jump to navigation

Manohara kini bergelar Kanjeng Mas Ayu Tumenggung July 22, 2009

Posted by nikmj in General, islam, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Tahniah kepada Cik Puan Temenggong Kenjeng Mas Ayu Tumenggung yang telah mendapat pengiktirafan daripada KERATON KASUNANAN SURAKARTA, SOLO pada 17hb. Julai 2009 baru lalu. Anugerah ini diberi kepada Manohara atas permintaan oleh salah seorang pengacara/peguam beliau yang menjadi waris kepada keluarga Surakarta Solo yang telah menilai ibu kepada Manohara iaitu Dasiy Fajarina berjaya MELARIKAN DIRI daripada Kerajaan Perancis kerana melakukan KEJAHATAN JENAYAH terhadap seorang rakyat BANGSA INDONESIA dan dijatuhkan HUKUMAN PENJARA selama 18 bulan.

Begitu murahnya sebuah GELARAN dari Karaton Kasunanan Surakarta, Solo untuk dianugerahkan kepada seseorang, apatah lagi anugerah itu diberi kepada seorang yang tidak mengaku bahawa  ayahnya yang asli George Manz seorang rakyat Amerika dan masih percaya kepada ayah tirinya yang juga telah dihukum PENJARA di Perancis kerana kesalahan melakukan PENYEKSAAN kepada seorang rakyat BANGSA INDONESIA.

Apakah anugerah yang bergelar Kenjeng Mas Ayu Tumenggung untuk dihadiah kepada sesorang yang cantik tapi selalu membuat PEMBOHONGAN kepada rakyat Indonesia dan keluarganya yang terbukti telah menyeksa rakyat BANGSA INDONESIA dan mendapat liputan meluas oleh Media yang tahu benar tentang latarbelakang Manohara, Dasiy Fajarina dan Pinot.

Apakah selain keluarga Keraton Kasunanan Surakarta ada lagi rakyat Bangsa Indonesia menyokong pemberian anugerah tersebut kepada anak seorang PENJENAYAH dan kepada seorang yang bernama Manohara yang telah terbukti membuat tuduhan PALSU kepada suaminya dan telah dianggap Derhaka itu.

Terbukti sudah Manohara telah MEMBOHONGI PUBLIK RAKYAT INDONESIA kerana setelah satu bulan setengah pulang ke Jakarta sehingga kini tidak ada satu bukti pun yang dapat dihasilkan terhadap tuduhan bahawa beliau di Selit-Selit, di Cucuh Api Cigar di dahi, di Sterika di leher, di Suntik Humor dll. Sedangkan TT telah bertindak tegas bagi membuktikan bahawa tuduhan Manohara itu berniat JAHAT, FITNAH dan PALSU.

Masa depan Manohara dan Dasiy Fajarina terletak kepada keadilan PENGADILAN nanti, yang pasti penjara Perancis sedang menanti kehadiran Daisy Fajarina dan Manohara akan diapit oleh pegawai penjara Malaysia dan Indonesia apabila sampai masanya nanti. Penjaralah tempat terakhir buat mereka dan gelaran Kenjeng Mas Ayu Tumenggung juga akan ikut bersama Manohara kerana gelaran itu tidak dapat menyelamatkannya daripada menjalani hukuman Keadilan.

Kepada yang setia untuk mengikuti Blog ini, sabarlah menghadapi kejahatan oleh puak-puak yang menyokong Dasiy Fajarina itu kerana berkelahi dengan orang gila kita juga akan turut menjadi gila seperti Daisy Fajarina itu.

Ihsan TruthAppeared

Comments»

1. tokkmod - July 22, 2009

kah..kah..kah…sunggoh lucu!!! yah..

2. k - July 22, 2009

semoga mendapat pembalasan yg setimpal krn memalukan malaysia

3. DWIS - July 22, 2009

JIKA DENGAR NAMA KERATON, BAYANGAN LANGSUNG TERTUJU PADA BANGUNAN YANG MEGAH PENUH KARISMA, TAPI KENAPA SEMUDAH ITU MEMBERIKAN TITEL KEPADA ORANG YANG PENUH SKANDAL DAN KATA-KATANYA PERLU DISARING RIBUAN KALI, DAN ITUPUN BELUM TENTU BISA/BOLEH DIPERCAYA. MANOHARA SEKARANG MEMANG TENAR, TAPI KERATON SEHARUSNYA TIDAK MERENDAHKAN DIRI DAN MENG AGUNG-AGUNGKAN ORANG YANG PERNUH SKANDAL, SEHARUSNYA KRATON MENJAUHKAN DIRI DARI ORANG-ORANG SEMACAM MANOHARA DAN IBUNYA KARENA MANOHARA DAN IBUNYA TIDAK PERNAH BERBUAT SESUATU UNTUK KERATON APALAGI UNTUK BANGSA DAN RAKYAT INDONESIA, SEHARUSNYA SEMUA TKI LEBIH BERHAK MENDAPAT TITEL-TITEL AGUNG SEPERTI ITU KARENA TKI SUDAH BERJASA BAGI BANGSA DAN RAKYAT INDONESIA KARENA MENDATANGKAN DEVISA!

4. Simply Me - July 23, 2009

ini antara joke antarabangsa yang paling kelakar pernah aku dengar lol lol😛

5. muaks - July 28, 2009

buat hal…….. kecoh-kecoh pun dpt anugerah? pelik binti ajaib betul manohara ni?

6. Simply Me - July 28, 2009

@muaks…

yealah…aku rasa kalau kau teringin nak dapat anugerah,…baiklah kau buat kecoh2 macam si manohara gak hehhehe…..😀
Alhamdulillah kita kat malaysia tak layan org2 sebegitu

7. muaks - July 29, 2009

@simply me….

yo yo simply me…..aku xde crita menarik yang nak mengkecohkan keadaan….maklumlah aku bukannya cantik mcm manohara…tapi aku lebih cantik dari manohara ha ha ha ha …perasaan nanti kena hentam lak…

yap…..monahara pun akan direject oleh PENGIRAN malaysia……ha ha

8. Lulldapull - July 30, 2009

@Malaysians,

Kraton Solo dewasa ini terpecah menjadi dua faksi. Yang memberikan pingat keningratan adalah faksi Hangabehi yang sama sekali tak dihiraukan rakyatnya. Even a few noblemen slammed this pingat toward Manohara.

Despite my paternal heritage as a descendant of petty nobles from Kraton Kasunanan Surakarta, Solo, as a Javanese, I was sick and tired to this annoying titlement. Here’s another reason for my family, including my humble self, not to claim our roots! Basically I agree with what Mr. Dwis said; Daisy Fajarina and her pathetic daughter, Manohara tarnished our images…

9. Simply Me - July 31, 2009

@muaks

hahahha…kelakar la kau nie,…nanti aku cari idea camne nak tolong kau yang cantik jelita tu hehhehe…takpe nanti aku hantar sms banyak2 kata kau ada skandal dengan Donald Trump ke,….atau paling tak pun dengan Steven Spielberg lol lol😀

10. Simply Me - July 31, 2009

@ muaks

kalau dengan donald trump, kau kena buat catwalk, kena pose maut macam model…..kalau dengan spielberg kau senang la nak main sinetron…..whopppsss spielberg tak buat sinetron,….apa kelas yea😀

11. Simply Me - August 3, 2009

@Lulldapull,

Hey thanks for the info. I duno about this keraton thing but anyways really hope this kind of high prestigeous title been given to the deserve Indonesians tho. I believe there are many Indonesians who play a very important role to build up your nation etc… But such title given to Manohara??? ….hmmm

12. muaks - August 5, 2009

simply me…….

tq friend…… tp kenapa ko bg yg dah tua -tua kat aku ni?he he he….mcm tahu je aku minat yang beruban dan berwang……….hak hak hak………

aku mau TT jugak………..kah3

13. Simply Me - August 5, 2009

Hey hey @muaks😀😀

Aku memang tau kau suka beruang tapi berwang hehhe…..takpe beb…sebelum kawin sign la pre nuptial agreement, so kalau kau jadi janda kau akan dapat ladang berhekta, bunglow bersaiz istana, kereta roll royce, duit dalam bank etc😛 Kalau setakat RM105 juta tu celah gigi je,macam RM1.05 je pada kau. Masa tu, kau jadikanla aku manager kau ke,…nak jadi body guard kau..aku tak lepas sbb aku nie cute comel je orangnye😛 Kalau kau reject yang beruban tu, nanti dia kena sambar ngan Daisy Fajarina😀 hehhe

Kau nak jugak ke kat TT??? Kau nak jadi madu si Manohara la nie hahahha

14. muaks - August 7, 2009

simply me……

what? ladang berhekta……bungalaw? roll royce? duit ? hermes? wow….. aku nak aku nak………………………betul kata kau rugi bebenor if reject nanti dessy n manohara lah kebas… tidak-tidak , cukuplah dia ambik tt…..

15. Simply Me - August 10, 2009

YO…@muaks….

Ooooooooo…terbukti kau memang mata duitan hahha..Tu la….aku suruh kau menuntut ilmu susuk dari daisy kau tak nak… Kalau tak tentu kau dah bahagia dengan TT lol…..Skrg baru aku tau camne daisy boleh ada 3 laki mat saleh, itu tak termasuk laki bangsa dia sendiri.

Tapi kan muaks, aku tak sangka la si TT tu zalim, apa tidaknya dia saman manohara lebih RM1.05 juta ooo… Kesian la pulak kat manohara, terpaksa main sinetron sampai bongok utk byr jumlah tu kalau mahkamah benarkan permohonan TT. Daisy pulak, terpaksalah betapa cari susuk lebih power, untung2 sangkut lagi kat mat saleh kaya …😀

16. muaks - August 10, 2009

simply me….

yap mata duitan,.,,,,tp biorlah cara betul, aku ni bab2 susuk menda2 yang kurafat …..merosakkan diri ni mintak simpang lah……..lagi pun lirikan mata aku aku boleh menggeggarkan siapa yang memandang…… cuma aku tak glamurrrrrrr… huhu……..

aku pun fikir sama ngan kau….. hutang ke tu? bukan hadiah ke? if mcm tu xpelah aku xkawinn ngan TT … ada prob sikit mintak balik …… mcm pertukaran je…….. kawin …… boleh bg wang… anything u want darling… lepas putus or ada prob mintak balik….istihar hutang… uh bahaya tu…. sampai ke tua le si mano tu nk bayar ……. berapa sgt dia dpt berlakun tu….if dia kawin dgn orang kaya indonesia pun xkan dapat dia byr duit tu…..

eeee…. aku ni insaf tul cite-cite mcm ni…. dengan umur baru 16tahun sanggup kawin……. ikut ckp ibunya yang materi tu…… tgk hura hara jadinya……

semlm aku xde apa nk buat tgk cite 40hari bangkitnya pocong . interested jugak, kisah 3 orang 1 keluarga mati kena langgar 2 pasangan kekasih yang mabuk ….. jadi , kakak kepada 3 orang keluarga yang mati tadi tak terima kematian keluarga nya…… sehingga menyeru si pembunuh dan menyimpan mayat-mayat di rumah buat pemujaan yang syirik…. sehingga 2 pasangan kekasih itu meracau dan di kacau oleh pocong-pocong tadi, moral of the story…… sehingga begitu sesetengah orang indonesia yang sanggup buat apa saja menduakan tuhan,,,, bomoh…. ilmu itam …. kerana dendam…. padahal itu kemalangan…..ajal maut di tangan tuhan, namun tidak dpt terima hakikat dan kejahilan melanda…….. uh…. seriau ….

ok simply me… my friend……… tq coz sudi layan adinda……. jumpa lagi shortly…….. adios.

17. Simply Me - August 10, 2009

YO @muaks,

Ya, ya…aku tau jelingan maut kau tu bole mengugat ati sesape je, yea la, kau berabis duit dan berpanas punggung gara2 buat extension bulu mata kau tu kan..kan…😀

Entah la…hutang ke,…hadiah ke,…bila ada salah satu pihak tak ikhlas dlm perkahwinan, inilah jadinya. Kan bagus,..kalau bank pun hadiahkan housing loan kat aku,..taklah letih aku byr instalment tiap bulan grrr..tapi at least itu titik peluh kita kan, tak menipu sesape pun…

Aku nak tgk cite tu, tapi takut la pulak, aku stay sorang, lagipun kul 10.30pm….kalau cite Tower13 tu aku suka, takut pun aku boleh control….Pasal ilmu hitam dan benda2 syirik nie ramai org yang masih amalkan walaupun mereka mengaku Islam. Entahlah…tepuk dada tanya iman. Amalkan baca ayat kursi, insyaallah kau dilindungi

Ok la @muaks, …..hmmm…”adinda”?? hey aku tau la kau ada ati dgn si TT,tpi bahasa cam tu kita rakyat biasa dah tak guna dahh… hehhehe

18. muaks - August 11, 2009

yo yo simply me……

tahu tak pe……. eh penakut juga ko rupanya…….ingatkan hero … he he

kau lelaki ke pompuan ek?

19. Simply Me - August 11, 2009

YO YO @muaks…

Yang nyata,..aku nie pompuan laaa hehhe

20. sharifah naifa - August 12, 2009

simply me…..

frast juga he he he ingat nak ngorat…. mana tahu berwang billion2 …

he he… so xterlewat lagi salam perkenalan.

21. muaks - August 12, 2009

yo yo my friend simply me….

salam perkenalan juga………

22. othman - August 12, 2009

@simply me!!!!!tak kan u tak kenal I,betul ke u pompuan!salam kenal!

23. Simply Me - August 13, 2009

yo yo frends😀 @muaks @sharifah naifa @othman….

salam perkenalan utk semua …😀 salam….salam… ehhhhh othman, kau sorang aje ke lelaki…. ???
yelah…nak buat camne, tuhan dah jadikan aku prp😀 Takkan korang expect aku tukar jantina kot hehhe. So pd sesape yg ingat aku lelaki dan dan menyimpan angan2 nak mengorat aku,….hehheh…ampunkanlah aku hehheheh….

Korang nak tau, http://www.malingsia.com dan kena suspended, tak byr kat service provider kot… Pelik la pulak, kat situ kan ada iklan, pas tu siap jual t-shirt selamatkan ambalat lagi.. Beberapa ari sebelum tu aku nampak sorang mat indon suggest supaya admin website tu hack credit card org malaysia supaya boleh biaya kos/ etc website tu, nampak gaya tak tercapai lah hasrat dia,….kesian kesian😀

Malam nie cite tower 13 kat tv3, sure aku terpaksa switch on setiap lampu dlm rumah aku termasuklah lampu di 2 bilik air. Aku nie sebenarnya penakut kalau tgk cite camnie, tapi aku gagahkan diri la jugak, bukan salah aku beb,…cite nie best, kabir batiar directornya… So to all my frends …. selamat menyambut posa yea, errrr…pada sesiapa yg berhutang dan terhutang posa tu dah ganti ke???😀😀

Isu manohara dah agak senyap jap. One of the lawyers is a fake hhehehe..Aku tak tau apa lagi yg fake.

Dalam beberapa ari ni byk betul kes pembunuhan yg dilakukan oleh org indon kat sg buloh. Yg terbaru lelaki cina 21 tahun tu. Aku kdg2 takut, yealah aku duduk tak jauh dari area sg buloh. Sebelum nie dah berapa kali penjenayah indon mati ditembak polis di sg buloh.

24. muaks - August 13, 2009

@simply me…..

tulah xramai kan lelaki kt blog2 … mana tahu ada yang kaya raya nk gak ngorat takut tersangkut lepaslah hermes ……..huak huak huak……

padan muka http://www.malingsia.com walaupun aku xpernah melawat kat situ kerana benci melihat tajuk-tajuk malingsial tu … sakit hati …. mcm lah kita pergi maling tempat dia…padahal xputus-putus orang indonesial buat part time merampok kat malaysia nih…….

nk tengok juga lah tower13 tu …. simply me ckp sedap…. nak try lah….coz aku ni bukan peminat cite melayu sangat … tambah2 cite hantu …sori to say……if nak pergi tengok wayang kalau cite melayu aku pilih-pilih juga….. aku nak tunggu papadom…. aspecially cite afdlin shauki and the geng…. mmg aku bli tiket wayang……

tulah issue manohara pun senyap je xde cite menarik pun…. aku rasakan nanti lama-lama manohara akan pulang pada TT coz balik negara dia baru dia tahu susah…. lagi best tinggal diistana apa…dia pun masih mentah , nanti lama-lama dia akan berfikir dengan matang….

selamat berpuasa untuk umat islam di seantero…speacilly utk simply me yang glamor…n yang masuk blog nih…aku pun tak sabar nak menyambut puasa dan tingkatkan ibadah ……….salam ramadhan……

25. Simply Me - August 13, 2009

yo yo @muaks…

sorry la sbb menghampakan kau wakaka….kau kan kata nak ngurat tt, apa lagi, pi la ngurat heheh😛

Aku pernah beberapa kali join website tu, aku mmg sakit ati tgk 2 gambar bendera malaysia diletakkan kepala babi di atas bendera kita. Ada yg panggil org malaysia manusia dari kandang babi, anjing, Yahudi dan sebagainya. Kau boleh tau tahap pendidikan mereka bila kau baca komen2 kat situ. Bila ada dari kalangan mereka yg bersikap neutral, org tu sekali akan dimaki hamun oleh org indon kat website tu. Sehari sebelum kena suspended aku ada tulis komen aku dan print out page yg ada gambar babi tu. To be very honest, aku nak hantar gambar tu kat tv3 dan kemukakan bantahan kepada kedutaan besar indonesia di KL. Tau2 dah kena suspend la pulak hehheh.. Tu laaa….tak baik kalau ada niat yang buruk dan tidak diredhai, asyik nak memfitnah aje dan memaki hamun sesukanya.

Kes manohara kawin ngan tt nie mengingatkan aku pada Puteri Sarah yg kawin ngan anak sultan Brunei. Masa tu Sarah pun 16 tahun gak dan Pengiran berumur 30an. Beza antara Sarah dan Manohara, kalau kau tengok, family Sarah tu walaupun mak dia berbagsa Swiss tapi menghormati budaya Melayu Brunei dan adat istiadat istana. Sarah pun nampak terdidik. Mungkin Manohara mengharapkan akan jadi seperti Puteri Sarah. Pada pendapat aku kalau kau biasa hidup terlalu bebas sukarnak hidup dlm lingkungan istana yg penuh protokol.

Muaks, raya nie aku nak jual kek lapis. Org kata kek lapis berasal dari indonesia tapi disebabkan asimilasi dsb, kek lapis boleh didapati di malaysia, Brunei. Aku punya kek lapis dan aku pelbagaikan tau, ada kek lapis blueberry, prune, coklat cadbury dsb. Tapi takut la pulak kalau2 tiba2 orng indon hantar surat saman kat aku kata aku curi budaya mereka seperti mana mereka kata kita curi batik walaupun semua org tau batik malaysia dan indonesia terlalu jauh berbeza

26. Simply Me - August 13, 2009

@Muaks….oh yea frend, selamat menonton Tower 13😀

27. muaks - August 24, 2009

simply me…

aku ingat puteri sarah tu…. cantik …. tapi aku pun xpernah dengar kabare yang mengatakan ada problema dkt istana brunei… dan memang ada pendidikan…. macam si manohara tu….. tak ada pendidikan ,… aku ada terbaca dia juga jadi pengiring sosial… uh…. muda-muda ada rupa jadi pengiring sosial…so bad,,,, so poor…. tengok gambar dia pegang anjing ?posing maut lagi….. agama dimain-main pula…. if dia stay dgn TT banyak lah manfaat dia dpt… tentu dia belajar agama juga….

aku mmg tgk n terperasan yang kebanyakkan indonesian ni mentaliti diorg ni rendah lah…. tak tahu ramai mana yang menamatkan spm…. yang ke university tu entahlah kan,….. tapi jenis yang kecoh….pastu buat demokrasi jalanan tunjuk MALINGSIAL..KEPALA BABI LAH….MMG sakit hati…how stupid!!!

aku pun sakit hati juga sikit-sikit malaysia curi budaya mereka…. sikit-sikit curi budaya mereka …. batik lah….. lagu lah…..diorang sebenarnya cemburu sebab batik kita famous … diiktiraf sedunia…. indonesia ni penuh dengan sifat cemburu…

kek lapis …. uh statement bahaya tu…….. nanti kau pula dituduk menciplak karya nya…padahal sarawak kek lapis mmg popular….

aku memang hairan kenapa indonesia selalu suka bermusuh dengan jirannya yang sentiasa memberi rezeki kepada rakyatnya…..

28. Simply Me - August 24, 2009

Hey hey @muak….SELAMAT BERPUASA FREND🙂 puasa tak ari nie???

Utk info kau, http://www.malingsial.com tu dah idup balik. Well bulan posa tak posa mereka tetap sama, memaki, mencarut kat kita. Its in their blood. Alhamdulillah, kita dapat pahala puasa mereka…Aku cuma harap org malaysia jgn terikut-ikut dengan rentak mereka. Aku tgk takde org malaysia nak join situ lagi, malas tgk org2 indon yg cepat melatah dan pada satu tahap menkafirkan kita. Ada org indo yang tulis “malingshit…tak pantas kamu sebut assalamualikum…” Tgk lah betapa jumudnya mereka. Maki dan cacilah kita, apa yg mampu kita sebut ialah …Alhamdulillah….
Kita masih berfikiran waras, belum pernah terfikir utk letak gambar kepala babi atau kepala anjing pada bendera indonesia.
Cuma aku tertanya2 dgn sikap mereka,.. kenapa tiada sorang pun antara mereka (malahan pemimpin mereka juga), yang menyeru bangsanya supaya sama-sama bekerja keras utk majukan bangsa & negara mereka dan analisa kelemahan diri?? Mrk lebih suka menghabiskan masa dengan memaki hamun.

Ari nie aku nampak kat website tu kata malaysia mencuri lagi budaya mereka,…kau nak tau apa??? Kuda kepang, tpi diorg panggil kuda kumping ke amende ke aku tak ingat. Sama ada mereka mahupun kita suka atau tidak, kena terima hakikat bahawa berlaku penghijrahan rakyat dari tahah Jawa ke negara kita lebih 100 tahun dulu. Bila hijrah mereka bawalah budaya mereka bersama dan hidup bersama2 penduduk tempatan serta masih mengamalkan budaya nenek moyang turun temurun hingga ke hari nie.

Aku setuju dgn kau. Baru2 nie kwn aku gi Boutique Tun Abang Sufi di London yg jual fesyen bertemakan batik Malaysia. Kalau tak silap aku kerajaan nak masukkan batik malaysia dan songket ke Harrods jugak. Entahlah kau, susah kalau jadi manusia tapi penuh rasa iri hati dan cemburu nie.

Tentang kes dessy dan manohara tu, alhamdulilah, ramai org indon yg akhirnya celik mata. Dulu presiden indon ada buat statement yg pro dessy ketika dessy sibuk2 buat sidang akhbar kata anaknya didera oleh TT & dessy dihalang masuk malaysia. Tapi skrg presiden tak ckp apa2 bila byk perkara buruk dibongkar ttg dessy.

Ttg kek lapis tu, sorry yea, not my fault that i can bake well😀 Apa yang nyata kek lapis yg aku buat mahupun Kek Lapis Sarawak banyak perbezaan dari kek lapis indon🙂 Cleaner bangsa indon kat opis aku nie pun order kek lapis dari aku😀 …

29. muaks - August 26, 2009

hi simply me…..

aku mmg paling tak suka kalau indonesia menuduh malaysia mencuri kebudayaan diorang…… semua yang kita ada, cakap kita menciplak karya diaorg….

kau tgk tak APM09? buat kat indonesia? pembukaan nya macam dikir barat….duduk sambil tepuk2 tangan…. pelik juga, sebelum ni aku tak pernah tgk persembahan indonesia tradisional macam tu…..

aku salute kau,,, byk betul infomasi yang kau dpt nih…..atau2 kau ni wartawan kot…… sambil jual kek lapis…. eh kalau wartawan lagi best dpt jual kek kau kat artis2 yang kaya2 tu…..

ya … yang dessy n manohara pun byk aku lewat blog2 ramai juga yang hentam 2 beranak tu….. at last…. diorang pun tahu dan marah sebab byk betul cerita yang mengarut…… yang terbaru aku tgk gambar mano pegang anjing…….terkejut badak aku….tulah org nak kawin…..dia sibuk nak kawin…….tp rupanya tak tahu budaya melayu dan islam….eee….mcmana orang nk hormat jika peragai mcm tu….sayang …kalau stay dgn TT mungkin byk ilmu agama dpt dipelajari, tambah2 keturunan baik-baik……. aku mmg bengang tgk dia peluk anjing siap posing maut lagi……

ok simply me……. chat lagi………adios

30. Simply Me - August 27, 2009

hey hey @muaks…..camne posa setakat nie?🙂

Semlm aku baca kat http://www.malingsia….. isu2 yg cuba dipaparkan membuat aku betul2 ketawa. Malahan kalau kau baca, kau juga akan ketawa. Selain kita dituduh mencuri lagu rasa sayang, kita juga dituduh mencuri lagu injit2 semut, burung kakak tua dan suriram. Sebenarnya, lagu rasa sayang, injit semut dan burung kakak tua turut dinyanyikan oleh masyarakt Melayu Brunei dan Singapura. Malahan ada juga masyarakat bukan Melayu di kedua2 negara tersebut yang tahu nyanyikan lagu2 tersebut. Lagu2 nie terlalu dekat dihati mereka. Persoalannya,…apa yang org2 indon nie nak lakukan pada kita, melayu brunei dan melayu singapura sedangkan lagu2 ini juga menjadi sebahagian daripada hidup/budaya kita/mereka? Apa indon2 nie nak ganyang melayu brunei dan melayu singapura juga ke?😀😀😀 Mereka menggesa supaya Presiden SBY serang malaysia lol…. To be very honest aku sedikit sebanyak respect kat SBY. Dia terpelajar dan berwawasan dan aku percaya dia lebih rasional dari beberapa org pemimpin indonesia.

Yang paling buat aku ketawa besar ialah kita dituduh curi sambal petai dan rendang yg mereka katakan hak milik mutlak mereka! Kalaulah balik raya nie aku bagitau mak aku yg rendang yg dia masak tu berasal dari indon,… sure dia ketuk kepala aku dgn senduk! Org melayu singapura pun tahu masak rendang tau,…..so mereka nie pun pencuri la yea😛 ???? Kalau org2 indon nie saman malaysia, brunei dan singapura kerana dituduh sebagai pencuri budaya mereka, dan menang kes itu, kaya rayalah Indonesia!😀 !! Oh ya, mereka mungkin tak tau bahawa terdapat juga org Melayu di Afrika Selatan, Pulau Cocos dan Christmas Island. Mereka berasal dari dari Malaysia dan kepulauan Jawa dan mengamalkan budaya Melayu!! Oh ya, ada jugak penulis kat website tu sarankan agar Indonesia mempatentkan perkataan “SIA” supaya negara Malaysia hanya dikenali sebagai MALAY shj lol… Aku tak tau la pulak abjad S, I dan A berasal dari indon juga wakakaka….😀😀 . Apa yg aku ingn katakan ialah tindakan tersebut hanya jadi SIA-SIA LOL

Tahun lepas ketika di Istanbul aku tonton tarian sufi yg turut diamalkan dibeberapa negara lain seperti Jordan. Kebab juga boleh didapati di kebanyakkan negara Arab.Begitu juga “evil eyes” batu yg dikatakan dapat membawa nasib baik kpd masyarakat Turki mahupun bangsa Arab. Aku tak pernah terbaca/dengar mereka bergaduh mahupun tuduh menuduh yang mengatakan salah satu negara tu curi budaya mereka.

APO09 memang buat kat Jakarta, tapi aku malas nak tengok pun. Ttg manohara tu, aku tak terperanjat pun tengok gambar dia ngan anjing tu. Tak boleh salahkan dia 100%, kau pun tahu siapa yg patut disalahkan atas perilaku manohara.

Hehe muaks,…aku bukan wartawan daaaa….aku belajar tak tinggi🙂 tak seperti admin & penulis2 di http://www.malingsia .Tak perlu jadi wartawan utuk berfikiran rasional dan mendapatkan fakta🙂 betul tak ??🙂

Wei frend, tahun nie kau tak travel ke?😀

31. muaks - August 27, 2009

wei friend….. simply me…

memang aku salute lah kau ni byk tahu betul…………

tahun ni tak travel…. takut H1N1 ni…. aku ni jenis yang mudah demam….
cuti cuti malaysia je……..

nanti ada time aku nk juga search dkt malingsia………..

selamat berbuka……….

32. Simply Me - August 28, 2009

hi @muaks…

selamat berbuka dan selamat ari merdeka !!!😀

33. no name - March 20, 2010

BORING TOL ASYIK KOMEN2 JEK…TAK GAK JADI PE2 KAT MANOHARA TU….SIAP HAPPY BUAT SINETRON AGI NAK BUKTIKAN DIE TU BENAR…..alaihai korang kite relaks santai je….insya Allah dgn izin allah swt semua orang akan tau gak cerite sebenar…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: