmanirrahim

Y.A.B. Dato,

KELANTAN STATE’S CLAIM FOR OIL ROYALTIES

My prayers to Allah, s.w.t. for your good health.

Thank you for your letter dated July 15, 2009 and conveyed to me by Y.B. Dato’

Hj. Husam Musa on July 17, 2009.

Malaysia was formed in 1963, in the teeth of armed opposition from a neighbouring country, without our having had time to clarify the demarcation between State and Federal jurisdictions offshore. This discrepancy eventually led the Sarawak State Government to dispute the Federal Government’s jurisdiction over waters offshore of Sarawak in respect of petroleum resources.

In talks between the State Government of Sarawak and the Federal Government, we solved this problem within the framework of the Petroleum Development Act of 1974. I represented the Federal Government in these negotiations. Instead of going by the complicated route of amending the Federal Constitution to demarcate State vs Federal jurisdictions, we applied Section 4 of the Petroleum Development Act to apportion the value of petroleum resources offshore (and onshore) between them. The same agreement was used for Sabah.

The Petroleum Development Act is thus of unusual significance. It makes possible an agreement whereby the State Government first vests irrevocably all its “powers, liberties and privileges” in respect of Petroleum lying onshore or offshore of its territory in PETRONAS. “In return” says a second agreement, PETRONAS “shall make to the Government a cash payment in the form of a yearly sum amounting to 5% of of the value of the petroleum won and saved in Kelantan and sold by Petronas or its agents or contractors.” The late Dato’Haji Mohamed Bin Nasir signed on behalf of the State of Kelantan as Menteri Besar and I signed on behalf of PETRONAS as its chairman.

There is no ambiguity at all in this pair of agreements about the demarcation of jurisdictions on or offshore of Malaysia with respect to Petroleum. It is very clear that PETRONAS is bound to these agreements just as the State Government of Kelantan is, and therefore that PETRONAS must pay the Kelantan State Government the cash payment of 5% of the value of petroleum resources extracted from Malaysian waters offshore of Kelantan.

As I recall, in the 1960’s the Federal Government assigned a portion of the offshore area now being exploited by the JDA (Joint Development Authority) to an international oil company. That company returned the concession to the Federal Government after they found that the cost of extraction would exceed the market price of oil at the time.

I sought and obtained the consent of the Prime Minister, the late Tun Abdul Razak, to sign the same agreements under Section 4 of the Petroleum Development Act with each state in Peninsula Malaya for the sake of uniformity under the Act, and with a view to the fact that our East Coast states were less developed and would benefit from receiving these payments.

At the time we already anticipated finding oil and/or natural gas in Malaysian waters offshore of Kelantan, Terengganu and Pahang and looked forward to the benefit that such resources might bring to the people and to these states.

Thank you. Wassalam.

Yours sincerely

(Tengku Razaleigh Hamzah)

Courtesy Of KuLi

Comments»

1. nikmj - August 4, 2009

60 berlepas ke pelantar Cakerawala
Oleh Mohd Zuharman

TUMPAT, Ogos 4 — Ekspedisi mengenalpasti kedudukan pelantar minyak Kelantan bermula pagi ini dengan disertai oleh 60 peserta.

Mereka dilepaskan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub dan diketuai oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Sebelum berlepas, Husam memberikan taklimat kepada para peserta yang terdiri dari Adun, Anggota Parlimen, pegawai kerajaan, wartawan dan blogger di samping juruukur profesional yang dilantik oleh kerajaan negeri. Turut serta adalah wartawan The Malaysian Insider.

Mereka bertujuan untuk mengesahkan kedudukan pelantar minyak itu adalah dalam kawasan perairan Kelantan dan dengan itu kerajaan negeri berhak mendapat royalti minyak lima peratus dari Petronas.

Sasaran mereka adalah pelantar Cakerawala yang dijangka akan mereka temui selepas 8-10 jam berlayar dengan kapal nelayan laut dalam.

Mereka menggunakan tiga buah kapal dan bertolak jam 10 pagi tadi. Satu berlepas dari Tok Bali manakala dua lagi berlepas dari Pengkalan Kubur.

“Ini adalah misi moral dan menuntut moral Umno agar menunaikan hak rakyat Kelantan,” kata Husam dalam taklimatnya.

Tuntutan hak royalti minyak untuk Kelantan menjadi isu utama menjelang pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri menuntut RM1 bilion royalti dari Petronas.

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dalam suratnya kepada Nik Aziz bersetuju dengan tuntutan itu dan menyifatkan ianya sebagai hak kerajaan negeri Kelantan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga menyokong tuntutan Kelantan itu.

Katanya, Tengku Razaleigh sendiri yang menandatangani perjanjian itu dengan Muhamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu.

Ketika melawat Kelantan 1 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tuntutan ini sedang dikaji oleh kerajaan pusat.

Source : http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/34169-60-berlepas-ke-pelantar-cakerawala

2. nikmj - August 6, 2009

Telaga gas diKelantan benar-benar wujud dan Petronas secara sengajanya telah menipu rakyat Kelantan bersama Kerajaan Malaysia.

Ini buktinya http://perisik-rakyat.com/2009/08/xpdc-royalty-minyak-6-pelantar-minyak.html

3. offshore - August 17, 2009

Is it legal for me to have http://www.web-chamber.com – offshore companies explained here?, and bank accounts? How to start? Can I move my existing business offshore

Thanks


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: