jump to navigation

Revolusi kebangkitan gerakan kiri June 5, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Presiden pertama Indonesia, Soekarno pernah berkata dalam pidatonya ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-19: 

Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah – apalagi meninggalkan sejarah – sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa.” (Soekarno, 17 Ogos 1966)

amin iskandar article 291008 sukarnoBegitulah pentingnya sejarah dari kaca mata presiden pertama Indonesia sehinggakan dia mengatakan jika sejarah ditinggalkan ertinya sama seperti kehancuran sesuatu bangsa.

Akan tetapi sejarah seringkali dimanipulasi dan dibolot oleh orang-orang yang memegang kekuasaan – seperti yang berlaku di negara kita Malaysia. 

Dalam buku-buku teks sejarah sekolah, perjuangan kemerdekaan negara hanyalah milik Umno dan Perikatan. Hanya perjuangan mereka ditonjolkan, sementara perjuangan orang-orang kiri pelbagai bangsa digelapkan dan dipropagandakan sebagai pengganas dan penjahat.

Akan tetapi, kerja-kerja menyembunyikan sejarah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebenaran pasti akan terbongkar jua. Apa lagi di zaman internet apabila manipulasi sejarah dan maklumat dapat dipecahkan dengan pelbagai pendapat dan fakta daripada pelbagai sumber.

Sebelum Revolusi 48

Selepas berjaya dengan dokumentari Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi Reza muncul dengan dokumentari terbaru bertajukRevolusi 48

Pengarah filem ini membongkar kembali peristiwa bersejarah pada 1948 yang telah memainkan peranan penting dalam usaha-usaha memerdekakan negara daripada penjajahan British.

Peranan orang-orang kiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam memerdekakan Malaya tidak boleh dinafikan. 

Malahan jika dikaji kembali sejarah, mereka inilah perintis perjuangan untuk memerdekakan negara. Ketika Umno yang ditubuhkan pada 1946 bangga dengan slogan “Hidup Melayu”, mereka (baca: golongan kiri) telah melaungkan slogan “merdeka”.

amin iskandar article 291008 posterPak Mamat, Mak Minah, Pak Chou Tong dan Pak Waimin menceritakan kembali apa yang sebenarnya berlaku pada ketika Malaysia berada di zaman pra-kemerdekaan bermula dari zaman penjajahan Jepun, kembalinya British selepas ketewasan Jepun, darurat diisytiharkan dan golongan kiri mengangkat senjata. 

Peranan Lai Teck

Jika Khalid Jaafar, setiausaha akhbar Anwar Ibrahim sewaktu beliau masih timbalan perdana menteri menganggap bahawa Lai Teck yang berasal dari Vietnam sebagai penyelamat agung kepada negara dari pengaruh komunis, filem Revolusi 48 menceritakan sebaliknya.

Chou Tong menceritakan dengan jelas dalam dokumentari ini tentang peranan Lai Teck yang digunakan oleh British untuk menggagalkan usaha memerdekakan negara selepas Jepun menyerah kalah. 

Chou, atau nama sebenarnya Au Heng Fong, berkata Lai Teck pernah berkhidmat dengan Perancis ketika di Vietnam sebagai ejen perisikan. Selepas diketahui tentang peranannya sebagai tali barut penjajah oleh rakyat Vietnam, beliau menyusup ke Singapura untuk membantu British.

Di Singapura, Lai Teck pada mulanya menjadi buruh dan kemudian aktif di kesatuan buruh. Dari situlah beliau berjaya menyusup masuk dalam gerakan kiri dan sekali gus rapat dengan PKM.

Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu dan Singapura, Lai Teck menjadi tali barut kepada penjajah Jepun pula. Beliaulah yang banyak membongkarkan rahsia kepada Jepun mengenai gerakan anti-Jepun. 

Namun apabila Jepun menyerah kalah, dengan cepat Lai Teck bertukar kiblat kepada British. Antara tugasan pentingnya ialah menggagalkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah. 

Jika tiada Lai Teck, Malaya akan merdeka sepuluh tahun lebih awal!

Gerakan bersenjata

Dalam dokumentari ini juga, keempat-empat penggerak PKM ini menceritakan latar belakang bagaimana dan mengapa mereka menyertai gerakan bersenjata untuk melawan penjajah British.

Pada 1948, British mengisytiharkan darurat. PKMM, API, AWAS dan PKM yang sebelum ini bergerak secara sah diharamkan dan ramai pemimpin parti-parti tersebut ditahan.

Jika British tidak menghalang kebangkitan gerakan kiri, mereka akan dihalau oleh rakyat dari Malaya seperti rakyat Indonesia menghalau Belanda.

British tahu gerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin popular. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya.

amin iskandar article 291008 konfrantasiJika orang-orang kiri berjaya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kepentingan British akan hilang seratus-peratus.
 
Maka British terpaksa menyokong Umno dan Perikatan yang lebih menjamin kepentingan mereka.
Apabila darurat diisytiharkan pada 1948, maka revolusi pun bermula.

Ramai pemuda dan pemudi dari golongan buruh dan petani menyertai perjuangan mengangkat senjata untuk melawan British. 

Selepas penjajah meninggalkan Malaya pada 1957, kerajaan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman meneruskan perang terhadap golongan kiri dan PKM.

Tindakan ini telah menyebabkan perjuangan bersenjata berterusan sehinggalah Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani antara Malaysia, Thailand dan PKM pada 1989.

Contohi Megawati 

Dokumentari Revolusi 48 satu usaha membongkar kembali sejarah-sejarah yang telah disembunyikan selama separuh abad. Pada masa akan datang, lebih banyak lagi yang akan terbongkar.

Penulisan sejarah haruslah adil kepada semua pihak. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Fakta ini tidak dapat diubah.

amin iskandar article 291008 funeralBaru-baru ini, serikandi negara Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan, pemergiannya tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya oleh pemerintah dan aktivis-aktivis politik di Malaysia.

Perkara ini saya khabarkan kepada seorang teman di Indonesia yang kini aktif dengan gerakan Islam. Beliau turut bersedih dengan cara Malaysia  melayan tokoh bangsa.

Beliau memberitahu, ketika acara pengebumian bekas diktator Jeneral Soeharto, ramai hadirin yang hadir termasuklah bekas presiden Megawati Soekarnoputri.

Ketika zaman kegemilangan Soeharto, Megawati ditindas teruk oleh Soeharto. Parti PDI-P yang dipimpinnya pernah dipukul oleh jeneral tentera itu. 

Bukan itu sahaja, ayah Megawati iaitu presiden pertama Indonesia, Soekarno dijatuhkan oleh rampasan kuasa yang dipimpin oleh Soeharto.

Malaysia harus mencontohi Megawati. Tidak kira apa ideologi politik sekalipun, tokoh tetap tokoh. 

Jasa yang besar harus diberi penghargaan dan penghormatan. (mkini)

Comments»

1. nikmj - June 10, 2009

Beberapa Fakta Tentang Perang Anti-British
1. Secara ringkas, negara “merdeka” bermaksud negara yang tidak dijajah atau terlepas daripada sebarang bentuk penjajahan. Negara merdeka adalah negara yang “berdaulat”.

2. Daripada tafsiran di atas, dapat disimpulkan bahawa kedaulatan tanah Melayu atau sebahagian daripadanya telah dinodai semenjak 1511.

3. Selama hampir 450 tahun, kaum penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun dengan biadapnya telah merompak kekayaan bumi kita serta menghina maruah penduduk-penduduk tempatan.

4. Setiap penindasan atau pencerobohan pasti ada perlawanan. Namun begitu, ada juga yang memilih untuk bersyubahat dengan pihak yang menceroboh!

5. Inilah dua tradisi dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita – yang satu menentang, dan yang satu lagi rela bekerjasama atau menjadi alat musuh.

6. Peristiwa-peristiwa seperti Perang Hang Nadim, Perang Raja Haji, Perang Naning, Perang Mahadi, Perang Maharajalela, Perang Bahaman, Perang Tok Janggut, Perang Haji Abdul Rahman dan lain2 adalah perang-perang patriotik melawan penjajahan.

7. Semangat perjuangan dan patriotisme tersebut telah diwarisi oleh Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) pimpinan PKM dalam masa perang melawan Jepun.

8. Setelah Jepun dikalahkan, penjajah Inggeris bertapak semula di Tanah Melayu.

9. Seiring dengan kebangkitan nasionalisma di seluruh benua Asia, golongan-golongan patriotik dan demokratik rakyat luas Malaya telah menggembeling tenaga. Demikian terbentuknya gabungan PUTERA-AMCJA pada tahun 1947 menentang kolonial British.

10. Jun 1948, dalam usahanya menindas gerakan kemerdekaan, pihak berkuasa British telah mengisytiharkan “darurat’.

11. Kecuali UMNO yang dipupuk dan memihak kepada British, semua pertubuhan2 politik yang lain termasuk PKM dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah diharamkan.

12. Ratusan, malahan ribuan pemimpin2 kiri telah ditangkap dan dipenjarakan, ada yang dibuang negeri dan ada yang dihukum gantung sampai mati.

13. Berhadapan dengan white terror itu, PKM telah mengambil strategi untuk melancarkan perjuangan bersenjata anti-British. Perang inilah yang berlarut-larutan selama 41 tahun sebelum ianya tamat pada 2 Disember, 1989.

14. Ada orang bertanya: Mengapakah perang anti-British itu diteruskan setelah Malaya “merdeka” pada tahun 1957?

15. Mungkin mereka akan faham setelah memahami fakta di bawah ini:

• Inggeris telah memastikan supaya pilihan mereka iaitu Tan Sri Sir Claude Fenner menjadi Ketua Polis Malaysia “merdeka” yang pertama (1958 -1968);(gambar: Sir Claude Fenner)
• Sebelum itu, Fenner bertugas sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha Keselamatan dan Perisikan di Jabatan Perdana Menteri Malaysia “merdeka”;
• Pada tahun 1955, beliau memegang jawatan Ketua Polis di Johor;
• Dalam masa melawan MPAJA (tahun 1945), warganegara British berpangkat Leftenan Kolonel itu bertugas dengan Pentadbiran Tentera British (“British Military Administration”).

16. Masih ada lagi fakta yang menunjukkan betapa “berdaulat” dan “merdeka”nya Malaya selepas 31 Ogos 1957:
• Tunku menandatangani ‘Persetujuan Pertahanan Anglo-Malaya’ (AMDA – 1957) dengan British;
• Perjanjian ini membenarkan askar2 Komanwel bertapak dan beroperasi di bumi Malaya yang “merdeka”;
• Selepas 1972, AMDA diganti dengan ‘Perjanjian Pertahanan Lima Negara’ terdiri daripada Malaysia, Britain, Australia, New Zealand dan Singapura;
• Dalam masa yang panjang, tentera-tentera asing masih boleh kekal di bumi “merdeka” ini;
• Pangkalan tentera udara Australia di Butterworth adalah contoh.

17. Apakah British begitu prihatin dan baik hati terhadap masa depan bekas tanah jajahan yang mereka nodai selama ratusan tahun?

18. Watak sebenar kaum penjajah adalah untuk menceroboh, menindas dan memeras. Dari segi ekonomi, mereka telah memunggah segala kekayaan negeri ini melalui pemilikan dan penguasaan ke atas perusahaan2 besar seperti ladang-ladang getah, lombong bijih timah, “agency houses” dan sebagainya.

19. Jadi, apa muslihat Inggeris mengekalkan pegawai polis dan tenteranya selepas Malaya diisytiharkan “merdeka”?
Jawabnya: untuk terus melindungi syarikat-syarikat Dunlop, Socfin, Harrison Crosfield, Sime Darby dan lain-lain yang menjadi punca kekayaan besar mereka.

20. Inggeris menggunkan cara penjajahan bentuk baru atau “neo-kolonial” ini sebagaitipu muslihat mereka untuk terus berkuasa?
Ya, sebab itulah pejuang-pejuang seperti Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dll. tidak pernah menerima hakikat kemerdekaan “setengah masak” ini. (gambar: Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Ahmad Boestamam)

21. Apakah itu juga menjadi sebab perang anti-British diteruskan selepas 1957?
Jawabnya: Ya!

Source : matamin.blogspot.com

2. nikmj - June 10, 2009

ABDULLAH C.D.: STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA

STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA adalah sebuah kajian Bapa Abdullah C.D. yang pernah diterbitkan 3 kali iaitu edisi pertama, Mei 1984 dan edisi kedua pada Ogos 1988, dicetak dalam bentuk stensel. Pada 1998, edisi kedua dimuat dalam buku DARURAT DAN KEMERDEKAAN, tulisan Bapa Abdullah C.D. untuk memperingati 50 tahun Darurat di Tanah Melayu yang diterbitkan oleh Nan Dao Publisher, Hongkong pada tahun 1998. (Gambar: Abdullah C.D., penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 TRM)

Kepada yang berminat, sila download dan simpan sebagai pdf dokumen.

Perkenalan

Untuk menguasai negara kita dan menjadikan tanah jajahannya, penjajah British telah menggunakan berbagai strategi khasnya strategi “pecah dan perintah”. Umumnya mereka menggunakan penentangan-penentangan di kalangan kelas berkuasa Melayu, mengadu domba kaum-kaum dan lain-lain. Selain untuk merampas tanah negara kita, penjajah British telah menguatkuasakan berbagai undang-undang tanah serta melakukan penindasan berdarah terhadap perlawanan bersenjata kaum tani. Sejak merdeka pada tahun 1957, Kerajaan Kuala Lumpur telah mewarisi strategi penjajah tersebut. Ini justeru untuk memelihara kekuasaannya dalam mengembangkan secepat mungkin modal birokrat dan modal komprador yang bersubahat dengan modal monopoli asing.

Buku kecil “ Strategi Penjajah British Untuk Menguasai Malaya” secara ringkas cuba menganalisa strategi-strategi penjajah British tersebut. Di harapkan buku kecil ini akan berguna sebagai bahan rujukan bagi segenap patriot dan demokrat dalam perjuangan untuk menegakkan demokrasi, keadilan dan kemajuan social di negara kita dewasa ini.

Source : http://matamin.blogspot.com/2009/06/abdullah-cd-strategi-penjajah-british.html

3. nikmj - June 19, 2009

Sidang media Anwar menjelaskan isu Chin pENG


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: