jump to navigation

Najib digesa beri penjelasan isu Altantuya dan royalti minyak Kelantan July 8, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, malaysianinsider, Najib Razak, National, news, Politics.
Tags: , ,
trackback

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dalam ceramah pertamanya di atas pentas Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjelaskan isu royalti minyak untuk Kelantan, isu pembunuhan Altantuya Shariibuu (gambar) dan kontroversi pembelian kapal selam.

Najib diminta supaya berterus terang kepada rakyat Kelantan berkaitan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri yang didakwa tertunggak sejak 2004 dengan anggaran nilaian berjumlah RM1 bilion.

Ceramah Zaid, bekas anggota Parlimen Kota Bharu itu diadakan di kampung Lela Jasa, dekat sini. Turut hadir adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, serta beberapa kepimpinan PAS kawasan.

Berbeza dengan siri kempen pilihan raya kecil Penanti, isu Altantuya masih belum dihalang dari dibicarakan.

Dalam ceramah itu juga, Zaid menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) merendah-rendahkan karektor calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, tidak mempunyai latar belakang akademi sebagai serangan peribadi tidak berasas.

Beliau berkata, prinsip Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan BN dalam memilih calon yang mengutamakan kualiti penampilan calon dari kepelbagaian sudut selaras dengan kehendak rakyat.

Zaid merujuk kepada sejarah ketamadunan kerajaan Islam zaman Rasulullah yang berjaya mentadbirkan negara dengan telus dan adil kepada seluruh masyarakat tanpa mendapat kelulusan ijazah universiti.“

Pengajian tinggi tidak penting. Yang penting ialah pengalaman, sebab pengalaman tidak akan didapati walau mengaji setinggi manapun. Kerajaan di zaman Rasulullah dulupun tidak terbentuk daripada individu yang berpendidikan di peringkat universiti.

“Bahkan tidak ada universiti pada zaman nabi tetapi boleh memerintah dengan telus dan adil kepada rakyat. Ada ijazahpun buat apa kalau banyak putar belit yang akhirnya menyusahkan rakyat,”katanya.

Melalui ceramah sulung beliau selepas menyertai PKR, Zaid berkeyakinan rakyat Manek Urai memerlukan calon yang benar-benar bertanggungjawab dan tidak semestinya mempunyai pendidikan tinggi.

Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Kuala Krai, dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai tidak mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi, sering menjadi modal serangan BN.

Fauzi dibezakan dengan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat merupakan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang mempunyai kelulusan ijazah.

Sementara itu, Salahuddin memberitahu akan terus memperjuangkan nasib rakyat bersama ahli parlimen Pakatan di Dewan Rakyat yang dikatakan terbeban dengan cengkaman kadar kenaikan insuran kenderaan awam.

“Satu Malaysia, rakyat diutamakan adalah slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat. Mana realiti slogan itu? belumpun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak.

“Insya-Allah kami akan serang habis-habisan perkara ini dalam sidang bajet bulan sepuluh nanti supaya kerajaan kaji balik insuran kereta dan motosikal,”jelasnya.

Kadar kenaikan insuran kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat rasa terbeban.
XX

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: