jump to navigation

PAS SEDIA BERBINCANG TENTANG PERPADUAN, BUKAN BERBINCANG NAK MASUK BARISAN June 17, 2009

Posted by nikmj in Buletin Online, General, islam, Najib Razak, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata tidak timbul isu PAS masuk UMNO dan tidak pernah ada pada mana-mana pemimpin PAS untuk masuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

”Yang ada sekarang ini adalah kita (PAS) tidak menutup ruang untuk mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun,”katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen semalam.

Katanya pendirian PAS bersedia untuk berbincang dengan sesiapa pun merupakan keputusan muktamar kerana dengan perbincangan itu PAS boleh berperanan untuk membantu membangunkan negara.

“Macam yang saya sebut, Ini pendirian yang kita ambil, sedia berbincang dengan sesiapa pun dan itu pun keputusan muktamar, sudah tentulah kalau kita tutup ruang untuk adakan perbincangan ini, sedangkan kita rasa kita ada peranan yang boleh mainkan untuk bantu bangunkan negara ini,” jelasnya.
Beliau menerima baik respon Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang mengatakan Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS.

Namun katanya, beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berada di luar Negara dan meminta pihak media menunggu respon dari Presiden PAS.

”Hari ini, sudah ada respon dari Perdana Menteri, saya terima dengan terbuka hati, tapi Presiden PAS berada diluar negeri, kita tunggu respon daripada beliau,”katanya.

Kata Ustaz Nasharudin, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak parti tentang perkara tersebut kerana ia merupakan perkara yang besar.

Selain itu, katanya, PAS tidak boleh mebuat keputusan secara individu kerana PAS sebuah parti yang meletakkan kepada Muktamar untuk menentukan sesuatu keputusan besar dalam parti.

Ditanya tentang perbezaan pendapat dalam PAS berkaitan isu ‘engagement’ dengan UMNO, Ustaz Nasha berkata ianya perlu dijelaskan kepada semua ahli dan proses penerangan sedang dilaksanakan.

Katanya, dalam menghadapi krisis yang melanda Negara masakini, semua pihak terkesan dan setiap orang perlu memberikan pandangan.

Oleh itu, katanya, bukan hanya PAS yang bercakap dan berbincang dengan kerajaan tentang soal perpaduan atau sebagainya, bahkan pihak lain juga melakukan perkara yang sama.

Mengenai pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawa sesiapa yang menyokong kerajaan perpaduan adalah boneka Umno, Ustaz Nasha tidak memberikan sebarang komen.

Namun dengan tegas beliau menolak menolak sebarang dakwaan yang beranggapan bahawa idea kerajaan perpaduan adalah usaha untuk membawa PAS masuk UMNO/BN.

“Saya tidak dapat nak ulas apa yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz, saya sebutkan tadi, kepada umum kalaulah ’unity talk’ ini atau ’unity government ini konon-konon usaha untuk bawa PAS masuk BN atau Umno, 

”Saya boleh berikan jawapan sekarang, iaitu tidak ada sebarang niat dalam diri kita (untuk masuk UMNO).”  – Klik Untuk Dengan Sidang media Ustaz Nasha di Lobi Parlimen Semalam  (BO)


Comments»

1. incisive07 - June 17, 2009

salam….PAS gud luck :)….

2. nikmj - June 18, 2009

DSAI yakin dengan pimpinan PAS


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: