jump to navigation

Gol Michael Owen selamatkan maruah MU July 19, 2009

Posted by nikmj in General, mstar, National, news, Soccer, Sport, utusan malaysia.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.

PENYERANG United, Rooney bersaing dengan Indra Putra di Stadium National ,Bukit Jalil, petang semalam. United menang 3-2.

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri – anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53 ketika ramai menyangka akan dilumat habis-habisan oleh pelawat perkasa itu berpandu kepada kunjungan terakhir pada 2001 berakhir dengan kekalahan 6-0.

Tanpa disangka, Malaysia yang dihimpit dalam kotak penalti sejak sepak mula oleh United, berjaya mendapatkan gol yang didahagakan barisan anak buah K Rajagopal apabila Amri akhirnya membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Amri yang menampilkan prestasi baik untuk menjulang Selangor ke persada Liga Super, namun gagal menterjemahkannya dalam dua pemanas badan menentang Zimbabwe sebelum ini melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gawang Belanda itu pada penghujung saingan babak pertama untuk menggamatkan 80,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

AMRI dipeluk rakan sepasukan selepas gol untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Manchester United dalam aksi ‘Jelajah MU 2009’ di Stadium National, Bukit Jalil, petang semalam.

United membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani.

Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dan membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.

Michael Owen menggelecek bola melepasi penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias ketika menjaringkan gol kemenangan MU.

Lihat aksi video jaringan gol disini http://www.facebook.com/video/video.php?v=1165402649884&oid=5735224654

Aksi ulangan Malaysia-MU

MANCHESTER United, semalam memutus kan untuk melanjutkan tempoh persinggahan mereka di Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dengan mengatur perlawanan ulangan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8 malam, esok.

Harga tiket RM308 untuk tempat duduk utama dan RM58 tempat terbuka.

Tiket mula dijual di kaunter ‘pintu hijau’

Stadium Nasional bermula 12 tengahari ini.

Perkembangan terkini itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam selepas perlawanan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill, berkata selepas keputusan membatalkan kunjungan ke Indonesia, pasukan itu mengambil keputusan kekal di negara ini selepas amat berpuas hati dengan persiapan Malaysia.

“Kami terpaksa menolak rayuan Indonesia berikutan isu keselamatan sejajar dengan keputusan yang sudah dibuat kelmarin. Kami juga mengetepikan pelawaan Australia kerana terlalu sukar menguruskan aspek logistik pada saat akhir,”

katanya pada sidang akhbar khas, semalam.

SKUAD

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah, Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha)

MAN UNITED: Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: