jump to navigation

Isu Himpunan ISA 1 Ogos 2009 July 30, 2009

Posted by nikmj in General, islam, mstar, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

SEMUA orang maklum apa itu ISA, semua orang tahu ia kependekan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ramai dari kalangan kita sedar yang pada 1 Ogos ini akan ada perhimpunan rasaksa di ibu kota Kuala Lumpur anjuran GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan serta parti-parti politik yang menyokongnya.

Pada tarikh yang sama juga diberitakan satu perhimpunan kontra GMI a.k.a menyokong ISA sedang dirancang untuk dilaksanakan oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan yang menamakan diri mereka sebagai Majlis Badan Bukan Kerajaan Pembela Negara (Magaran). Kenapa ada yang mengata ya dan ada yang mengata tidak pada ISA? Pastinya wujud juga kumpulan ketiga yang bersifat orait-orait sahaja, ada ISA pun tidak mengapa, tiada ISA pun sama sahaja. Bagi kumpulan yang menentang, sudah pasti hujah yang digunakan adalah kezaliman, penafian hak asasi manusia dan kewujudan ruang gelap yang membenarkan akta tersebut disalahguna terutama bila berkait dengan kepentingan politik kekuasaan. Sementara bagi kumpulan yang menyokong pula, mereka dilihat tidaklah bersifat ideologikal, sekadar mahu mengumpul dan menunjuk kekuatan, mahu membuktikan yang penyokong ISA juga sama ramai dengan yang menentangnya. Hujah yang digunakan oleh kumpulan ini seperti biasalah, seperti yang selalu diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin parti pemerintah, ISA penting untuk keselamatan negara! Cuma yang memelikkan kenapa kumpulan Magaran ini terlalu menonjolkan kemelayuannya? Buktinya tema perhimpunan mereka yang berbunyi “1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu.”

Apa relevannya 1 Ogos sebagai ulangtahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan hak istimewa orang Melayu? Mungkin ya Magaran hanya menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu, tetapi apakah GMI yang mahu disaingi mereka itu Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Bidayuh atau segalanya yang bukan Melayu?

Kalau ya sekalipun, ia masih perbuatan tidak wajar dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia. Ia juga nyata bersalahan dengan kata pertama dalam tema mereka, 1Malaysia. Sebab itu saya katakan mereka ini bukan ideologial. Abaikan dulu kumpulan yang orait-orait sahaja, kerana mereka mungkin tidak tahupun apa itu ISA, atau menganggap ISA itu tidak ada kena-mengena pun dengan mereka, jadi apa perlu sibuk-sibuk, yang penting soru tidak terlepas. ISA adalah satu akta yang membenarkan mangsanya ditahan tanpa sebarang bicara. ISA secara popular sering dikaitkan dengan Kemta (Kem Tahanan Kemunting).

Apa yang kritikal dalam penahanan tanpa bicara ISA bukanlah penghantaran ke Kemta ini untuk tempoh minimum dua tahun, tetapi adalah penahanan 60 hari sebelum Menteri bersetuju untuk penghantaran ke Kemta tersebut.

Ini kerana dalam tempoh 60 hari ini, mangsa bukan sahaja dinafikan sesi perbicaraan di mahkamah terbuka, tetapi juga menjadi tempoh “ghaib”

mangsa kepada ahli keluarga dan peguamnya. Dalam kes demonstrasi serentak GMI dan Magaran, persoalan besar yang timbul adalah mengapa perlu serentak? Tidak bolehkah dibuat selang sehari? Dengan prinsip masih menghormati hak dan kebebasan mana-mana kumpulan rakyat untuk berhimpun, dan tanpa niat mahu membuat justifikasi kumpulan mana yang patut disokong, apa yang saya perkirakan adalah tentang modus operandi demonstrasi ini. Alangkan perarakan mengiringi calon semasa pilihanraya pun boleh bertembung dan mencetuskan suasana tidak enak, dalam pada jalan laluan parti masing-masing telah ditetapkan oleh SPR, apa yang kita mampu jangkakan dari rancangan perhimpunan rasaksa dari GMI dan Magaran ini?

Memang benar kedua-dua pihak berkata mereka telah tetapkan poin-poin perjumpaan yang berbeza di ibu kota yang sama, Kuala Lumpur, supaya nanti tidak akan berlaku persemukaan. Tetapi itu hanya kata-kata yang ditulis di atas kertas. Provokasi boleh memungkinkan perkara yang sebaliknya, apalagi dalam keadaan masing-masing menggunakan pengadil sendiri. Maka laluan para demonstran tanpa pemegang kompas mungkin sahaja akan lari latitud dan longitudnya.

Cuba anda bayangkan jika pertembungan ini berlaku, pertembungan di antara dua kumpulan yang berbalah pendapat, di jalanraya terbuka, ditambah pula “pedasnya” bila hadir sang gedebe Ibrahim Ali. Saya sendiri risau untuk memikirkannya walaupun saya tetap berdoa supaya 1 Ogos nanti akan terjauh dari segala bala. Saya tahu kumpulan ketiga yang orait-orait sahaja itu akan berkata, “Biarkanlah sahaja Zukri, buat apa susah-susah mahu fikir akibatnya, biarkanlah mereka yang bodoh dan tiada kerja itu…”

Saya tidak merasa begitu, kerana setiap orang bila berbuat sesuatu pasti ada sebabnya, apalagi bila ia melibatkan politik, tentu ada yang berbuat begitu kerana perjuangan politiknya, ada juga yang berbuat begitu kerana potensi keuntungan politik di sebaliknya. Yang memimpin kumpulan masing-masing sudah pasti cerdik-cerdik belaka.

Apa yang saya paling takut untuk andaikan ialah, adanya tangan-tangan tersembunyi yang terlibat sama dari belakang, menyucuk dan menambah perisa ghairah kepada kedua-kedua kumpulan, sama ada GMI atau Magaran supaya meneruskan juga demonstrasi ini walaupun pada ketika di hadapan mata sudah jelas pertembungan sengit akan berlaku. Yang lebih menggerunkan untuk saya fikir ialah andainya kewujudan tangan-tangan tersembunyi ini tidak disedari pun oleh pemimpin kedua-dua kumpulan. Saya takut untuk andaikan yang tangan-tangan tersembunyi sedang cuba menyucuk pemimpin kedua-dua kumpulan bukan setakat merealisasikan perhimpunan besar ini, tetapi lebih teruk dari itu memastikan pertembungan akan berlaku, seterusnya api-api huru-hara akan dilontarkan oleh provokator-provokator seludupan tangan-tangan tersembunyi tersebut. Harap-harapnya andaian saya ini salah. Namun jika ia benar, kita sudah boleh gambarkan kesudahannya.

Bakal tercatit dalam sejarah, di hari ulangtahunnya, ISA buat kesekian kalinya digunakan untuk menahan berpuluh, malahan mungkin beratus pemimpin yang terlibat, akan ada pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang ditangkap, tetapi sudah pasti yang paling ramai diangkut ke dalam Black Maria adalah pemimpin parti pembangkang, Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat boleh sahaja lumpuh selepas itu kerana kehilangan ramai pemimpin, kerajaan-kerajaan negeri di bawah kekuasaan Pakatan Rakyat pula akan mula menjadi longgar dan goyah, akhirnya tumbang akibat masalah yang sama.

Tangan-tangan tersembunyi ini bukanlah bodoh untuk menjadikan acara 1 Ogos ini kelihatan di mata rakyat seperti acara berat sebelah atau bermotifkan politik. Maka jangan pelik bila pemimpin-pemimpin Magaran juga akan ditangkap dan disumbat sama dalam kesesakan Black Maria, termasuklah tok-tok guru silat lincah. Yang paling pasti ditahan di pihak ini tentulah Ibrahim Ali. Mereka ini mungkin kambing hitam yang sudah dirancang menjadi korban, atau pura-pura dikorbankan dengan berbalas hantaran habuan.

Akhirnya tangan-tangan tersembunyi ini akan cuci tangan dengan gembira, perancangan sudah berjaya. ISA tidak lagi boleh dituduh oleh sisa pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu sebagai alat yang disalahguna oleh parti pemerintah untuk kekal berkuasa atau untuk mengekang kebangkitan parti pembangkang dengan alasan keselamatan negara, kerana yang terbukti huru-hara telah terjadi, dan huru-hara sememangnya selalu memperjudikan keselamatan negara. Saya sekali lagi berharap andaian saya ini moganya jauh tersasar. (mstar)

Comments»

1. Imran - July 30, 2009

Hello Dear and Respected,

I hope you are fine and carrying on the great work you have been doing for the Internet surfers. I am Ghazala Khan from The Pakistani Spectator (TPS), We at TPS throw a candid look on everything happening in and for Pakistan in the world. We are trying to contribute our humble share in the web sphere. Our aim is to foster peace, progress and harmony with passion.

We at TPS are carrying out a new series of interviews with the notable passionate bloggers, writers, and webmasters. In that regard, we would like to interview you, if you don’t mind. Please send us your approval for your interview at email address “ghazala.khi at Gmail dot com”, so that I could send you the Interview questions. We would be extremely grateful.

Regards,

Ghazala Khan,
The Pakistani Spectator
pakspectator dot com

2. yobdaud - July 31, 2009

Hallo bro, you ingat kumpulan you saje betul. Kita orang pun ada hak la. Kenapa kumpulan kitaorang yg mengundi kerajaan di nafikan hak? Siapa yg menafikan? Kalau kita majority dah pilih kerajaan yg sah.. yang korang tak puas hati ngape… korang ingat korang je baik nak buat demo. Kita orang pro kerajaan memang niat nak menetang korang.Mari kita berperang… saya harap ada yg mati utk menjadikan perjuangan itu reality. Selagi tak mati selagi tu tak sudah. ISA cuma melibatkan berapa kerat orang saje. Kita yang majority ini boleh hidup aman. Kalau pembangkang kene tangkap dgn ISA… PADAN MUKA DIA LA.

If there is a man should die bcoz of ISA, then I believe it should be u since u like it the most, baru padan muka u

3. YobDaud - August 1, 2009

Hallo bro lu tak percaya Tuhan Allah s.wt. why should I percaya u. Orang mati becoz dah tertuliz di Lauh Mahfuz. Cara saje yang berbeza. Kalu dah ditakdirkan mati ngan ISA itula janji Tuhan ,… kenapa Tak redha. U betulkan balik keyakinan IMAN u…. Ni ie ke cara orang Islam… buat benda atas dasar dasar anjing gila.

Apasal lu tak buat rally.
1. HAPUSKAN RUMUH URUT & SPA2 YG BANYAK SEKARANG NI
2. HAPUSKAN 7-11 YG JUAL ARAK
3. HAPUSKAN KILANG2 CINA YG BUAT MAKANAN COP ‘HALAL’
4. HAPUSKAN CYBERCAFE YG GUNA JUDI
5. HAPUSKAN ORG2 YG HISAP ROKOK
6. HAPUSKAN KERAJAAN KELANTAN YG TANAM TEMBAKAU BANYK2

Perkara2 di atas nie la yg merosakkan masyarakat secara dekat. Tapi Si DAJAL Anwar Brahim tak buat benda2 nie

SAYA DOKAN YOU RE THE ONE YG KENE MASUK KAMUNTING. YA TUHAN KU ALLAH AZZA WAJALLA.. KAU MASUKKANLA ORANG INI (TUAN PUNYA BLOG NI) KE DALAM NERAKA DUNIA MU KERANA NIAT2 JAHATNYE


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: