jump to navigation

PAS berpeluang cerah diPRK Manek Urai June 16, 2009

Posted by nikmj in Buletin Online, buletinonline, By election, General, National, news, Politics.
Tags: , ,
trackback

PAS mempunyai peluang yang cerah untuk mengulangi kejayaan dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Kelantan, sebagaiamana kejayaan yang dicapai dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata berdasarkan pencapaian masa lampau peluang PAS untuk mengekalkan kemenangan adalah lebih besar.

”Kita (PAS) yakin berdasarkan kepada ‘track rekod’ yang ada kita mempunyai harapan yang lebih besar untuk mencapai kejayaan itu,”katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Bagaimana pun, dengan pengundi Melayu melebihi 99 peratus beliau tidak menolak pertembungan yang sengit akan berlaku di antara PAS dan Barisan Nasional (BN) kerana kedua-dua parti akan cuba menawan hati para pengundi Melayu.
Katanya, PAS Terengganu akan membantu PAS Kelantan yang lebih mengetahui strategi dan tektik untuk memenangi pilihanraya tersebut.

”Tektik dan strategi kita (PAS) untuk menawan hati pengundi di Manek Urai, hanya orang Kelantan sahaja yang tahu dan lebih arif daripada kita,

”Kita (Terengganu) membantu mereka (Kelantan), segala pendekatan dan cara hendak mengambil hati pengundi orang Manek Urai akan diatur (oleh) orang Kelantan,

”mereka akan beri taklimat kepada kita, kita (PAS Terengganu) tidak boleh buat strategi sendiri,”jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, PAS Terengganu akan turun ke Manek Urai secara  rasmi bermula pada 19hb Jun.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu (JPNT), Ariffin Deraman berkata para petugas PAS Terengganu akan dihantar mengikut kawasan masing-masing dari tarikh tersebut sehingga hari mengundi pada 14 Julai depan.

”Kita (petugas PAS Terengganu) akan turun bermula 19hb Jun sehingga hari mengundi (14 Julai) mengikut kawasan, kita diarahkan bertugas di Peti Undi  Laloh (Lakloh) bersama kawasan pembantu Gua Musang,”katanya ketika dihubungi Buletin Online semalam.

Beliau yang telah pun membuat tinjauan pada 14 Jun, Ahad lalu, berkata ribuan petugas dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya dari PAS akan berada di Kelantan terutama pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Ketika ditanya bagaimana sambutan jentera Peti Undi Laloh beliau berkata, “kami di terima baik oleh jentera Unit Peti Undi dan jentera operasi serta kawasa pembantu,”.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut adalah Pengarah JPNT Hj Yahaya Ali, Pengerusi MTD Chujai, Hj Hanafiah Mat dan Bendahari Kawasan Kemaman Haji Johan

Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuatkuasa 23 Mei lalu ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. 

Allahyarham yang mewakili Pas mula memenangi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985 dan pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. (BO)

Comments»

1. Hidup PR! - June 16, 2009

Semoga PAS / PR berjaya!!! Demi menentang kezaliman BN!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: