jump to navigation

Keangkuhan UMNO punca masalah perpaduan July 2, 2009

Posted by nikmj in Buletin Online, General, islam, Najib Razak, National, news, Politics, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat.
trackback

Tindakan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak menolak pelawaan Mursyidul Am PAS tidak menggambar pentadbiran kerajaan Malaysia dengan dasar 1Malaysia, Rakyat didahulukan,

Pemimpin UMNO termasuk bekas-bekas Perdana Menteri hanya mementingkan parti (UMNO) melebihi kepentingan umum, umat Islam dan Melayu di negara ini.

PAS Terengganu menyokong hasrat murni Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat mempelawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berdebat, dalam mencari penyelesaian masalah antara PAS-Umno.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata PAS Terengganu menyambut baik dan sepatutnya UMNO menerima pelawaan itu kerana ianya adalah satu isu yang sekian lama dikemukakan.

“Debat (PAS-Umno) ini bukan perkara baru tapi isu lama dan boleh dikatakan hampir setiap kali bila isu ini berbangkit (ia) akan berakhir dengan kegagalan, kerana UMNO tidak bersedia untuk bersemuka” jelasnya.

Menurutnya, PAS sentiasa bersedia berdebat, berbincang dan bermuzakarah dengan semua pihak bagi mencari titik penyelasaian.

“Perjuangan PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam, adalah menyeluruh, atas kepentingan (Islam), PAS mengambil sikap selama-lamanya bersedia berdebat, berbincang, bermuzakarah dengan semua pihak termasuk dengan UMNO,”tegasnya 

Beliau yang juga, Yang Dipertua PAS Marang mempersoalkan tidak ada sebab dalam ajaran Islam tidak boleh berbincang , bermuzakarah dan berdebat.. 

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim menggesa agar Perdana Menteri berlapang dada dan menerima pelawaan debat tersebut.

Ia adalah penting, katanya kerana rakyat dapat melihat kebenaran samada PAS atau UMNO yang sebenarnya mahu Islam di tegakkan di Negara ini.

“Saya tidak nampak tujuan yang lebih besar dari hasrat Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu selain dari untuk menyatakan kebenaran Islam.

“Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib perlu berlapang dada untuk berdebat dengan Tok Guru Mursyidul Am PAS sebagai membukti bahawa dia (Najib) seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh mempertahankan maruah UMNO sebagai perjuangan orang Melayu dan Islam,”ujarnya. (B0)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: