jump to navigation

Isu warna pakaian yang diharamkan diMalaysia May 27, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysia today, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

 

Sejak beberapa musim ini, rakyat sudah mula terkeliru dan rungsing mengenai pakaian yang mereka kenakan setiap hari.
 
Mutakhir ini, warna pakaian yang dipakai pada satu-satu keadaan akan membawa kemudaratan sehingga boleh dibawa ke mahkamah dan bermalam di dalam lokap.

 
Pakaian Hitam

Pada Mei 5 lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melancarkan 1MalaysiaGelita [dalam Bahasa Inggeris, 1BlackMalaysia] yang menuntut agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan dan diadakan pilihan raya kecil. Justeru, seiring dengan kempen tersebut, Bersih menyeru seluruh rakyat berpakaian hitam pada Mei 7 semasa DUN Perak diadakan.

 
Pada hari tersebut, seramai 126 orang termasuk wakil-wakil rakyat ditangkap di Ipoh. Kebanyakan mereka berpakaian hitam. Menurut beberapa video klip yang diambil, ada seorang warga Ipoh yang beriadah setiap pagi juga ditahan bersama yang lainnya, hanya kerana dia berpakaian hitam. Orang tersebut kelihatan terpinga-pinga apabila ditangkap anggota polis yang berpakaian preman.
 
Pada Mei 7 juga, sekotak baju hitam peniaga yang berniaga di luar masjid di Ipoh dirampas dan penjualnya ditangkap. Sebanyak lebih kurang 170 helai pakaian ‘ditahan’ sebagai bahan bukti.
  
Keadaan lebih runcing apabila belasan orang ditahan polis baru-baru ini kerana mengadakan acara menyala lilin dan berpakaian hitam di Brickfields, Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain. Pihak polis telah mereman selama tiga hari 16 orang yang ditangkap pada malam Khamis di Teratai, Selangor manakala Adun Teratai, seorang wanita, diminta menanggalkan pakaian hitamnya lalu memakai pakaian seragam lokap.
 
Pakaian Putih

Pada Mac 7 lalu, juga pernah diadakan tangkapan besar-besaran seramai 124 orang kerana berpakaian putih semasa menghantar memorandum ke Yang Di-Pertuan Agong menuntut pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Di baju-T putih mereka tertera simbol anti-PPSMI dan yang lainnya ‘152’

menandakan hak rakyat mengenai bahasa kebangsaan mengikut nombor Artikel Perlembagaan Persekutuan. 

Pada waktu itu juga, seramai sekurang-kurangnya 4,000 menyaksikan pihak polis meleraikan perarakan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan menembak gas pemedih mata. 
 
Pakaian Merah


Pada Julai 6, 2007 Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan perhimpunan besar-besaran menuntut harga bahan bakar turun. Mereka melancarkan merah sebagai warna rasmi dalam kempen bantahan mereka. Selepas perundingan dijalankan, akhirnya mereka dan pihak polis bersetuju untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Kelana Jaya, Selangor.
 
Salah satu publisiti yang diadakan sebelum ke tarikh Julai 6, 2008 Geramm menganjurkan program yang berjalan secara aman (Peace Walk) pada Jun 28 dan diakhiri dengan penangkapan dua orang peserta berhampiran komplek membeli-belah Sogo di ibu negara. Mereka dan kesemua yang menyertai perarakan itu berpakaian merah.
 
Pakaian Jingga

 

Pertubuhan Tindakan Hak-hak Hindu (Hindraf) melancarkan jingga sebagai warna rasmi pergerakan tersebut. Jingga menjadi ketakutan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa memutuskan untuk mengharamkan pertubuhan tersebut.
 
Pakaian Kuning

  

Pada November 10, 2007 perarakan bersejarah yang bermatlamat menuntut pilihan raya bersih dan adil memperlihatkan pusat bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri dengan kuning.
 
Perhimpunan masa itu mensasarkan untuk mengumpul seramai 100,000 orang tetapi malangnya, banyak bas-bas yang ditahan sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan polis merampas baju-T kuning.
 
Sungguhpun pemandu tidak berpakaian kuning tetapi ada kereta menuju ke KL yang digeledah bagi mencari pakaian kuning!
 
Di beberapa tempat, misalnya Masjid Jamek, polis bertindak ganas dengan menembak gas pemedih mata. Di Pasar Budaya, polis mengarahkan kompleks tersebut ditutup bagi menghalang ‘orang kuning’ dapat berlindung dan berhimpun. Di Masjid Negara, mereka dikepung dengan kawalan pihak polis yang ketat.
 
Kuning dipilih kerana salah satu tuntutannya ialah untuk media adil. Tuntutan lain Bersih ialah pembersihan senarai pemilih, pemansuhan undi pos kepada anggota polis dan tentera, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen yang berpatutan.

Keadaan pada waktu itu sungguh tertekan sehinggakan seorang mangsa Aleyasak Hamid Ali Hassan tergelincir dan jatuh tertiarap di atas laluan pejalan kaki. Dia diterpa polis yang tidak berpakaian seragam dan salah seorang anggota polis tersebut memijak lutut kaki Aleyasak yang sedang terlipat sehinggalah pecak lututnya pecah dengan bunyi ‘pop’. 

Sungguhpun Aleyasak merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak terlibat dengan perhimpunan dan hanya menjual pisang goreng, polis mengheretnya ke trak. Dia kemudiannya menyaman pihak polis dan kesnya masih dalam perbicaraan.
 
Jadi, dengan insiden-insiden tersebut menyebabkan kita belajar untuk peka berpakaian demi keselamatan. Bagi mereka yang menganjurkan, sesuatu warna itu menjadi suara. Akan tetapi kepada segelintir orangramai, pakaian mungkin kini menjadi fobia. 

Tidak mustahil kepada orang kebanyakan untuk berasa takut untuk berpakaian dan terpaksa melihat akhbar (sungguhpun tidak melaporkan berita sebenar) tentang acara-acara yang dijalankan. 
 
Ada juga yang takut berpakaian batik pada hari Khamis kerana takut dicapkan sebagai kakitangan kerajaan yang terkenal dengan perkhidmatan lembab.* Dan ada juga yang mungkin takut berpakaian biru muda dengan lajur merah [warna bendera Mongolia] kerana takut tidak dapat mendapat projek kerajaan Persekutuan.
 
Tidak berpakaian?
 
Akan tetapi sekiranya seseorang itu bercadang untuk tidak berpakaian, mereka harus berfikir banyak kali.
 
Penyanyi Faizal Tahir pernah membuka bajunya serta menampakkan dadanya yang dicat huruf ‘S’ warna merah ketika membuat persembahan konsert yang disiarkan secara langsung di televisyen. Dia selepas itu digam untuk seketika oleh beberapa syarikat penyiaran di bawah Media Prima, dan juga oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
 
Sekumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) pula ada berhasrat untuk berbogel di hadapan pintu bangunan SUK Selangor tetapi dibantah Majlis Agama, dan akhirnya mereka akur menggugurkan niat mereka itu.
 
Fobia berpakaian warna salah akan merasuk kepada lebih ramai rakyat marhaen sekiranya amalan demokrasi untuk berpakaian dihalang polis dan tindakan pihak-pihak berkuasa ini tidak dibendung. (CpiAsia)

Comments»

1. azidi - May 27, 2009

Saudara sekelian. Memakai pakaian berwarna warni sebenarnya tidak menyalahi undang2. Masalahnya ialah pemakaiannya dirancang untuk tujuan2 tertentu dan berhimpun dalam jumlah yang ramai. Itu yang menjadikannya masalah negara agaknya. Jadi untuk mengelakkan kontrovasi dan tangkapan oleh pihak polis maka dicadangkan tak perlulah para penyokong memakai pakaian seragam (warna2 tertentu) untuk tujuan perhimpunan. Semua orang tahu apa maksud yang terselindung disebalik arahan pemakaian tersebut. Yang untungnya ialah penjual baju atau pembekal baju2 tersebut dan yang rugi ialah orang yang memakai baju tersebut dan kena tangkap dalam perhimpunan haram. Orang kata berani buat berani tanggung dan jangan salahkan Polis yang menjalankan tugas secara profisional. TQ

2. azidi - May 28, 2009

Hallo gang. Tak ada nak komen ke?

3. nikmj - May 28, 2009

Azidi, bukan tak nak komen, tapi yang pastinya awak belum dapat maklumat yang betul pasal pemakaian dan penangkapan. Semua orang berpakaian kerana ada tujuan tertentu, dan apa tujuannya bukan dan tidak sepatutnya menjadi masalah kepada sesiapa. Itu hak asasi manusia dalam sesebuah negara demokrasi.

Tentang penangkapan, baca sini http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2008

4. azidi - May 28, 2009

nikmj. kalau dah hak asasi baguslah. Kena tangkappun hak Polis juga sebab tak ikut undang2/ arahan suruh bersurai. Padan muka tidor lokap. Berani buat berani tanggung. Jangan pandai cakap aje

5. azidi - May 28, 2009

nikmj. jawab jangan tak jawab…

Kalau pakai baju hitam sambil minum kopi kat kedai mamak pun kena tangkap, tu dah betul2 something wrong, takkan tangkapan macam ni pun nak support bro…

6. azidi - May 28, 2009

Awakpun tak tahu cerita sebenar nikmj. Mungkin ikut baca dalam news aje. kalau awak tengok betul2 tempat kejadian, tshirt dia orang tu ada logo tertentu. Masuk kedai mamak lari dari serbuan dan order minum teh tarik macam kes langgar lari la -hit and run case tetap salah dan Polis kena cari sampai ke lubang cacing la bro…

Kenyataan itu dilapor secara langsung oleh ADUN Titi Serong yang berada ditempat kejadian bro.

7. azidi - May 28, 2009

Memang dia lapor secara live tapi dia tak sebutpun kawan tu pakai tshirt sponsor by PR sebab tu Polis cekup. Saya ada dalam operasi tu beb….

8. nikmj - May 28, 2009

What’s the problem wearing tshirt sponsored by PR? What if they just wear it somewhere else? Many organisation give free tshirt. Anyway, what’s your comment on this Mr Azidi since you said you are there during the operation? Are you cops? reporters?

Malam tadi, G Haridas, (34) – pemandu Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming – dan ahli Majlis Perbandaran Taiping (DAP), Simon Uthaya Kumar, (51), ditahan diluar pintu masuk bangunan ibupejabat di Ipoh.

Berlaku ‘perang mulut’ antara Ngeh, Nga dan timbakan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berhubung tangkapan tersebut.Ibrahim dikatakan memberitahu bahawa polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih.

Bagaimanapun, Ngeh pula menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) dan mendakwa ia merupakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

Source : http://speakforperak.blogspot.com/2009/05/ngeh-polis-raja-di-malaysia.html

9. azidi - May 28, 2009

Nikmj. Nasihat saya tak payah lah tegakkan benang yang basah. Salah tetap salah walau nak belit2kan fakta. Itulah kerja golongan kamu yang tak habis2 susahkan kerajaan. Polis terpaksa kerja 24 jam jaga tingkah laku kamu. Kamu datang 3-4 jam lepas tu balik. Polis standby 24 jam. Mereka juga manusia macam kamu. Sebab tu dalam tindakan2 tertentu Polis mesti bertegas.
Sebenarnya mereka menjalankan tanggungjawab. Mereka dibayar gaji oleh duit rakyat. Mejoriti rakyat tak suka perhimpunan haram yang menyebabkan kesesakan jalanraya, susah bergerak dan terpasa melalui sekatan jalanraya yang berpunca dari golongan kamu yang tak sudah2 mencabar undang2 negara. Akuilah kelemahan puak kamu ini.

Azidi. Pertamanya saya bukanlah ahli puak yang disasarkan anda. I’m also dont like the traffic jam due to unnecessary roadblocks. Next, I’m not manipulating the data. Its being reported from those from the scene. If they are reporting wrong data, then I’m so sorry about that. But if the data is correct, then lets face the truth. Everyone in Malaysia want peace for all. Infact I’m also a registered member of the ruling party.

10. Rakyat4Rakyat - May 28, 2009

Nikmj…

Polis sekarang tak macam polis dulu…itu kata arwah ayah aku…
dia pun polis juga….emak aku pun polis…arwah atuk aku pun polis..boleh dikatakan semua keluarga aku pun polis…tp aku tak suka jd polis sbb polis skrg tak mcm polis dulu…

Polis sekarang bnyk ikut ckp org atasan dan atasan dan atasan…siapa dia yg atas tu pun aku tak tahu…mungkin kalau tanya dia org pun, dia org tak tahu siapa yg bagi arahan tersebut….hahahaha

Polis skrg tak mesra ..tp bukan semua hanya yg bodoh dan gilo kuasa tu je…ikut ckp org atasan tanpa guna otak….

Kenapa nak kawal YB PR…sedangkan mereka ahli politik yg telah sah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka ….

YB PR bukannya penjenyah yg merogol…membunuh..atau merasuah….mereka mewakili rakyat termasuklah polis tu dalam menegakkan keadilan….

kepada azidi..siapa kata majoriti rakyat tak suka perhimpunan yg anda gelarkan haram tu… terimalah hakikat….analisis yg sebenarnya….rakyat suka…polis pun suka…kalau tak polis tak da kerja …hahahaha.

satu soalan utk saudara azidi… sekiranya PR merupakan Kerajaan Persekutuan selepas ini… siapa perlu anda ikuti dan hormati!!!!

BN atau PR??

Salasilah terdekat keluarga aku bukan polis, guard istana adela…kakakakkakak
Aku dah pernah try mintak jadi ASP polis, tapi sangkut takat interview dgn bukit aman je sbb katanya kerajaan takde budget nak ambil lebih dari 40 org ASP setahun.

11. azidi - May 28, 2009

Hallo nikmj & gang baru (RAKYAT4RAKYAT). Aku tak payahlah ko tanya siapa asal usul aku. Aku orang Melayu yang cerdik sikit daripada ko orang berdua. kalau aku Polis aku cari kau sampai dapat sumbat dalam jel bawah OSA atau Kemunting bawah ISA, tapi aku bukan Polis.
Kalau aku wartawan, aku dedahkan keburukan PKR macam Allah beri petunjuk dan hidayah kepada saudara Ezam Mohd Noor yang mengaku peti simpanan rahsia bukan ada pada dia tapi ada pada DSAI. Dia salah seorang Melayu yang telah kembali ke pangkal jalan.
Tapi cukuplah kalau aku kenalkan diri aku sebagai Pengundi hantu yang sangat2 ditakuti oleh PR masa pilahanraya.
Kahkahkah….

Azidi. Alhamdulillah, akhirnya talibarut yang perasan cerdik mengaku jua kewujudan pengundi hantu. Bukan setakat mengaku, bahkan salah sorang hantu… kakakaakakaka pengundi hantu ke ceplos… kakakakak

12. nikqlate - May 28, 2009

melayu ke Azidi oi

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

13. Rakyat4Rakyat - May 28, 2009

ooo..azidi ni kwn sesumpah rupanya….pengundi hantu raya lagi hahahaha…cerdik menipu org pula hahahaha….ada hati nak berlagak mcm polis..nak sumbat org tak tentu pasal…sikit2 nak report macam pondan….ada hati nak masukan org ke ISA lah …berdoa bnyk2 biar sedar melayu tak ke mana2 di bawah Umno… macam azidi ni…Islam itulah hakikat kebenaran….

kalau kita mati Allah tak tanya asal usul bangsa !!!!

terima kasih azidi sesumpah @ hantu raya kerana menjadi org Melayu yg cerdik menipu rakyat…!!!

14. azidi - May 28, 2009

Rakyat4Rakyat: Satu soalan kamu belum jawab. Sekiranya PR merupakan Kerajaan Persekutuan selepas ini (2013 kot) siapa saya perlu ikuti dan hormati? Jawabnya mudah, kita kena patuh dan hormat pemimpin sebab Islam minta begitu. Jadi sebelum PR sampai ke tahap memimpin, patuhi dan hormatilah kerajaan BN sekarang. Setuju?

15. azidi - May 29, 2009

Assalamualaikum sahabatku nikmj, rakyat4rakyat dan niqlat. Apa khabar saudara2 kelian pagi. Kita sambong bicara 28 Mei 2009 mengenai Pengundi Hantu.
Terbukti bahawa saudara2 telah terjebak dalam perangkap politik yang tidak baik. Saudara terima bulat2 berita saya pengundi hantu walhal saudara tak kenalpun siapa dan apa tugas saya. Inilah bukti bahawa saudara memang tidak menapis segala maklumat yang diterima betul atau palsu. Bayangkan purata spam bloger hampir 2000 membaca maklumat yang tidak sahih kemudian disebar mulut ke mulut maka fitnahlah jadinya.

16. azidi - May 29, 2009

Salam untuk saudara2ku.
Terbukti bahawa saudara2 telah ditetapkan minda untuk menerima berita2 yang saudara sendiri dengar atau baca dari laman blog. Kesahihan sesuatu berita saudara tidak hiraukan malah terima bulat2 apa yang dibaca dan didengar.
Kesimpulanya, sahlah bahawa golongan kamu ini perlu disedarkan untuk menerima berita2 tentang kebaikan dan bukan berita2 tentang keburukan sahaja keran dibimbangi minda saudara akan menjadi jumud dan beku untuk menerima kebenaran. Tidak mengapa jika tidak menerima kebenaran hidup di dunia, yang ditakuti kelak saudara2 juga tidak menerima kebenaran hidup di akhirat sebab mata dan hati saudara2 ditutup rapat oleh Allah untuk menerima kebaikan. Wallahuallam

Betul-betul-betul, untuk berita “kebenaran” teruskanlah membaca Utusan Meloya, berita hairan, TV3suku dan kaum kerabatnya. Wasallam

17. azidi - May 29, 2009

Terima kasih kerana respon positif. Berilah khabar gembira kepada saudara2 kita yang lain bahawa kita telah menerima kebenaran. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu. Amin

18. Ann - May 30, 2009

aku rasa c azidi ni sunyi…..xde kawan…..sebab 2 dia merapu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: