jump to navigation

Siaran Langsung dari penamaan calon PRK N41 Manek Urai 6/7/09 July 6, 2009

Posted by nikmj in By election, General, harakahdaily, islam, mstar, N41 Manek Urai Kelantan, National, news, Politics, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat.
Tags: , , ,
trackback

Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39.

Lintas langsung daripada Manek Urai sebelum ini

Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar.

7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.

8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah,43, dari Kampung Latereh.

8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato’ Seri Shafei Apdal, Dato’ Mustafa Mohamad dan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein.

9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).

10.05 pagi: Proses bantahan sedang berlangsung.

FAKTA MANEK URAI|

* PRU ke-7 sejak Mac 2008.

* Calon PAS, Ismail Yaacob menang dengan majoriti 1,352 undi tewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

* 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

* Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

* 12,197 adalah pengundi Melayu (99.2 peratus), pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang. – mks. _

Comments»

1. RANJIT SINGH - July 7, 2009

PAS akan menang diManik Urai.Majoriti akan bertambah…

2. farah - July 11, 2009

lubang,gali!!!apa tau!!keci2 lembu jaga,sudah besar lembu jaga,sudah pencen bank jaga, satu senapapang peluru dua!
depan tak mau belakang juga lu pusing!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: