jump to navigation

Ida Nerina tidak tidak dipukul dan tidak lumpuh June 22, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, mstar, National, news.
Tags: , , ,
trackback


Pengurus Ida Nerina, Fizar Harun menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh ketika menaiki tangga ke ruang tamu dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, malam tadi dan mengalami kecederaan tulang belakang.

Ida Nerina sedang berehat untuk sembuh, kata Fizar Harun.

Dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana dia tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa dan tercedera pada tulang belakangnya,” jawab Fizar yang menghubungi mStar, pagi ini.

Ida menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi dan menurut Fizar, Ida kini sudah sedar dan keadaannya stabil.

Fizar bagaimanapun menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu.Tak betul kerana belum ada laporan daripada doktor. Selepas dibedah, dia kini ‘ok’.

Ida sedang berehat dan berada dalam keadaan baik,”ujar Fizar ringkas yang akan memaklumkan perkembangan Ida dari semasa ke semasa nanti.

Fizar juga memaklumkan isteri kepada Shahrin (bekas anggota Blackrose) ini akan berehat seketika daripada karier seninya sehingga dia betul-betul pulih.

“Doktor menasihatkan Ida untuk berehat sekejap daripada kerja. Jadi, dia akan menarik diri dari berlakon teater ‘The Good Body’. Namun, teater ini tetap akan diteruskan.

“Selain itu, dia juga tidak dapat menjadi juri pertandingan filem pendek ‘BMW Shorties’,” ulasnya.

Pada November lalu, Ida dan kawan baiknya, Tania Khan mendapat tempat ketiga dalam progran realiti ‘The Amazing Race Asia 3’.

Pasangan ini mendahului pasangan lain pada mulanya tetapi terkandas pada masa genting apabila mereka terlepas penerbangan ke Phuket, destinasi akhir bagi ‘The Amazing Race Asia 3’.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: