jump to navigation

PRK N41 Manek Urai – Live dari pusat mengundi July 14, 2009

Posted by nikmj in anwaribrahimblog, buletinonline, By election, General, harakahdaily, islam, malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, mstar, N41 Manek Urai Kelantan, National, news, Politics, suarakeadilan, utusan malaysia.
Tags:
trackback

botd140709
Untuk REFRESH berita terkini, sila klik URL atau REFRESH.

prkn41b

prkn41A

8.26pm: A grim-looking PAS candidate Mohd Fauzi Abdullah leave the party campaign headquarters for the main tally centre in Kuala Krai to claim victory. Party supporters are seen trying to cheer him up by telling him that a win by one vote is still a win.

Complete unofficial results:

PAS, 5,347; Umno, 5,283; majority, 64. Total votes: 10,722.

 

8.24pm: Official results from Election Commission thus far:

PAS, 4,335; Umno, 4,299; majority, 36.

Results from five ballot boxes yet to be released. The total tally so far is from 23 ballot boxes. (Mana datang kotak ke28? Bukankah sebelum ini hanya ada 27 kotak)

8.21pm: Official results from Election Commission thus far:

PAS, 4,090; Umno, 3,985; majority, 105.

8.15pm: Official results from Election Commission thus far:

PAS, 3,092; Umno, 2,747; majority, 345.

8.10pm: Election Commission is releasing the official results progressively. 

The tally so far: PAS, 1,962; Umno, 1,654; majority, 308.

8.00pm : According to inside sources, the final tally has PAS winning by 65 votes, after recount of votes in a number of ballot boxes.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI 745pm : PAS menang dengan majoriti 64. Calon PAS mendapat 5347 undi, manakala calon BN mendapat 5283 undi. Jumlah undi rosak adalah 90 dan jumlah keluar mengundi adalah 10746 (87.42%). PAS memenangi di 14 daripada 27 saluran, manakala BN memenangi 5 daripada 9 UPU.

7.40 petang – PAS (5363), BN (5293)

Undi Rosak (90), Majoriti 70, Jumlah Mengundi 10746 (87.42%)


7.30 petang – PAS (5188), BN (5155)

Undi Rosak (90), Majoriti 33, Jumlah Mengundi 10433


7.20 petang – PAS (4701), BN (4577)

Undi Rosak (90), Majoriti 124, Jumlah Mengundi 9368


7.15 malam – Solat Maghrib akan dipimpin Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat malam ini di Markaz Induk.


7.10 petang –   Jumlah keluar mengundi adalah 10,746 orang

– Mengikut maklumat tak rasmi setakat ini,PAS menang dengan majoriti lebih besar…

– Maklumat tak rasmi PAS memenangi Kesemua 9 peti undi


7.00 petang – PAS (4700), BN (4542)

Undi Rosak (90), Majoriti 158, Jumlah Mengundi 9332


6.47 petang – PAS (4504), BN (4316)

Undi Rosak (60), Majoriti 188


6.39 petangPAS (3610), BN (3328)

Undi Rosak (48), Majoriti 282

6.30 petang – Keputusan DUN Manek Urai GE12

5.00 petang – Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR 

4.55 petang – Di Temali, seramai 350 orang berhimpun di hadapan pusat pembuangan undi (50%Pas dan 50% BN)%

4.52 petang – 10 minit sebelum tamat masa pengundian, peratus keluar mengundi sebanyak lebih kurang 86%

4.40 petang – Kemalangan di hadapan Sek. Keb. Sungai Perial, Nadiah Mohd Kamil, 24, dari Kuala Kangsar cedera di bahagian mulut diiringi pegawal keselamatan PAS

4.39 petang – Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali

4.31 petang – Calon BN meninggalkan UPU Temalih bersama pengiring-pengiringnya dengan bermotorsikal

4.30 petang – YB Takiyuddin berada di Sekolah Manik Urai Baru

4.16 petang – Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali

4.15 petang – Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84 %

Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial

3.56 petang – Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

 

3.50 petang – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab – dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.


3.47 petang – Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa

3.46 petang – Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peri


3.30 petang – Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter 

3.20 petang – Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai

3.09 petang – Seorang petugas muslimat PAS Perak, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang – Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.53 petang – Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang – Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.

2.49 petang – Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin

2.46 petang – Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.

2.38 petang – SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Calon PAS, Abe Uji sedang berada di UPU Manek Urai Lama 

 

 

2.30 petang – Mengikut culaan selepas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.Jika peratus undi bertambah, BN mungkin akan kalah teruk

 

2.00 petang – Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat di UPU Chuchu Puteri

 

1.50 tengahari – Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

 

Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.

 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.

1.30 petang – Suasana ditempat mengundi

1.16 petang – * SPR diramalkan umum keputusan jam 8.00 malam.
* Sehingga hari ini BN telah berjanji nilai melebihi RM140 juta projek jika menang. 
* 8.00 pagi, semua pusat mengundi dibuka. 
* Pelbagai media tidak memberi harapan besar kepada PAS. 
* Nasharuddin dan Najib tidak kelihat sehingga hari ini. 
* Najib yakin pengundi bawah 40 tahun bertukar arah ke BN. 
* Muhiddin dakwa PAS tiada hak tuntut projek jika BN kalah. 
* Polis dakwa pilihanraya paling aman sejak beberapa tahun(melibatkan BN-Umno bertanding).

1.14 petang – calon PAS kini berada di Sekolah Kebangsaan Kg karangan.


1.10 petang – Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

 

12.59 tengahari – Pusat Pengundian Laloh – Dilaporkan, Seorang tua yang tidak mengundi pada tahun 2008 telah dibawa keluar oleh wanita UMNO Pulau Pinang tanpa pengetahuan penjaganya.

Wanita UMNO Pulau Pinang tersebut membawa orang tua tersebut bersama kad pengenalannya ke pusat pengundian Sk Laloh.

Walaubagaimanapun orang tua tersebut telah ditinggalkan bersendirian di dalam pusat pengundian dan kad pengenalannya tidak bersamanya.

Kini Mafrel sedang menguruskan isu tersebut, dan melaporkan kad pengenalan tersebut hilang. Orang tua itu sekarang ini berada di dalam pondok pos SPR.  

Calon PAS juga kini kelihatan berada di pusat pengundian tersebut

12.34 tengahari – Peratusan keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi kira-kira 57%

12.30 tengahari – Keadaan di Pria kembali terkawal oleh pasukan polis

12.28 tghari: Penyokong PAS dibelasah oleh penyokong BN. Lebih kurang 5 orang penyokong PAS cedera dibelasah dan dibaling dengan objek keras sehingga mencederakan kepala.

12.25 tghari – Proses pemberian wang saguhati berupa wang minyak RM50 ke RM200 sedang berjalan laporan dari Malaysiakini

12.19 tengahari – Pusat pengundian Pria – keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua  pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian

 

Ini bermula ketika pegawai spr datang memasuki pusat pengundian, ia telah diikuti pula oleh kereta berlambang Dacing. Penyokong PAS tidak berpuas hati dan menyerbu pusat pengundian tersebut. Akhirnya penyokong BN turut menyerbu sama. Penyokong kedua2 pihak juga salin baling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.

 

12.05 tghari – SPR melaporkan 68.4% atau 8,415 dari jumlah 12,293 telah mengundi.

 

12.00 tghari – Suasana dipusat pengundian masih rancak berjalan

 

11.59 pagi – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab – tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

 

11.50 pagi  Pertambahan crowd penyokong PAS di Sungai Sok bertambah 500 orang, BN hanya 300 orang sahaja.

 

11.46 pagi  Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sedang meninggalkan Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama, menuju ke tempat memgundi lain.

 

11.43 pagi – Keadaan di Sungai Peria diberitakan tegang, keadaan sekarang kelihatan kedua-dua penyokong parti bertanding berbalinagn botol. Polis sedang cuba mengawal keadaan. 

 

11.38 pagi – Di Manek Urai baru, pengundi semakin berkurangan, kerana ramai pengundi yang telah keluar pagi tadi. Peratusan keluar mengundi 52%.

 

Keadaan semakin lengang, provokasi antar dua parti juga sudah tiada.

11.35 pagi – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama.


11.30 pagi – Bilangan crowd PAS di Sungai Peria meningkat 350 orang berbanding UMNO lebih kurang 250 orang sahaja, keadaan saling memprovokasi  tetapi masih dalam keadaan terkawal.

11.28 pagi: Pihak BN telah mengaku yang mereka telah memberi ‘wang’ kepada pengundi2 yang balik dari rantau dalam istilah duit tambang. Jadi, ini sudah jelas mereka telah melanggar akta SPR. Kedua-dua penyokong telah saling baling-membaling objek2 seperti bom air, botol, kayu… Suasana menjadi tegang.

11.22 pagi – Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan ‘penyamar’.

11.22 pagi – 200 orang penyokong PAS mula merapati pagar di sebelah pejabat kisdar, tempat pembayaran pengundi.

Jalan dari Kuala Krai – Manek Urai ketika ini sesak tidak bergerak.

11.20 pagi – Calon PAS, Abe Uji bersama pengiringnya masuk ke tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, bertemu dengan penyokong-penyokong PAS.

11.15 pagi – Lata Rek ketika ini, petugas semakin bertambah 4 kali ganda berbanding BN, mereka bertakbir, bertahmid dan bersama membaca doa Qunut Nazilah.

Sementara itu, petugas BN masih dalam keadaan pasif, tidak bergerak meraih undi mereka.

11.05 pagi  Pengerusi SPR  Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan sampai di UPU Manek Urai Baru.


11.02 pagi – Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik oleh mereka yang disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ. -malaysiakini

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan ‘penyamar’

11.00 pagi – Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah berkata peluang beliau untuk menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah. 

“Peluang menang cerah bagai bulan purnama,”

katanya ketika ditemui wartawan di Sekolah Kebangsaan Peria 2 dekat sini, sebentar tadi.Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah berkata peluang beliau untuk menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah. 

Beliau berkata, setakat ini, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan petugas parti mendapat sambutan ramai pengundi. 


10.58 pagi – Menurut Ketua Muslimat Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, di Lata Rek bilangan keluar mengundi ikut saluran 127 daripadanya penyokong PAS, manakala 20 lagi penyokong BN.

Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.

 

10.57 pagi – Di Temalih – lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.

 

10.50 pagi  Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit “rasuah” dan “Altantuya” (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung

10.40 pagi – daripada UPU Temalih, keadaan penyokong kedua-dua parti saling mereka berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Kekuatan penyokong PAS:UMNO= 60 : 40.

10.30 pagi – Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian. -perisikrakyat

10. 27 pagi – Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.

Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.

10.26 pagi – SPR melaporkan 38.3% atau 4,706 pengundi telah keluar mengundi.

10. 25 pagi – Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.

10.20 pagi Trak FRU dan polis tiba di SK Manik Urai Baru setelah dimaklumkan berlaku kekecohan

10.10 pagi – Di Manek Urai baru pula, seorang wanita “naik angin” kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat yang kuat oleh penyokong PAS. – Malaysiakini

10.00 pagi Kebanyakan media tempatan meramalkan PAS akan memenangi PRK N41 Manek Urai. Keputusan akan diumumkan lebih krg jam 8 malam ini.

9.45 pagi – Laungan takbir bergema di sekitar pusat mengundi sambil diselangi laungan “Hidup-hidup, hidup Islam, hancur-hancur, hancur UMNO” oleh para penyokong PAS. Keadaan masih terkawal. Berita Harian melaporkan berlaku pertikaman lidah antara penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka. 

Penyokong Pas yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir.

9.35 pagi – Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.

9.20 pagi – Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9.15 pagi – Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok. 

Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.

 

9.10 pagi – Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.


9.08 pagi – Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.


9.04 pagi  Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.

 

9.00 pagi  Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju tempat mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di kawasan tersebut.

Turut kelihatan pimpinan Muslimat, Dr. Siti Mariah Mahmud memerhati keadaan di sana.

 

8.30 pagi – Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula. 

 

8.29 pagi – Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

 

8.20 pagi – Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.

PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meninjau pusat mengundi SK Peria yang agak tegang berikutan rasa tidak puas hati penyokong Pas dan BN berhubung kedudukan tempat mereka berkumpul. Beliau menyatakan rasa kecewa kerana parti terbabit tidak memastikan penyokong mereka mematuhi peraturan seperti yang dipersetujui.

 

8.00 pagi  semua 9 tempat mengundi dengan 4 saluran akan dibuka bagi membolehkan 12,293 pengundi berdaftar keluar mengundi di pilihan raya kecil Manek Urai menunaikan hak masing-masing, hari ini.

Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Peria menyakskan pengundi-pengundi membuang undi.

 

7. 40 pagi – Suasana di empat-tempat pengundian meriah terutamanya di tempat calon PAS berada. Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.


7. 30 pagi – Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.

 

7.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai – Jalan utama Gua Musang – Kuala Krai kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik  bergerak lancar dari kedua-arah.

 

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan  perayu-perayu undi mulai kelihatan.

Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

2 orang calon yang bertanding pada hari ini adalah calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah(2 dari kanan), 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat(2 dari kiri), 39.

FAKTA MANEK URAI

* PRU ke-7 sejak Mac 2008.

* Calon PAS, Ismail Yaacob menang dengan majoriti 1,352 undi tewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

* 14 Julai 2009 sebagai tarikh pengundian.

* Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

* 12,197 adalah pengundi Melayu (99.2 peratus), pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang

Comments»

1. abe man - July 14, 2009

insyaallah abe uji menang……takbirrrrr

2. Nur - July 14, 2009

As’kum – Terima kasih. ‘Live’ Coverage dan gambar2 memang hebat.

3. Rakyat4Rakyat - July 14, 2009

Tahniah PAS Menang …. Daripada Rakyat4Rakyat

keputusan tak rasmi: http://impianrakyat.blogspot.com/2009/07/kedudukan-pengiraan-undi-di-dun-manek.html

4. honeyelize - July 15, 2009

hi, I’m from Vietnam. Nice to visit your blog

5. Top Posts « WordPress.com - July 15, 2009

[…] PRK N41 Manek Urai – Live dari pusat mengundi Untuk REFRESH berita terkini, sila klik URL atau REFRESH. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: