jump to navigation

Barbaloikah Jean Todt ditawar RM1m dan tanah? June 25, 2009

Posted by nikmj in General, National, Politics, suarakeadilan.
Tags: , , ,
trackback

Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu  tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku”tidak masuk akal.

Ini  kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh  wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.

Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .

Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya  rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’

Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu  termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt   RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,”tanya Azmin.

“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,”tambah Azmin

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

“ Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah  dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,”

 kata beliau. (SK)

Comments»

1. nikmj - June 25, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: