jump to navigation

Gempar ! Nik Aziz gesa Nasa masuk UMNO jika masih ingin Kerajaan Perpaduan June 17, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.
    
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. 

nik aziz angry 170609“Apa buat sampah, menyusahkan,” menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. 

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan  tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, laporBernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai “boneka Umno.”

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: 

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. 

“(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

nasharuddin mat isa 170609 02“Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.” 

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata “beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut” pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini “telah masuk perangkap Umno” berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

“Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah,” katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

“Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” katanya.

Comments»

1. nikmj - June 17, 2009

Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia
KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato\’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

\”Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan \’nasihat saya mesti didengar\’ sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

\”Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit,\” katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut \’kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam �oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

\”Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

\”Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit,\” katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk \’Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.\’

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

\”Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS,\” ujarnya. Harakahdaily.

2. Pate Othman - June 17, 2009

puaka penulis – trying to please some group of people to sustain his career, not realizing the greater damage outcome from his writting – saman Tok Guru, tak dok pitih kawe bui – ajar org lagu nih!

3. Sulaiman Bin Hanim - June 18, 2009

Tidak hairanlah Pemimpin Akhir Zaman sekarang ini sekalipun mereka bergelar Ulama atau Tok Guru kalau sudah menerima HABUAN WANG yg banyak mereka tidak akan malu2 dan terasa Berdosa dan bersalah, Mereka MAHU diperalatkan oleh Pihak MUSUH Mereka walupun dengan Jalan yg bertentangan sekalipun juga….Kerana mereka memikirkan Usia mereka dah Lanjut dan Peluang sudah semakin jauh untuk menghampirinya….Hanya Allah SWT sahaja yg Maha mengatahui segala galanya….Wahlaahualam

4. Pate Othman - June 18, 2009

tapi apo saloh bicae dgn UMNO Tok Guru – muzakharah, Rasulullah dulu pun duduk bicae dgn org kafir yahudi.. ini pulok sesamo Islam – bukae Islam menuntut kito duduk bicae kae, bukae suruh perae – Allah la..

nikmj - June 18, 2009

Kawe sero tok guru takdok emosi gitumo lalu pasal UG, mungkin isu ni muncul sblm muktamar dimana maso tu ado competition between Nasa and Husam, so sedikit sebanyak, TG mungkin terpengaruh dgn karisma Husam, so ditambah lagi dgn propaganda media perdana, so isu UG ni jadi top sekejap.

Kalu ikut kato TGHH, sebenarnya tujuan muzakarah adalah nak tarbiyah UMNO masuk PAS, bukannya nak PAS tubuh kerajaan bersama dgn UMNO.

Tapi oleh kerana semua hal berlaku tanpa perbincangan terbuka, dimana byk pihak tak tahu kisah sebenar, maka kecohlah isu UG ni.

5. oghekapung - June 19, 2009

Saya dah kata dulu bahawa politik ini bukan ‘bread and butter’ bagi saya tapi saya amat cenderung ikut perkembangan.
Pertama:Lontaran idea pemimpin adalah hak dia.
Kedua:Komen dan pendapat kepada lontaran tersebut boleh dijadikan sebagai maklumbalas dari akar umbi.
Ketiga: Kedua-dua ini bukan keputusan parti atau Presiden.Hanya idea semata-mata.
Tujuan lontaran mungkin dalam gerak saraf nak tengok reaksi dalam organisasi kita atau pihak lawan sahaja.Kita boleh buat undi misalnya siapa setuju dan tidak setuju setelah konsepnya dijelaskan.
Pada fahaman saya Kerajaan Perpaduan adalah idea untuk semua parti (Pemerintah dan pembangkang) jadi dalam satu gabungan kerajaan tanpa pembangkang kecuali mereka yang tidak setuju sahaja. Gabungan ini adalah sementara ada krisis nasional yang memerlukan perpaduan rakyat supaya negara tidak jadi dalam keadaan ‘anarki’.
Kalau belum ada persetujuan diantara kita dalam PAS dan kawan2 kita dalam Barisan Rakyat apa yang kepoh sangat.Kita tak perlu ‘react’ kepada media-media yang memang celaka itu.Itu bukan lidah resmi kita. Ramai ahli mungkin masih baca tulisan2(bukan berita)dalam media celaka tetapi saya percaya mereka istiqomah dan yakin dengan apa yang diberitakan dalam media resmi kita. Kalau sudah bincang dengan semua, kita keluarkan satu kenyataan resmi oleh Ketua Penerangan bahawa kita tak setuju dan tiada siapa yang setuju.Tak payah kita mengeluarkan apa-apa kenyataan dimasa hadapan melalui media sebelum kita putuskan sesuatu sesama kita. Kalau diputuskan baru semua dapat mempertahankan apa yang telah dipersetujui bersama.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: