jump to navigation

Ida Nerina cedera jatuh tangga kini stabil selepas pembedahan June 23, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, General, Ida Nerina, mstar, National, news.
Tags: , ,
trackback

MALANG TIDAK BERBAU….Aktres terkenal Ida Nerina terjatuh dari tangga rumahnya dan kini sedang dirawat di hospital

BUKAN sahaja terguris, malah ada sedikit marah yang berbekas di dalam hati sewaktu pengarah Rohani Yusoff mendengar khabar angin tentang punca anak saudaranya, aktres terkenal Ida Nerina terjatuh.

“Saya pun hairan macam mana boleh timbul spekulasi yang bukan-bukan tentang Ida,” jelas Rohani yang baru sahaja kembali melawat Ida di hospital sejurus mendengar kecelakaan yang menimpa Ida kelmarin.

Ida terjatuh ketika menaiki tangga di ruang tamu di dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur dan mengalami kecederaan tulang belakang.

Disebabkan insiden yang tidak disangka-sangka itu, Ida terpaksa menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lewat malam Ahad.

THE GOOD BODY…Ida (dua dari kiri, kelihatan di sini bersama pelakon-pelakon lain)terpaksa menarik diri dari berlakon teater ‘The Good Body’

Menurut Rohani, pada mulanya dia terkejut mendengar spekulasi yang kononnya Ida ‘dipukul’.

“Teruknya…saya macam tak percaya sampai begitu sekali orang boleh bercakap pasal Ida. Elok saja saya tengok Ida dan suaminya di hospital tu. Panggil darling lagi..,” kata pengarah teater yang dikagumi itu.

Kata Rohani lagi, segala dakwaan tentang Ida dipukul suami, Shahrin (bekas anggota Blackrose) adalah karut dan tidak benar sama sekali. Dia juga menafikan desas-desus yang berkata Ida akan ‘lumpuh’ setelah insiden jatuh itu.

“Cubalah doa yang elok-elok sikit dan jangan buruk sangka. Tidak baik macam tu. Kalau kita asyik cakap perkara begitu, ia seperti satu doa pula,” kata aktres teater yang disegani ini.

Tambahnya lagi, “Kalau dah jatuh teruk, kenalah rehat lama sikit. Ida sudah melalui operasi dan doktor telah letak 8 skru dan 2 plate untuk membetulkan tulang belakangnya.

“Ida perlu berehat lama….tapi tak adalah sampai lumpuh. Saya dulu pun pernah jatuh, sampai 6 bulan saya tidak boleh jalan dengan baik,” kata Rohani yang bersyukur kesihatan Ida bertambah baik kini.

IDA GORGEOUS….Ida merupakan salah seorang pengajar di Akademi Fantasia musim ke-7 dan senang digelar ‘Ida Gorgeous’ oleh murid-murid kesayangannya

Rohani berkata, “Jangan risau….keadaan Ida sudah bertambah stabil dan dia sedang berehat.”

Doktor juga telah menasihatkan Ida untuk berehat sekejap daripada kerja. Jadi, dia akan menarik diri dari berlakon teater ‘The Good Body’. Ida juga tidak dapat menjadi juri pertandingan filem pendek ‘BMW Shorties.

Ida, yang sememangnya cergas orangnya pernah mengambil bahagian dalam program realiti, ‘The Amazing Race Asia 3″ pada November lalu dengan kawan baiknya, Tania Khan.

Pasangan ini mendapat tempat ketiga dan mendahului pasangan lain pada mulanya tetapi terkandas pada masa genting apabila mereka terlepas penerbangan ke Phuket, destinasi akhir bagi ‘The Amazing Race Asia 3’.

Kali terakhir melihat aksi Ida di kaca TV ialah di saluran Astro di mana Ida merupakan salah seorang pengajar di Akademi Fantasia musim ke-7 dan senang digelar ‘Ida Gorgeous’ oleh murid-murid kesayangannya. (mstar)

Comments»

1. nikmj - June 24, 2009

BERTUBI-TUBI telahan yang dibuat apabila insiden aktres Ida Nerina tergelincir tangga sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang belakangnya hingga menjadi berita gempar dalam industri hiburan tempatan semalam.

Kini, pelakon utama filem ‘Susuk’ ini sedang berehat untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan tulang belakangnya selepas insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi, Ahad lalu.

Difahamkan, Ida terpaksa berehat panjang untuk membolehkan tulang belakangnya pulih seperti sediakala. Insiden yang tidak disangka-sangka itu membuat ramai peminat Ida tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang terjadi.

Dua hari lalu, pengurus Ida, Fizar Harun terpanggil memberi kenyataan rasmi bagi menafikan bekas guru Akademi Fantasia 7 itu terjatuh akibat ‘dipukul’. Belumpun reda spekulasi itu, timbul pula andaian yang baru.

Desas-desus terbaru pula mengatakan yang Ida terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana ‘mabuk’. Andaian demi andaian, juga spekulasi mengundang cakap-cakap sumbang yang jelas tidak menyenangkan pihak keluarga Ida.

“Mana ada Ida ‘minum’ dan ‘mabuk’ sebab dia baru balik dari umrah. I don’t think so..,” ujar Fizar, semalam.

Menurut Fizar, dia tidak percaya dengan spekulasi itu memandangkan Ida baru balik dari tanah suci tiga minggu lalu bersama suami, Shahrin (bekas anggota Blackrose) dan keluarganya.

Lantas, Fizar berharap supaya segala spekulasi dan andaian yang tidak masuk akal itu dihentikan segera.

“Spekulasi itu adalah mustahil. Saya tak nak dia stres sebab berita itu tidak benar.

“Keluarga Ida juga minta orang ramai hormat dan memberikan sokongan kepadanya. Doakan dia pulih dengan cepat,” beritahu Fizar.

Fizar juga menjelaskan kejadian itu berlaku disebabkan Ida menaiki dua tangga menuju ke ruang makan rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa ditambah pula dengan lantai terazo yang licin.

“Ketika saya melawatnya petang tadi (semalam), saya tengok keadaan dia lemah sikit kesan dari pembedahan kelmarin tapi doktor kata dia ‘ok’ dan tidak menggalakkan orang ramai melawatnya bagi memberinya ruang untuk berehat,” tambah Fizar yang belum mendapat apa-apa laporan mengenai kemungkinan Ida akan lumpuh.

Katanya, “Terlalu awal untuk mengatakan tentang itu kerana dia nampak macam biasa.”

2. nikmj - June 25, 2009

AKTRES yang jatuh tangga sehingga cedera teruk pada tulang belakang, Ida Nerina tekad untuk menjadi juri ‘BMW Shorties 2009’ walaupun dia masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur sekarang.

Menurut pengurusnya, Fizaruddin Harun atau Fizar, dia terpaksa akur dengan keputusan Ida yang nekad untuk menjadi juri pertandingan filem pendek itu.

“Pada mulanya memang saya beritahu yang Ida akan menarik diri untuk menjadi juri pertandingan itu kerana dia baru lepas pembedahan.

“Tetapi, selang dua hari selepas itu, Ida memberitahu saya yang dia tetap mahu menjadi juri kerana bosan duduk di hospital.

“Ida akan melakukan kerja penjurian di hospital. Ida hanya perlu menonton video filem pendek itu dan memberikan markah.

“Lagipun semalam dia dah ‘ok’,” kata Fizar ketika dihubungi tadi.

Ida seorang yang ceria dan ‘hiper aktif’. -foto EVAN HWONG
Fizar berkata, Ida telah melibatkan diri sebagai salah seorang juri pertandingan anjuran BMW itu sejak Mei lalu.

Fizar menambah, Ida kelihatan bersemangat untuk melakukan kerja itu memandangkan dia merupakan seorang yang ‘hiper aktif’.

“Kadangkala, dia merengek hendak keluar kerana bosan tetapi doktor nasihatkan dia untuk berehat sehingga pulih.

“Dia sedang pulih dengan perlahan selepas pembedahan dan sedang mendapat pemerhatian para doktor.

”Sehingga kini, kita belum tahu bila dia akan ‘discharge’ kerana doktor belum cakap apa-apa lagi,” ulas Fizar yang turut mengirimkan emel tentang berita ini.

Dalam emel itu, Fizar turut menyelitkan rakaman suara Ida yang mengucapkan terima kasih kepada peminat yang setia mendoakan kesihatannya.

”Assalamualaikum, hai semua. Ida dan keluarga berasa sungguh terharu dan berterima kasih dengan ucapan-ucapan baik dan doa-doa yang diberikan kepada saya dengan kejadian yang tak diduga baru-baru ini.

“Alhamdulillah, buat masa ini Ida sedang berehat dan dengan nasihat para doktor yang tidak menggalakkan Ida menerima tetamu buat masa ini supaya Ida dapat berehat dengan sepenuhnya.

“Ida harap korang faham dan Ida amat berterima kasih di atas semua ucapan, cenderahati dan doa-doa yang disampaikan kepada kami sekeluarga.

“Alhamdulillah, saya semakin baik dari hari ke hari. ‘So far so good’. Ida harap supaya semua peminat teruskan berdoa supaya Ida cepat sembuh dan dapat bersama kamu semua secepat mungkin. Insya-Allah,” kata Ida dalam nada ceria dan suara yang bertenaga sebelum mengakhiri ucapan itu dengan salam.

Pelakon utama filem ‘Susuk’ ini sedang berehat untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan tulang belakangnya selepas insiden terjatuh dari tangga dalam rumahnya yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi, Ahad lalu.

Dia kini sedang berada di PPUM dan tidak dibenarkan berjumpa dengan orang ramai buat masa ini atas nasihat doktor.

Disebabkan insiden itu juga, dia terpaksa menarik diri dari berlakon teater ‘The Good Body’ yang dipentaskan pada 18 hingga 28 Jun di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: