jump to navigation

Terkini !!! Laporan HKL ‘confirm’ Saiful tak diliwat June 18, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, Najib Razak, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.

Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,”

kata Amir Hamzah.

Kes ini ditetapkan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai nanti.

Sehubungan itu, salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur ini dilampirkan bersama afidavit yang difailkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu semalam.

Anwar mengemukakan laporan berserta affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan dakwaan sodomi itu.

Laporan perubatan ini bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.

Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah diatas dakwaan meliwat pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, tahun lalu.

Dakwaan sodomi ini terbit dikala mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Amir Hamzah juga berkata pembelaan telah diperincikan dan dirapi dan apa yang perlu sekarang ini hanyalah dokumen-dokumen yang belum diserahkan pihak kerajaan.

Dokumen ini termasuk laporan dari pegawai penyiasat kanan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), carta ujian Asid Deoxyribonucleic (DNA), laporan pakar kimia, serta kenyataan dari penuduh.

“Kami mendesak kerajaan untuk segera menyerahkan dokumen-dokumen ini khususnya laporan ujian DNA supaya kita boleh melakukan ujian bebas serta mendapatkan khidmat-nasihat bebas,”

kata Amir.

Peguambela memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari sebarang dakwaan sodomi atau menangguhkan prosiding sekiranya pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen- dokumen tersebut. (TVANTARA)

Comments»

1. rakyat m'sia - June 19, 2009

berani kerana benar..takut sebab buat salah..
kalo betol2 xbuat salah,buat je la sumpah lakhnat tu..
goyang ke?

2. ahpauzi - March 4, 2010

Betul seperti yang diperkatakan olih RM bukanya susah pi masjid dan buat sumpah habis cerita.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: