jump to navigation

Laporan bedah siasat Michael Jackson mengejutkan June 30, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, General, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.

Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.

“Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia,” kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.

Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.

Menurut laporan bedah siasat itu: “Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

“Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya,” kata laporan itu.

Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.

Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.

Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.

Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat. – Agensi

Comments»

1. Ladybond - July 1, 2009

Sebagai peminat Jacko aku rasa sedih juga dengan kematiannya memandangkan dia seorang Islam.

Semua tindakan bodoh yang dia buat dan menyeksakan dirinya itu dibuatnya masa dia masih jahil bertahun-tahun dahulu. Moga-moga
keseksaannya itu dijadikan sebagai penebus dosa. Al Fatihah.

Cuma aku terkilan dengan segelintir anak muda Melayu yang minat sangat
nak masuk kristian sedangkan persekitaran mereka adalah Islam. Masjid sana-sini, belajar agama sejak sekolah tadika dan syarahan agama di TV
semuanya ada tetapi masih bodoh. Cikgu di sekolah mengajar sains dan matematik tak minat. Pasal tu boleh terima konsep trinity. Orang maju macam mat salleh dengan persekitaran non muslim lagi minat nak mendalami Islam. Lebih-lebih lagi bila mereka tahu kandungan Al Quran
selari dengan sains dan teknologi.

2. nikmj - July 1, 2009

MICHAEL Jackson menghabiskan malam terakhirnya dengan melakukan apa yang biasa dilakukannya: membuat persembahan.

Raja Pop dikhabarkan terlibat dalam raptai di Staples Center di Los Angeles. Dia berlatih menyanyi koleksi penuh lagunya untuk 50 konsert di London dengan ditemain kawan-kawan dan rakan sejawat.

Jackon kagum dengan adegan khas yang disediakan semasa raptai tersebut.

“Wajahnya kelihatan berseri, dan anda dapat melihat kepuasan pada raut wajahnya. Dia akhirnya dapat menyaksikan kesemua perancangan yang selama ini termeterai,” kata Dorian Holley, pengarah vokal untuk konsert Jackson.

“Sehingga Rabu lalu, persiapan hanyalah dalam bentuk konsep. Bagaimanapun, pada hari terakhir, Jackson akhirnya dapat melihat segmen-segmen pertunjukan itu dipentaskan sekali. Ia adalah momen yang sangat penting,” katanya.

Holley telah memberi bimbingan khusus kepada Jackson dalam melakukan persembahan solo sejak 1987.

Holley berkata, dia meninggalkan raptai sebelum tengah malam pada sebelah malam 24 Jun, sementara Jackson menghadiri lebih banyak perjumpaan.

12 jam kemudian, terdapat panggilan untuk 911 dari rumah Jackson di Holmby Hills menyatakan Jackson “tidak bernafas….dan dia tidak memberikan maklumbalas kepada rawatan bantuan pemulihan pernafasan (CPR), dan lain-lain.”

Menurut Holley, ikon pop itu kelihatan berbeza semasa raptai-raptai tersebut – tidak sakit, tetapi lebih banyak berdiam dan bertafakur.

Berbanding dengan persembahan-persembahan terdahulunya, Holley berkata, Jackson lebih memfokus kepada persembahan “This Is It” pada Julai ini.

Katanya, Jackson menghadiri siri raptai dan berbual dengan setiap krew yang terlibat.

“Sehingga saat-saat akhir raptai tersebut, Jackson mengekalkan rentak pantas dan yang mementingkan kesempurnaan. Saya masih mengagumi kekuatan vokal dan fizikalnya,” kata Holley kepada satu sumber


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: