jump to navigation

Kebaculan BN melarat dari Penanti ke Hujah TV9 May 27, 2009

Posted by nikmj in General, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.
debathusamzahid
Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.

Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.

Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan. 

Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.

Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas  sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!

Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga empat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.

Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul. 

Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru. (HusamMusa)

Comments»

1. nikmj - May 28, 2009

Surat Husam kepada Zahid

YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pejabat Menteri Pertahanan

Kementerian Pertahanan Malaysia

Tingkat 5, Wisma Pertahanan

Jalan Padang Tembak

50634 Kuala Lumpur Fax: 03: 26985372

YB Dato’ Seri,

PENYERTAAN DALAM RANCANGAN ‘HUJJAH’ DI TV9 PADA 26HB MEI 2009 JAM 9.30 MALAM

Sukacita saya menarik perhatian YB Dato’ Seri kepada perkara di atas.

Saya telah dimaklumkan oleh pihak TV9 bahawa YB Dato’ Seri telah membuat keputusan untuk membatalkan penyertaan YB Dato Seri di dalam rancangan tersebut pada saat-saat akhir oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Pada asalnya, saya dijadualkan akan menjadi ahli panel di dalam rancangan tersebut bersama-sama dengan YB Dato’ Seri, dengan Prof Madya Dr Agus sebagai moderator dalam rancangan tersebut pada malam ini 26hb Mei 2009 jam 9.30 malam.

Saya merasakan bahawa tajuk yang akan dibincangkan mengenai ‘Politik Wang’ adalah merupakan suatu tajuk yang amat mustahak dan relevan dengan situasi sekarang, dan rakyat secara keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran YB Dato’ Seri dan juga saya sebagai wakil dari PAS, untuk menangani permasalahan politik wang ini.

Oleh yang demikian, saya memandang berat keputusan YB Dato’ Seri untuk membatalkan kehadiran di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini. Saya memohon agar YB Dato’ Seri dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut supaya saya dan YB Dato’ Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini.

Sukacita saya memberikan tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk pihak YB Dato’ Seri memberikan pengesahan untuk hadir dan ikut serta di dalam rancangan tersebut pada malam ini.

Di atas kesudian dan kerjasama YB Dato’ Seri itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

YANG BENAR,

Husam Haji Musa


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: