jump to navigation

Rakyat MU tetap tolak BN walaupun berbagai rasuah disogok July 15, 2009

Posted by nikmj in Buletin Online, By election, General, islam, malaysia today, N41 Manek Urai Kelantan, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Gelagat Najib yang sudah awal-awal lagi melarikan diri ke Egypt dan Wak Sembab dari 330pm sudah terbang dengan helikopter ke Kota Bharu, seolah-olah mereka takut berdepan dengan realiti. Kemenangan Pakatan 6-1 dalam PRK sejak GE12 memang memalukan BN. Tidak ada dalam sejarah seorang PM tidak menghadirkan diri walaupun sekejap semasa calon partinya berkempen. Oleh yang demikian maka wajarlah rakyat menghadiahkan Najib sepinggan pie.

PAS dengan tegas menyatakan, kehilangan undi sebanyak 1,287 berbanding yang diperolehi Pak Su Wei pada Mac tahun lalu, adalah disebabkan oleh rasuah dan sogokan wang serta janji-janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Ahli Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata demikian dalam sidang media sejurus pengumuman kemenangan PAS di buat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Walaupun menang dengan majoriti tipis 65 undi, beliau tetap berbangga dengan keteguhan pendirian dan keberanian warga Manek Urai menolak tawaran ‘anak emas kerajaan persekutuan’“

Tahniah kepada para pengundi Manek Urai yang begitu kuat ketahanan mereka,(Gambar – Abe Uji di julang setelah diisytiharkan sebagai pemenang)

“semua saudara-saudara tahu bahawa penggunaan politik wang adalah begitu berleluasa adanya sampul biru sampul kelabu dan sampul putih diedarkan kepada pengundi pada hari ini,”katanya di pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra , Kuala Krai.
Walau bagaimana pun, katanya,  pengundi Manek Urai masih lagi dapat bertahan dan ia adalah menjadi satu kebanggan kepada PAS, yang menunjukkan mereka masih mengutamakan perjuangan Islam.

Katanya, jentera BN telah mengagih-agihkan wang rasuah untuk membeli undi pada malam sebelum hari mengundi.

Dalam perkembangan berkaitan, kelmarin, Husam telah menggesa Timbalan Perdana Menteri menjelaskan apakah kandungan beg-beg yang dibawa oleh beliau dengan helikopter pada pagi itu dan juga hari penamaan calon 6 Julai lalu.

Sewaktu sidang media di Markaz Induk,  beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendedahkan pihaknya ada menerima laporan tentang ada operasi berjalan ditengah malam dari rumah ke rumah.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof berkata tidak perlu pengiraan semula dilakukan walaupun majority yang diperolehi PAS adalah kecil (Gambar – Abe Uji melawat pusat mengundi) .

Katanya pengiraan semula hanya boleh dilakukakan sekiranya perbezaan undi kurang empat peratus dari jumlah keluar mengundi, bukannya dari jumlah keseluruhan pengundi.

Namun beliau berkata BN boleh mencabar keputusan itu dimahkamah sekiranya mahu berbuat demikian.

PRK manek Urai diadakan kerana penyandangnya Haji Ismail Yaacob (Pak Su Wei) meninggal dunia kerana sakit pada 22 Mei lalu.

Pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, PAS yang di wakili Pak Su We mendapat 5,746 undi menewaskan calon BN yang mendapat 4,394 undi (BO)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: