jump to navigation

Dosa Chedet dan Tok Pa kepada rakyat Kelantan tidak akan dilupakan June 30, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Datuk Mustapha Muhammad berkata kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti bahan itu(petroleum) sebagaimana negeri-negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Katanya lagi, kerajaan Pusat tidak sekali-kali mencabuli hak kerajaan negeri dan tidak menzalimi rakyat menikmati peluang pembangunan sebagaimana negeri lain di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Memang benar kawasan JDA adalah diluar perairan Kelantan iaitu 170 batu. Namun harus diingat diTerengganu juga kawasannya adalah 220 batu dari pantai Terengganu.

Yang mana lebih dekat? Jika Malaysia ada hak diJDA, hak Malaysia itu berdasarkan sempadan negeri mana jika bukan Kelantan?

Siapa yang boleh percaya kepada Mustapha yng bercakap mengenai isu pembangunan di Kelantan itu sdangkan beliau sendiri pernah membuat membuat pengakuan bahawa beliau terlibat sebagai salah seorang ahli Majlis Peunding Ekonomi Negara satu ketika bertanggungjawab menyekat pembangunan di Kelantan?

Kita tayangkan semula pengakuan itu dan kemudian di sana ada jawapan bahawa Mustapha dan sekalian pemimpin UMNO BN adalah pendusta dan perompak yang menjadikan Kelantan sebagai mangsa kezaliman dan kedurjanaan mereka! 

Ihsan Greenboc didetikdaily

Comments»

1. nikmj - July 2, 2009

Ikuti interbiu ringkas bersama Ahli Parlimen Tumpat yang sempat ditemui di lobi Parlimen bagi memperkatakan isu tuntutan Kerajaan Kelantan terhadap pembayaran royalti minyak oleh Kerajaan Pusat:

Kenapa Kerajaan Pusat begitu liat hendak membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Kelantan?

DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR: Terbukti, sememangnya ini merupakan dasar Tun Dr Mahathir yang daripada awal lagi ingin menafikan hak Kelantan terhadap royalti. Ini bukan sahaja di Kelantan tetapi apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS royalti yang diberikan berpuluh tahun telah ditarik balik.

Di Kelantan bukan sekadar royalti tidak diberi kepada Kelantan tetapi pendaratan minyak juga dirancang supaya tidak didaratkan di negeri itu. Ini juga terbukti daripada sumber-sumber Petronas dan ianya dijelmakan dengan dasar dan keputusan supaya laluan minyak dan gas itu mendarat di Songkhla, Thailand.

Melalui paip akhirnya sebahagian daripadanya dibawa melalui bumi Thailand dan Kedah. Kerajaan Pusat di bawah BN memang sanggup mengambil risiko dan mengetepikan keuntungan dan kepentingan negara dengan mendaratkan gas dan minyak itu di Thailand. Mereka mengambil risiko keselamatan dan sebagainya menerusi paip membawa gas itu melalui Thailand ke negeri Kedah.

Tetapi BN kata kawasan pengeluaran minyak itu, dalam wilayah bertindih?

Isu yang dijawab oleh kerajaan dalam parlimen oleh Menteri kononnya kawasan itu bertindih dengan Thailand, sebenarnya itu tidak berbangkit kerana dalam soalan saya di parlimen pun telah dijawab bahawa 50 peratus Thailand dan 50 peratus Malaysia.

Yang kita tuntut itu bukan yang 50 peratus Thailand punya tetapi yang bahagian Malaysia. Tuntutan itu berlaku kita faham kerana dasar Malaysia juga untuk tidak terus menghadapi krisis dengan negara Thailand dengan tuntutan bertindih itu sama-sama setuju 50 peratus Thailand dan 50 peratus Malaysia.

Tetapi, itu kita tidak persoalkan. Sebaliknya kita tuntut yang 50 peratus bahagian di Malaysia itu yang tidak bertindih (dikatakan Kelantan dan Terengganu). Ia terletak di perairan Kelantan.

Yang bertindih ialah perairan Malaysia dan Thailand. Bahagian Malaysia itu tiada syak lagi bahawa ianya adalah bahagian perairan Kelantan.

Terdapat tujuh pelantar minyak di perairan Kelantan?

Ya, benar dengan perbincangan usahasama dengan kerajaan Malaysia-Thailand. Yang itu kita tidak nafikan dan kita mempunyai peta perairan itu sebagai bukti.

Ini menunjukkan BN diskriminasi dan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti ini?

Memang dasar BN daripada awal lagi untuk menafikan hak Kelantan kerana mereka menganggap Kelantan di bawah PAS dan mereka tidak nampak bagaimana akan boleh jatuh kembali kepada BN. Sebab itulah mereka merancang supaya Kelantan tidak mendapat satu sen pun daripada hasil minyak itu.

Pada pandangan Dato’ apa tindakan yang perlu diambil oleh Kerajaan Kelantan untuk menuntut kembali royalti daripada Kerajaan Pusat?

Menurut laporan, Kerajaan Kelantan telah pun menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri. Ini merupakan langkah yang baik. Saya berharap Perdana Menteri menghormati permohonan kerajaan negeri ini atas tuntutan yang berasas. Kalau Perdana Menteri benar-benar mahu buktikan konsep keadilan, satu Malaysianya.

Kalau sekiranya Kerajaan Pusat tetap enggan untuk memberi kembali royalti itu, apa nasihat Dato kepada pengundi Manek Urai?

Kepada pengundi-pengundi di sana, walau apa keadaan pun mestilah sentiasa menyedari Kerajaan PAS Kelantan daripada awal lagi memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat tanpa mengira suasana ekonomi ataupun setakat mana peruntukan yang diberikan Kerajaan Pusat kepada PAS.

Ini adalah bukti Kerajaan PAS mengutamakan rakyat walaupun kita tidak menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi sememangnya segala dasar kita mengutamakan rakyat negeri yang kita anggap sebagai penyokong setia kita. -sanggahtoksaga

2. amir - January 9, 2010

ika gila nak mampus

3. Anakpedu78 - February 25, 2010

Salam,

Sememangnya dunia akhir zaman, kerana wang dan harta umat islam sanggup bermusuhan.

Tapi masih ada lagi yang memperbodohkan diri lagi dungu bila berkaitan dengan undang-undang hanya kerana wang.

Pelantar Minyak terletak di kawasan perairan antarabangsa antara 3 buah negara; Malaysia, Thailand & Vietnam. Diusahakan secara bersama.

Jarak Pelantar dari TANAH atau PANTAI TERDEKAT (ketika air paling surut dalam setahun @ air surut tempas) ialah 170 km.

TETAPI, mengikut undang-undang AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 (sila rujuk website Kem. Perdagangan Dalam Negeri. Koperasi & Kepenggunaan-KPDNKK) yang ditandatangani oleh para pemerintah dahulu (kerajaan persekutuan dan negeri) yang MENYATAKAN BAHAWA pembayaran wang ROYALTI hanya akan dibayar kepada kerajaan negeri tersebut sekiranya terdapat pengeluaran minyak & gas dalam lingkungan 3 batu nautika (lebih kurang 15 km dari pantai SEMASA AIR PALING SURUT).

Sememangnya ia berhampiran Kelantan tetapi di luar 3 batu nautika, jadi ia berbalik kepada Akta tersebut. Ada faham? Apa yang susah sangat?

Itulah masalahnya bila banyak sangat orang nak jadi peguam tak bertauliah yang lebih sesuai kita panggil peguam kampung @ “loyar burok”.

Kalau tak tau pasal undang-undang, tak yah memandai cakap pasal undang-undang…..

Anakpedu78
Penghuni Kuarters
Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP)
Jabatan Perdana Menteri,
Bandar Baru Bangi,
Selangor DE.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: