jump to navigation

TGNA akan pengerusikan Mesyuarat khas bincang isu kerajaan perpaduan June 19, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, National, news, Politics, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat.
Tags: , , ,
trackback

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri pemimpin tertinggi parti itu bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Katanya, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang akan melibatkan hanya pemimpin utama PAS.

“Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan.

“Tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Khas Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10, petang semalam.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, gabungan pakatan pembangkang sekarang merupakan kerajaan perpaduan yang sebenar.

Kenapa perlu nak cari yang lain. Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan Islam fobia oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya. Inilah kerajaan perpaduan,” katanya.

Sementara itu pada mesyuarat tersebut beliau mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha dilantik muka baru iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menggantikan Dato’ Takiyuddin Hassan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato’ Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato’ Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Bendahari, Dato’ Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah. Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun.

“Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan,” katanya.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan ketika dihubungi merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan (Harakahdaily)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: