jump to navigation

TG Nik Aziz dan Nasha diManek Urai July 11, 2009

Posted by nikmj in By election, General, N41 Manek Urai Kelantan, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, akan muncul di pentas ceramah bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Manek Urai.

Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan tersebut di pejabatnya di Kota Baru.

Timbalan Presiden PAS itu telah menimbulkan tanda tanya pengundi Manek Urai dan pemerhati politik pada hari penamaan calon Julai 6 lepas apabila tidak muncul mengiringi calon pilihan raya seperti mana dilakukannya sebelum ini.

Ekoran itu pelbagai telahan dibuat orang ramai terutama dari kalangan penyokong parti lawan.

Ada yang mengatakan kerana pertelagahannya dengan Nik Aziz dalam isu kerajaan perpaduan sehingga beliau didesak Nik Aziz meninggalkan PAS.

Kalau benar sekalipun telahan itu namun dalam masa sama Nik Aziz tidak pernah menolak hakikat pengalaman dimiliki Nasharuddin sentiasa diperlukan terutama menjelang PRK DUN tersebut.

Namun, semalam tanda tanya mengenai perkara ini mulai selesai apabila tersebarnya gambar Nasharudin yang berada di atas katil Hospital Serdang selepas menjalani pembedahan usus.

Nasharudin di atas katil hospital selepas menjalani pembedahan usus.
Beliau dijangka akan keluar segera dari hospital itu.

Tempoh kempen PRK DUN Manek Urai sedang berlangsung sehingga Selasa ini. Pada hari penamaan calon Julai 6 lalu Nasharuddin tidak hadir mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, ke pusat penaman calon.

Pada peringkat awal Nik Aziz mendedahkan dua faktor Nasharuddin tidak dibenarkan hadir dalam kempen tersebut ialah sebagai strategi politik dan melindungi sebarang kemungkinan tindakan agresif penyokong parti.

“Saya tidak mahu dia datang pada hari pertama itu kerana khuatir akan dicerca ketika berucap atau berceramah. Memanglah saya tak bagi dia mari, sebab kalau di-boo sayapun rasa malu,”

kata Nik Aziz.

Turut mendapat serangan ekoran ketidakhadiran Nasharudin adalah Datuk Husam Musa. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mendakwa, Husam punca Nasharudin tidak datang ke Manek Urai.

Husam menjelaskan, siapalah dia untuk menghalang timbalan presiden PAS, “Saya hanya AJK PAS sahaja,” kata Husam.

Husam juga berkata, Nasharudin mesti ada alasan tertentu kenapa dia tidak datang ke Manek Urai kerana dia juga tidak datang ke Parlimen.

Bagi Husam, Khairy memainkan isu itu untuk mengelakkan isu royalti minyak untuk Kelantan dari perkatakan.

Dengan tersebarnya gambar Nasharudin di atas katil hospital terdedahlah cerita sebenarnya.

Nik Aziz berharap kehadiran Nasharuddin membantu kempen parti memberi peluang kepada beliau membersihkan namanya susulan kontroversi kerajaan perpaduan menemui puncak ketegangan selepas muktamar PAS ke 55.

Tinjauan The Malaysian Insider di markaz induk PAS Manek Urai, tiada maklumat tepat berkenaan tarikh kehadiran Nasharuddin.

Pun begitu, menurut Penasihat Jentera pilihan raya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Nasharuddin akan datang pada bila-bila masa dalam waktu terdekat ini.

Sementara itu Nik Aziz memaklumkan ADUN PAS Galas, Che Hashim Sulaiman, berada dalam keadaan uzur lantaran kanser perut dan beliau kini terpaksa menjalani proses kimoterapi di Kuala Lumpur.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: