jump to navigation

Isu royalti minyak Kelantan : Laporan JPKM 2007 sahkan KERAjaan BN berbohong June 29, 2009

Posted by nikmj in buletinonline, By election, General, N41 Manek Urai Kelantan, National, news, Oil, Politics.
trackback

malaysia-JDAPemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/saifudintunjukbukukepada%20TGHadi.jpgPresiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu

Inilah bukti gambar pelantar cakerawala yang dikatakan itu..

Cuba anda perhatikan dua bendera yang sedang berkibar itu, bendera negara kita Malaysia dan Thailand.

Ini pula pandangan dari udaraIni pula pandangan dari laut,Helikopter inilah yang telah membawa jurukamera untuk mengambil gambar diatas. ”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu,
”dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama, semalam. (Gambar – Saifudin menunjukkan buku perangkaan kerajaan Malaysia kepada Presiden PAS) 

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,

”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon UMNO/BN pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

”Rakyati di dahulukan, Manek Urai di utamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihanraya),
”tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, UMNO tak bayar royalty minyak, 

”Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (UMNO/BN) pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 haribulan nanti,”katanya.
Klik http://www.buletinonline.net/images/stories/berita2/buletinsymbol.jpg Untuk Video Klip (BO)

Comments»

1. nikmj - June 29, 2009

Penjelasan Husam tentang hasil minyak Kelaatan

Kekayaan Bumi Kelantan Dengan Hasil Minyak…
900juta – 1b untuk 6 tahun…
Sudah 6 tahun Kerajaan Umno BN tak Bayar Royalti Minyak Kepada Kerajaan Kelantan Darul Naim Di Bawah PimpinanTok Guru Nik Aziz

Harap sangat-sangat PM atau Pemimpin-pemimpin Umno BN yang lain tak payah lagilah nak bercakap pasal Rakyat di utamakan ataupun Perpaduan Semua Kaum, Kalau Masalah Royalti kepada Kerajaan Kelantan tidak dapat diselesaikan…

Inilah sebenarnya yang perlu PM dan pemimpin Umno BN utamakan… kerana ini adalah hak rakyat Kelantan..

Jangan Menzalimi hak rakyat Kelantan (pinkturtle2.wordpress.com)

2. nikmj - June 29, 2009

BUKTI MINYAK ADA DIKELANTAN

Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).
Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

– Block A-18

– Block B-17

– Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration

APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

– Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

– Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

– Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

– Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/06/siapa-kata-tiada-minyak-di-kelantan.html

3. tanpaNama - July 1, 2009

mane pegi suara juak2 UMNO? xkn senyap je..nk sorok kebathilan pemimipin2 kamu ke? jgn subahat, nnt teruk nk mnjwb kt pdg mahsyar buat zalim kt org..

4. mosuha - July 10, 2009

ambo doh lama tahu org UMNO NI, tegamok dia buat pada org Islam lagu tu, ambo ada banyak bukti sbg pegawai kerajaan, kita tahu benar.

5. rosedi - July 12, 2009

1 malaysia.,retorik pemimpin rakus

6. hajii - August 13, 2009

Salam zairah,
Kalau benar hok Kelate gat, beri la royalti 1 biliun tu…jangan buat nyanya, kan semua rakyat kita belako. Ambo bimbang….nak jawab lagu mana di akhirat nanti.
“Berilah nasihat, sesungguhnya nasihat itu bermanfaat bagi orang2 mukminin” …. renungkanlah!!!

7. Ok Lah - November 19, 2009

Ya Allah . berkatilah negeri kelantan. Majukanlah negeri Kelantan. Hamba ingin kembali bekerja di tempat kelahiran sendiri. sudah puas merantau.

Ya Allah … berilah balasan kepada golongan yang menzalimi rakyat kelantan.

Amin ..

8. anok jeli - January 6, 2010

BETUL MINYAK HAK KELANTAN

Salam semua ……untuk makluman memang benar kelantan ada minyak
70 peratus kawasan minyak adalah perairan kelantan dan 30 peratus sebelah Thailand. Adalah sungguh mengaibkan hasil ini disalurkan untuk di proses disana sedangkan jarak ke kelantan hanya sedepa je…..

Rakyak kelantan patut dapat royalti …bukan nye wang ihsan ….
ini memang hak rakyat kelantan….

9. mat - February 1, 2010

namun perlu diingat, kita memperjuangkan hak minyak bukan kerana keutungan besar bagi kita, tidak sekali2 untuk perjuangan politik jauh sekali untuk kepentingan diri.., namun matlamat yang lebih besar… iaitu memperjuangkan kalimah ALLAH dan menegakkan kebenaran.. ..
Tibalah masanya kita BangKIt!! mencari sistem khilafah yang telah lama hilang…

“In tansurullaha Yansurukum, Wayusabbit aqdamakum”
(sesiapa yang membantu menegakkan agama allah, allah akan bantu mereka, dan allah akan MenGUATKAN mereka)

10. hs - February 3, 2010

Ya Allah tolonglah kerajaan kelantan menegakkan kebenaran,,betapa berat ketidakadilan yang di tanggung oleh mereka…..

11. amin - February 23, 2010

BN x habis2 nk nafikan hak rakyat klntan
dia k rakyat klantan ynduk pada dia

12. amin - February 23, 2010

BN x habis2 nk nafikan hak rakyat klntan
dia nk rakyat klantan tnduk pada dia
tnggu kbnaran yg akn dbongkar

13. ex-umno - February 27, 2010

woi harmNo,,don’t try 2 cheat us k..
we remember all da thing..
issue of kalimah Allah, Scorpene submarine, da missing of jet engine, altantuya, lingam video, sodomy conspiracy etc etc etc…

14. ex-umno - February 27, 2010

very dissapointed with u najis…!!!!

vote for PKR…!!!!!!!!!
(ready to mark PKR 4 next PR13)

15. ANAK KELANTAN - April 12, 2010

Secara terang terangan,hasil kelantan terus di nikmati oleh golongan2 yg m’basokn dri mereka “pembela rakyat”.Kepada yg masih kabur, rajin2 kn diri utk bertandang ke airport KB dan gunakan mata kasar anda utk tgk brp byk helibase di sana yg mana kita sedia maklum utk kegunaan pelantar minyak.Utk 2009, Bunga Orkid Field mula ber operasi dgn pengeluaran m’cecah jutaan ringgit/setiap hari.Utk makluman semua, bunga orkid dan bunga raya field adalah di bwh GDA (Goverment Development Area) di antara malaysia dan Vietnam.Hanya 1 Satelite (10-20 telaga) yg berada di boarder Vietnam.80% pengeluaran adalah di bumi kelantan..Sekian utk tatapan Kerajaan 1 Malaysia.

16. penentang umno - February 13, 2012

Allah telah mgatakan bahawa “kamu jangan cenderung kepada orang yang mungkar, bahawa-senye kamu akan di sambar api nerako,,cenderung takleh dah,,kalau sokong sama teloh la,masuk nerako bawah skali,,,pah 2 bakpo nye dk skong nate umno lg nye,,,bia klate x maju pun asl jgan umno pggan klate,,,ambo x rela,,,,

17. Anonymous - April 25, 2012

ihzimhum wansurna alaihim

18. hanif - June 26, 2012

saya ni org umno,tapi kalau betul kerajaan bn/umno menafikan hak minyak kelantan,saya harap kerajaan pusat serah balik royalti tu utk membuktikan bn/umno parti yg membela rakyat,kalau tidak mungkin kepercayaan terhadap bn/umno akan terus merosot hari demi hari…pulangkanlah………………….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: