jump to navigation

Pemuda Pekembar anjur rally anti Anwar hari ini 20/6/09 June 20, 2009

Posted by nikmj in General, malaysia today, National, news, Politics.
Tags: , ,
trackback

Laporan dari Malaysia Today dipetik sebagai berkata, Barisan Pemuda Pekembar akan menganjurkan rally anti-Anwar bertempat diJalan Yap Kwan Seng hari ini sebagai membalas saranan Anwar agar bekas ketua PKM Chin Peng dibenarkan kembali keMalaysia.

Berikut adalah petikan dari laman tersebut,

 

Today, Umno Youth will be organising an anti-Anwar Ibrahim rally in response to his call to allow Chin Peng to be allowed to return to Malaysia.

The rally, to be called ‘Kebangkitan Pemuda’, will be similar to the Pemuda Umno anti-Chinese rally at the TPCA Padang in 1987.

The rally, which will be for just two hours, is headed by the new Federal Territory Minister and will be held along Jalan Yap Kwan Seng not far from Kampong Baru.

Those who are interested in participating in this rally please contact your nearest Umno office.

RM100.00 will be paid to each participant and food, drinks and transport will be provided.

Banners whacking Chin Peng, Anwar Ibrahim and the Chinese will be provided free.

Komen The Blog Of My Life :

Biar apa pun jenis dan matlamat rally, diharapkan agar pihak berkuasa dapat menggalas tugas dengan penuh ikhlas dan penuh bertimbangrasa.

Adakah rally Ameno ini mendapat permit dari PDRM? Jika benar, kenapa diberikan permit? Kenapa jika permintaan dari PR selalunya ditolak dengan alasan tidak mempercayai keikhlasan PR mengadakan rally?  Takkanlah kerana sebab Menteri WP terlibat sama maka segala hal boleh ditutup sebelah mata!!!

Kenapa anti-Anwar sedangkan golongan yang pertama membuat saranan agar Chin Peng dibenar pulang adalah kawan mereka sendiri iaitu GERAKAN? Kenapa tidak diadakan rally anti Koh Tsu Koon sahaja?

Jika dulu mungkin KJ tak dikenakan tindakan kerana bapa mertuanya PM, tapi kenapa sekarang tiada tindakan proaktif diambil sebelum rally ini diadakan. Adakah ada tangan hitam disebalik rally ini yang pondan untuk melangkah kedepan? Nampak sangat Ameno ni parti yang tidak ada hala tuju serta perjuangan yang ikhlas.

Hanya mereka yang bodoh dan tidak tahu sejarah sahaja yang akan turut terlibat didalam rally ini.

Comments»

1. nikmj - June 20, 2009

Rancang perhimpunan
bantah Anwar

KUALA LUMPUR 19 Jun – Barisan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP) akan mengadakan satu perhimpunan bagi membantah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju dengan usaha membawa pulang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Pengerusi BBHKCP, Othman Ab. Majid berkata, perhimpunan itu akan diadakan di hadapan pejabat Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Merbok, Sungai Petani pada pukul 11 pagi Ahad ini.

”Perhimpunan tersebut akan disertai oleh bekas-bekas polis dan tentera yang berjuang menentang Chin Peng semasa era darurat dulu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan bersetuju terhadap usaha pihak tertentu untuk meminta kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atas alasan negara sudah berdamai dengan PKM.

BBHKCP dalam kenyataan akhbar sebelum ini turut menyatakan rasa terkilan dengan provokasi Anwar itu yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.

Dalam pada itu, Othman turut menyeru orang ramai menyertai perhimpunan tersebut bagi menyatakan perasaan marah mereka kepada Anwar.

Sebarang keterangan lanjut mengenai perhimpunan itu boleh menghubungi Othman di talian 019-4795897 atau melalui e-mel, mankom54@yahoo.com.my.

Source : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: