jump to navigation

Manohara diarah pulang ke Istana Kelantan sebelum 2 Julai 2009 June 27, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

Tengku Temenggong Kelantan hari ini mengarahkan isterinya  Manohara Odelia Pinot – yang lari ke Jakarta sejak 1 Jun – supaya kembali ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini.

Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra mengarah Manohara taat dan kembali ke pangkuannya sebagai suami yang sah di sisi hukum syarak.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantanBeliau juga mengarahkan Manohara menjalankan tanggungjawabnya sebagai isterinya dan tugasnya sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan sebagaimana yang diperakui oleh undang-undang.

“Sekiranya isteri saya tidak kembali taat kepada saya sebagaimana arahan yang tersebut di atas selewat-lewatnya pada atau sebelum 2 Julai 2009, maka saya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa jua hak saya yang sah di sini hukum syarak dan undang-undang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isteri saya yang tersebut di atas,” katanya dalam satu kenyataan media khas.

Kenyataan tersebut dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang difakskan kepada media petang ini.

Sejak kembali bersama ibunya di republik itu, Manohara melemparkan tuduhan-tuduhan serius terhadap suaminya dan membuat aduan polis, termasuk terhadap Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan.

Cik Puan Temenggong Kelantan juga mula berlakon dalam diri drama untuk televisyen di Indonesia. 

Tuduhan-tuduhan itu termasuk mendera dan menculik semuanya dinafikan oleh Tengku Temenggong Kelantan, malah membuat aduan polis balas terhadap Manohara.

Berikut kenyataan penuh Tengku Temenggong Kelantan:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Kepada: 
Manohara Odelia Pinot
Cik Puan Temenggong Kelantan.

tengku fakhry manohara odelia pinot 260609Bahawasanya saya Tengku Muhammad Fakhry ibn Sultan Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan, suami yang sah kepada Manohara Odelia Pinot, Cik Puan Temenggong Kelantan dengan ini mengarahkan isteri saya yang tersebut di atas kembali taat ke pangkuan saya, iaitu suami beliau yang sah di sisi Hukum Syarak serta menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri saya sebagaimana yang dituntut mengikut Hukum Syarak dan tugas sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan sebagaimana yang diperakui oleh Undang-Undang.

Sekiranya isteri saya yang tersebut di atas tidak kembali taat kepada saya sebagaimana arahan yang tersebut di atas selewat-lewatnya pada atau sebelum 2hb Julai 2009, maka saya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa jua hak saya yang sah di sisi Hukum Syarak dan Undang-Undang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isteri saya yang tersebut di atas.

Saya menegaskan bahawa sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Isteri wajib mematuhi arahan dan perintah suaminya selagi mana ia tidak melanggar Hukum Syarak dan Undang-undang.

Saya telah melantik Tuan Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar, Peguam Sharie dari firma Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang beralamat di Suite 15-5, Jalan USJ 9/5Q, Subang Business Centre, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia bagi mengendalikan kes-kes syariah bagi pihak saya. 

Sebarang kemusykilan syariah bolehlah dikemukakan kepada peguam Syarie saya yang tersebut di atas. 

Manakala bagi guaman sivil pula saya telah melantik En Mohd Haaziq Pillay dari Tetuan J S Pillay & Mohd Haaziq, Unit B-3A-3, Block B, Megan Avenue 1, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lujmpur bagi pihak saya. 

Sebarang kemusykilan mengenai undang-undang sivil bolehlah kemukakan kepada beliau.

Sekian wassalam.

Yang benar, 

(tandatangan)
Tengku Muhammad Fakhry ibn Sultan Ismail Petra
Tengku Temenggong Kelantan

Ihsan Malaysiakini

Comments»

1. Umnoi Bewak - June 27, 2009

Kata bijak pandai agama..nak cari bini ka , laki ka bukan macam cari murtabak kat pasar malam ….TETAPI ikutlah lunas-lunas yg Islam gariskan..
nak lawa boleh..
nak b’harta silakan..
nak keturunan baguih teruskan..
nak b’ilmu ok..
tapi biarlah terbaik pegangan Islamnya bukan macam ‘kutubrahak’ , mak ayah pula ada kes macam lanun..

2. @L - June 27, 2009

Kemarin Pagi, saya melihat di headline sebuah t.v di Jakarta.., “Pengiriman t.k.i ke Malaysia DIberhentikan mulai tgl 26 juni 2009″.

Saya hanya bisa berdoa, agar para t.k.i seperti pembantu,buruh (Ilegal atau Legal) dapat pulang ke kampung kalian masing2. kita sebagai bangsa Indonesia.. istilah kata “Makan nggak makan,asal dapat kumpul keluarga di Negara Indonesia Tercinta sendiri”. kalian (T.k.i) dapat hidup di pedesaan yang indah,lautan Indonesia yang luas,menanam pada atau sebagainya..agar kita dapat membangun Indonesia tercinta ke arah lebih baik..

Kami (Warga Negara Indonesia) yang alhamdulillah berkecukupan terutama di Jakarta ini.. berdoa agar para t.k.i dapat kehidupan yang lebih baik di INDONESIAku …

3. titi - June 27, 2009

kacian deh lu

4. OTHMAN - June 27, 2009

@L!!semua orang bangga dengan negara mereka !!ini termasuk lah kami raayat MALAYSIA!!WE ARE PROUD TO BE A MALAYSIAN!!terima kasih MALAYSIA!!!!!
kenapa kah kamu begiti gembira apabila pemerentah negara kamu tidak lagi membenar kan TKI berkerja di MALAYSIA!!KAMU HARUS MEBERI CADANGAN YANG BERNAS MENGENAI MAASALAH 3 JUTA TKI
JIKA DI PULANGKAN KE INDONESIA!!SIAPAKAH YANG AKAN MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA DAN KELUARGA!!APAKAH KAMU ATAU PEMERENTAH INDONESIA SANGGUP UNTUK MEMBIAYAI SEMUA KEPERLUAN YANG TKI DAN KELUARGA MEREKA MEMERLUKAN?????????
@L!!TOLONG JAWAP PERSOLAAN TERSEBUT!!!
@RUSLAN ARDI!!thanks
tak perlu saya panJangkan cerita !!

5. Malaysian - June 28, 2009

@L kamu silap, hanya pembantu rumah dari indonesia di berhentikan pengambilannya. Ini berkaitan kasus siti hajar (pembantu rumah) yang di dera majikannya.

6. Cape deh - June 29, 2009

Ya, untuk Warga Negara Indonesia yang alhamdulilah berkecukupan terutama di Jakarta bersyukurlah bisa beli makanan enak, shopping di Mall, bawa anak anak sekolah dan setiap hari baca gosip Manohara. Aku orang Indonesia yg hidup di Malaysia dan punya pembantu dari Jember. Dia udah kebingungan karena kalau sampai di pulangkan dia tidak bisa lagi memberikan dukungan ekonomi kepada keluarga nya. Begitu juga teman2ku, pembantu mereka sudah resah, ketakutan disuruh pulang ke Indonesia. Padahal ini hanya rencana pemberhentian pengiriman TKI.
Aku sih hanya bisa berharap aja, ngga usah komentar deh, kalau ngga pernah jadi atau merasakan penderitaan orang miskin di luar Jakarta. Kolong jembatan aja masih penuh tuh di Jakarta.
Emang orang yang berkecukupan di Jakarta mau bayar pembantu jutaan tuh ? Juga ngga semua pembantu di siksa di aniyaya di Malaysia. Di Indonesia juga banyak yang di siksa dan di aniyaya dan diperkosa. Dasar…. Gajah didepan mata ngga kelihatan ya?
Picik banget deh, soal Manohara aja wahhhh komentar2 nya di website sampai maki maki rakyat Malaysia. ASal tau aja ya, Orang Malaysia tidak semua seperti yang di ceritakan Manohara. Di Indonesia pun ada lahhhh yang sadis. Liat aja tuh Ibu nya si Manohara bisa bisa nya izinkan anak nya di bawah umur nikah sama Pangeran, SADIS kan!
Aku sangat berharap agar kita semua sebagai rakyat biasa menilai masalah ini dengan realistis. Jangan lah urusan Manohara jadi urusan TKI, diplomatik dan rakyat saling membenci. Yang jelas sih yang untung nya si Manohara jadi beken dan banyak duit/ milioner lahhh.
Mau juga orang Jakarta yang di kece in sama si Manohara dan Ibunya………. CAPE DEH!

7. nikmj - June 29, 2009

Pemangku Sultan: Beri ruang Manohara-Tengku selesai krisis

Pemangku Raja Kelantan berharap krisis rumahtangga adindanya dengan Manohara Odelia Pinot dapat diselesaikan melalui proses undang-undang dengan adil-adilnya.

“Saya berharap juga mereka berdua diberi ruang secukupnya untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri,” kata Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad hari ini.

Menurut Bernama, kenyataannya dibuat mengikut titah perintah Tengku Muhammad Faris Petra, yang juga Tengku Mahkota
Kelantan, yang dilantik pemangku ayahandanya yang sedang gering.

Istana Kelantan juga mengulangi penegasannya bahawa isu antara Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan Manohara sebagai “isu peribadi mereka berdua”.

Abdul Halim turut dipetik berkata isu itu juga tidak sesekali berkaitan
dengan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pemangku raja Kelantan dan pejabat Sultan Kelantan.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa Sultan Kelantan masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan baginda dalam keadaaan stabil.

Katanya, semua keluarga diraja terdekat berada di republik tersebut.

“Segala aktiviti hiburan di negeri Kelantan khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Sultan hendaklah mengambil kira dengan keadaan semasa ini,” Abdul Halim dipetik berkata.

Beliau turut meminta semua pihak berdoa agar Sultan Ismail Petra cepat sembuh dan segala masalah yang berkaitan dengan istana selesai dengan sempurna.

Semalam, Tengku Muhammad Fakhry memberi kata dua kepada Manohara agar pulang ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini atau beliau akan mengambil tindakan lanjut tanpa merujuk isterinya lagi.

Masalah antara pasangan kerabat diraja ini mula muncul di media hujung April lalu apabila ibu Manohara, Daisy Fajarina, mendakwa anaknya didera dan diculik oleh Tengku Muhammad Fakhry.

Isu tersebut hampir reda seketika sehinggalah Manohara sendiri membuat tuduhan seumpama ibunya apabila melarikan diri ke Jakarta, 1 Jun lalu.

Tengku Muhammad Fakhry selama ini menafikan semua dakwaan isterinya dan ibu mertuanya.

8. zulu malay - June 30, 2009

@L… sudah2 kamu terlalu bangga dengan yang kamu ada….. jika ya negara kamu mewah….. kenapa di sini di malaysia… berjalan sedikit pun terserempak dgn indonesian? ramainya rakyat kamu yang cari rezeki di sini….kami tidak menghina… malah begitu kesian…. betapa susahnya untuk mencari sesuap nasi… sehinggakan ada yang meniggalkan isteri , anak2 …. keluarga merantau ke negara orang semata-mata untuk mencari rezeki yang dibagi2 kepada keluarga sendiri….

tentang manohara …… Tengku Temenggong…… begitu jauh untuk kita sentuh…. malah melibatkan SULTAN n ISTANA…..

manohara yang derhaka kepada suaminya …. mencetuskan peristiwa… drama….menghebohkan kononnya beliau didera….memalukan MALAYSIA…KELANTAN….. dan rakyat…..

9. TOM - July 1, 2009

Manohara bisa mengukur ilmu yg dijangkau selama ini…!!bayangkan umur 15 thn-17 thn dah menikah,brapa ilmu yg dia resap selama ini??gagal nge- top di eropah ato di amrik…di asia!!whuahahaa..sensasi dolo baru nge-TOP !! NORAK….boleh lihat latar belakang EMAK MANOHARA dulu doank….!! biografi hidup nya baek kah????? iidiiih…

10. DWIS - July 17, 2009

Hmm….untuk orang yang semacam Manohara tidak akan bisa terkenal apalagi top di Eropa dan Amerika, karena di negara itu orang tidak perlukan hanya wajah “cantik” jika ingin jadi sinetron, harus bisa berakting dan jika ingin jadi model tinggi badan minimal 1,77 dan jika ingin jadi penyanyi jelas harus ada bakat dan jangan lupa otak juga harus punya….para fansnya Manohara jangan marah ya? Tidak bermaksud menghina tapi itu hanya kenyataan saja, Manohara sangat beruntung karena dia berhasil diagung-agungkan di Indonesia meski dia tidak memiliki satupun dari persaratan penting diatas!

11. burung merpati - July 20, 2009

tiba-tiba nama manohara jadi sebutan….hanya kerana kes nya dengan tengku temenggong kelantan…… dan mendapat iktiraf dari salah ngo di indonesia? atas dasar apa ya diberikannya iktiraf itu? tidak rational…. bukannya beliau membuat bakti atau derma kebajikan……

saya amat bersetuju dgn dwis…. terkenal dengan wajah cantik sahaja tidak mencukupi…. tanpa ilmu …malah bakat …. contohnya,…. di indonesia … agnes monica….. yang bakatnya… kecantikannya… vocalnya…pertuturan dan kecerdikanya terserlah…. malah saya begitu terpaku melihat beliau di pentas….

kesimpulannya ,,,, manohara antara manusia yang menolak rezeki yang dikurniakannya…….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: