jump to navigation

Panas !!! Jawatan MB Perak akan bertukar tangan lagi… July 1, 2009

Posted by nikmj in General, National, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Nampaknya jawatan MB Perak akan bertukar tangan sekali lagi. Kali ini Pakatan Rakyat akan mengambil alih dari Barisan Nasional jika Sultan masih tidak mahu membubarkan DUN.

Berita mulai tersebar bahawa dua ADUN (Bukan-PR) Perak akan menyokong PR dalam masa terdekat. Berikutan itu BN Perak telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam.

Namun, dua ADUN bebas tidak hadir dan tidak dapat dihubungi oleh BN. Desas-desus mengatakan, mungkin seorang dari mereka akan berpaling-tadah kepada PKR.

Maklumat yang baru diterima mengatakan BN sedang bersiap-sedia sama ada akan memohon perkenan Tuanku supaya DUN Perak dibubarkan.


(Edited): Dua ADUN (Bukan-PR) berkanaan, khabarnya, mempunyai masalah antara seorang dengan yang lain. (
DrWahab)

Lompatan dari ADUN BN ke Pakatan Rakyat akan membolehkan Pakatan Rakyat mendapat majoriti mudah dan sekaligus jika mengikut keputusan mahkamah rayuan yang memihak kepada Zambry tempoh hari, maka Sultan mesti memilih seorang ADUN dari Pakatan Rakyat untuk menjawat jawatan MB baru Perak.

Kita nantikan berita terkini dalam masa terdekat.

Comments»

1. Kucing kota - July 1, 2009

Katanya ada lagi dua Adun BN yang nak melompat?.
Siapakah mereka itu?. cuba habaq mai.
Katanya lagi Mahyudin Yasin nak mengadap sultan.
Mintak bubar dun Perak. Betui ka?
Kalau tak betui nanti Tukar Tiub Kata Gelembong.
Orang utara kata pulak Kelentong.

Tu kena tanya Dr Wahab le, dia yg habaq ptg semalam

2. nikmj - July 1, 2009

Mengundi lagi kite wehh ..

Jul 1st, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress
Oleh Mamamat

Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.

Berita tentang ada dua ADUN UMNO mahu melompat menyertai PR adalah rekaan semata-mata. Rekaan untuk menghalalkan kenapa MB DPulau membubarkan DUN Perak. Tujuannya supaya rakyat berpersepsi bahawa DUN Perak dibubarkan kerana isu lompat, bukannya isu rampasan kuasa secara haram. DUN Perak mesti dibubarkan sebelum 9 Julai 2009. Sekiranya DUN Perak dibubarkan, maka Mahkamah Persekutuan mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersidang membicarakan akan status siapa MB Perak yang sah. Maka selamatlah nama ‘buruk’ Satu Malaysia.

Begitu juga kononnya Si Changkat Jering ada menemui MB Nizar dan melahirkan kekesalannya adalah tidak benar. Jikalau benar si lompat ini berjumpa MB Nizar dan menyatakan kekesalannya, lebih baik kosongkan sahaja kerusi supaya boleh diadakan PRK di DUN Changkat Jering. Tindakan mengosongkan kerusi lebih bermaruah daripada tindakannya menyertai semula PR. Tindakan si lompat yang mahu menyertai semula PR hendaklah dianggap sebagai satu permainan baru oleh UMNO.

Oleh itu, berita tentang pembubaran DUN Perak akan dibubarkan pada minggu ini adalah benar. Lebih baik UMNO yang membubarkan DUN Perak daripada PR yang membubarkannya. Sekiranya UMNO yang membubarkan DUN, bermakna UMNO masih berpeluang menggunakan tenaga dan jentera kerajaan. Pekerja majlis masih boleh dikerah menggantung bendera UMNO. Jikalau PR yang ke istana untuk memohon membubarkan DUN, takut nanti UMNO langsung tidak ada jentera dan petugasnya.

Sebagai rakyat marhaen dan pengundi di DUN Perak, saya menyambut baik supaya DUN Perak dibubarkan. Kelewatan membubarkan DUN Perak hanya akan menyerlahkan lagi kepincangan dan kesilapan keputusan oleh istana dan mahkamah. Kelewatan ini juga akan membuatkan rakyat semakin faham bahawa UMNOlah yang memperalatkan istana dan mahkamah demi kesinambungan kuasa UMNO. Semakin lewat DUN Perak dibubarkan, semakin sukar untuk UMNO mempertahankan 27 kerusinya. Biarlah kalah negeri asalkan kerusinya selamat sehingga PRU 13.

Cukuplah lima bulan MB DPulau memanaskan kerusi MB Perak. Ternyata kuasa itu tidak ada keberkatanNya. Rakyat tidak hormat dan rakyat tidak terasapun akan kehadiran MB DPulau sebagai MB Perak. Rakyat semakin menyumpah UMNO. Teringat masa saya kanak-kanak, ustaz kata sekiranya 40 orang menyumpah kita, maka sumpahan itu akan menjadi …

Wallahualam

Source : http://perakexpress.com/www/?p=5110

3. ARA - July 2, 2009

dah berpuluh tahun orang menyumpah UMNO tapi tak jadi apa2 pun. negara tetap makmur , aman damai di bawah pemerintahan UMNO. di Kelantan tu apa haram pun tkde . tu kena sumpahan lah tu. heheh

Termakasih kerana mengiakan dan bersetuju dgn apa yang PAS katakan selama ini, kat Kelantan tiada yg HARAM contohnya judi, arak dsbnya, tapi kt negeri UMNO berlambak benda2 macam tu, siap yg raja islamnya jadi direktor kilang arak lagi… masyallah… benda macam tu UMNO boleh berbangga… ngok betoii

4. nikmj - July 2, 2009

Berikutan tersebarnya sms dan panggilan talifon dari banyak pihak mengenai khabar angin kononya ada ADUN BN yang akan menyeberang kepada Pakatan dan dikaitkan dengan pembubaran DUN Perak dengan ini saya tertarik untuk memberi beberapa kenyataan :-

1. Kenyataan itu adalah tidak berasas dan disebarkan oleh pihak yang tidak dapat dipastikan setakat ini.

2. Pembubaran DUN adalah langkah yang paling tepat dan wajar dalam menyelesaikan krisis di Perak. Mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih kembali siapakah kerajaan yang mereka pilih adalah desakan Pakatan Rakyat yang berterusan “Bubarkan DUN Perak”.

3. Saya memohon semua penyokong PAS dan pakatan rakyat supaya jangan mudah mempercayai dan menyebarkan segala maklumat atau sms yang belum disahkan maklumat pengirim dan kesahan maklumat itu kepada orang lain.

Kenyataan Media
2 July 2007

YB. Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi BBC Pakatan Rakyat Perak/
Ketua Penerangan PAS Perak.

5. PAPA SAYANG11 - July 3, 2009

menyokong penuh kepimpinan pas di perak dan menyokong penuh PEMBUBARAN DUN PERAK.SEMOGA ALLAH MEMELIHARA RAJA DAN NEGERI PERAK KHUSUSNYA.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: