jump to navigation

Mat Sabu ajak Pak Lah sertai Pakatan Rakyat July 27, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disaran menyertai PAS atau Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) segera setelah sekata dalam usaha memperjuangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Menurutnya, walaupun sudah pencen daripada sebarang jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan merupakan tamparan hebat pada Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu.

“Pak Lah jangan berlegah lagi marilah bersama PAS atau KeADILan kerana suaranya pasti berbisa jika berada dalam Pakatan Rakyat. Jika bersama Umno dan BN apa yang diperkatakan ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan sekarang, ” ujarnya ketika berceramah di Taman Guar Perahu, Penanti semalam.

Baginya, jika Tun Abdullah masih kekal dalam Umno pastinya Umno sendiri akan melebelkan dirinya sebagai pengkhianat tambahan lagi datuknya, Tuan Guru Abdullah Fahim merupakan aktivis pergerakan Islam sehingga membawa penubuhan PAS pada awalnya.

Lebih-lebih lagi rakan seperjuanganya, seperti bekas menteri dan bekas pemimpin MCA, Dato’ Chua Jui Ming serta terbaru bekas Naib Presiden MIC, S.S. Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan.

Kata Haji Mohamad, dua orang ternama dalam parti MCA dan MIC tidak teragak-agak membuat pilihan tepat apatah lagi Tun Abdullah yang dimalukan agar turun lebih awal daripada tarikh persaraan sebenar setelah didesak oleh orangnya sendiri setelah menunjukan prestasi terburuk dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

“Pak Lah buatlah pilihan yang tepat di usia yang ada kerana jika bertanding jawatan Tok Siak pun belum tentu menang kerana Umno dan penyokongnya tidak pandang pengalaman tetapi kuasa. Siapa yang berkuasa dipuji tapi bila pencen atau jatuh dalam politik diketepikan, ” tambahnya dalam program Pemansuhan ISA anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Turut berceramah sama dalam program ‘Roadshow’ Gerakan Mansuh ISA (GMI) peringkat Negeri itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan wakil Dema yang mewakili Mahasiswa. – Harakah

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: