jump to navigation

Khir Toyo mahu hapus tol, kini jadi pejuang rakyat? May 29, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, malaysiakini, news.
Tags: , , , ,
trackback

Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berhubung pemansuhan tol sesuatu yang ‘ajaib’ sama seperti Umno memboikot Pilihan raya kecil Penanti yang tidak pernah ada sejarah sebuah parti memerintah tidak turut serta bertanding

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmaddalam satu kenyataannya memberitahu penindasan terhadap perjuangan membantah tol ketika beliau menjadi Menteri Besar tidak akan dilupakan dimana rakyat yang turut serta akan mendapat ‘habuan’ daripada pihak berkuasa seperti FRU antaranya terkena semburan gas pemedih mata, tangkapan dan asakan kasar.

Apabila tidak jadi kerajaan, baru insaf bahawa memang tol tindas orang.

Kami dibelasah oleh FRU, sembur gas dan minum air asid adalah harga yang kami bayar dalam perjuangan menentang dasar tol. Yang sokong tol ini ialah pemimpin Umno waktu berkuasa dan rakyat yang tidak tahu haknya sahaja,” katanya yang mengulas kenyataan Khir dalam sebuah akhbar online.

Katanya perjuangan dan janji dalam manifesto untuk mengkaji balik dasar tol masih menjadi iltizam dan komitmen apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kerana memikirkan rakyat yang terbeban akibat tol.

Katanya sungguhpun ada di kalangan rakyat tidak memakai kereta dan tidak melalui jalan tol, tetapi rakyat yang miskin terpaksa menanggung beban akibar dari dasar kerajaan yang tindas rakyat melalui tol.

“Misalannya sayur sawi yang dibawa daripada Cameron Highland akan menjadi mahal kerana penjual sudah masukkan harga tol dalam harga sawi yang orang kampung beli.

“Inilah ekonomi seperti mata rantai, walaupun orang kampung tidak bayar tol, tetapi secara tidak langsung dia kena bayar tol,” katanya. (Harakahdaily)

Comments»

1. nikmj - May 29, 2009

Khir toyo marah … ayoyok !

Di laporkan di TMI http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/27968-khir-toyo-raps-hishammuddin-over-stateless-malaysians

.. Khir Toyo mengkritik Kementerian Dalam Negeri kerana slow sangat selesai kan masalah pengenalan diri mereka-mereka yang tidak jelas kerakyatannya.

Menurut mamat tu, BN Selangor dah kumpulan 5,000 kes sejak Januari 2008 dan 200 permohonan telah di serahkan kepada kementerian itu. Cuma 30 permohonan di proses dan dari jumlah itu, cuma 16 permohonan yang di luluskan setakat ini.

Dari jumlah 5,000 itu, 10 peratus adalah kes melibatkan kaum Melayu, kaum Cina 15 peratus dan 75 peratus adalah kaum India.

Aik… dah 2 penggal jadi MB, skrg bila dah jatuh baru nak buat kerja betul ke?

2. Bikir Perak - June 4, 2009

Alahai bila kekuasaan dan pangkat dah hilang jangan jadi bacul wahai Toyol tempee…dah la… pulangkan balik duit rakyat yang hampa kebas !!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: