jump to navigation

Terkini Isu mogok lapar 25/05/2009 May 26, 2009

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , ,
trackback

Sila REFRESH untuk laporan terkini

5.23 pm : Semua 19 orang yang ditahan dibebaskan sebelum sembahyang asar pada jam 4.30 ptang sebentar tadi dengan jaminan mulut. Kebanyakan mereka yang terlibat sekarang ini berada di Wisma DAP Ipoh.

4.27 pm : Pihak badan Perhubungan PAS hanya akan menyediakan jamuan untuk berbuka pada hari terakhir puasa sunat iaitu pada hari Khamis ini, demikian seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki.

Kenyataannya dikeluarkan untuk mengelakkan kekeliruan pengumuman sebelumnya yang mengatakan ianya disediakan sebanyak 3 hari berturut-turut bermula hari ini..

3.48 pm : DS. Nizar bersama ADUN dan pimpinan Pakatan Rakyat lain bersama kain rentang “selamatkan demokrasi” dihadapan Wisma DAP selepas pelancaran Pusasa Sunat dan Mogok lapar.

 

3.42 pm : Salinan laporan polis yang telah dibuat oleh DAP

Laporan polis pada jam 12.45 minit oleh Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Khoo Ham.

Dato Ngeh sedang memberikan kenyataannya kepada rakan media selepas selesai membuat laporan polis tepat pada waktu azan dikumandangkan dimesjid negeri yang terletak berhadapan dengan IPK Ipoh. Dia menjelaskan penangkapan yang dilakukan adalah menyalahi prosuder dan undang-undang.

Mereka tidak dibenarkan menunggu di dalam kawasan pagar IPK tetapi di luar pagar, apa alasannya saya pun tidak pasti.
Antara penyokong Pakatan Rakyat yang berada di hadapan IPK Ipoh menunggu yang ditangkap dilepaskan.

3.20 pm :Lagi gambar tangkapan

 Tangkapan lebih ramai dilakukan kepada ADUN Pakatan termasuk dua adun wanita dari DAP, Leong Mee Ming(Jalong), Lim Phek Her(Menglembu).

Mereka mula dibawa ke IPK Ipoh dengan dua kenderaan Black Maria.

3.04 pm : Gambar terkini dari Wisma DAP Ipoh

Mereka yang ditangkap dibawa dengan kasar ke kenderaan polis berdekatan.

Tangkapan dibuat keatas Speaker Sivakumar, YB. Kula dan beberapa orang yang lain.
Semuanya polis berpakaian seragam atau tidak.

Dato Ngeh sedang berbincang dengan Polis Glen , glen mengarahkan semua bersurai dengan alasan tidak ada permit.

 Polis mula berkumpul di hadapan pintu masuk wisma DAP bila acara pelancaran habis dilakukan diatas wisama DAP.

Tak mau makan boleh mengancam keselamatan negara?.Malaysia sudah gila.

1.05 pm : Jumlah tangkapan keseluruhan termasuk pekerja syarikat event yang ditangkap awal pagi seramai 5 orang , dicampur dengan jumlah tangkapan jam 11.00 lebih tadi seramai 14 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 19 orang semuanya.

Semua sekarang ini berada di IPK Ipoh di soal siasat. Saya menemuai ADUN Sungkai Sivanesan sebentar tadi dan dia memaklumkan dia telah cuba memohon dan merayu kepada pengawal pintu masuk IPK Ipoh untuk masuk menghantar ubat kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat,Kulsegaran namun tidak dibenarkan.

Difahamkan YB. Kula sejak beberapa hari ini mengalami masalah kesihatan. bayangkan untuk masuk menghantar ubat juga tidak dibenarkan.

12.17 pm : Koleksi gambar terkini dari tempat puasa sunat dan mogok lapar IpohPolis berkumpul untuk apa? Polis bernama Glen memaklumkan perhimpunan tidak ada permit, dia bagi amaran sila bersurai, kalau tidak kami akan bertindak.

DS.Nizar ditemuramah selepas Program

Hidup Pakatan Rakyat, RM 200, 000.00 didermakan untuk perjuangan rakyat Perak,
Bubarkan DUN.

Jurutera bersara, EN.Koon Yew Yin menyumbang RM 200, 000.00
tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat Pera
k.

Jurutera bersara LAP.

Dato’. Ngeh meletakkan lilitan bubarkan DUN dan
gelang kuning kepada DS.Nizar tanda bermulanya Program.

12.12 pm : Setakat ini saya dapat mengesahkan seramai 14 orang ditangkap termasuk disana ahli parlimen Ipoh Barat, 7 ADUN Pakatan Rakyat dan 6 orang yang lain.

Sebentar tadi mereka telah dibawa ke IPK Ipoh dan saya tidak dapat lagi menerima berita terkini mengenai kedudukan mereka.

12.02 pm : Saya mendapati dari beberapa maklumat yang diperolihi, mereka yang ditangkap antaranya ahli yang berhormat ada yang dalam perjalanan ke kereta masing-masing dan sedang bersiap untuk ke mahkamah Tinggi kerana Pakatan Rakyat ingin mengfailkan kes Ketua kampung dipecat yang pada awalnya direncanakan pada jam 11.00 pagi.

11.45 am : Setakat ini saya mengesahkan 7 orang ADUN PR Perak Perak dan seorang Ahli Parlimen ditangkap dan mereka sebentar tadi telah dibawa dengan trak ke balai polis yang masih belum dapat disahkan setakat ini.

Selain itu saya menyaksikan hampir 10 orang awam yang lain juga ditangkap kerana didakwa melakukan perhimpunan tanpa permit

11.40 am : 5 ADUN PR KENA TAHAN LAGI. ADUN Teja, YB. Chan Lih Kang, ADUN Menglembu,YB Lim Phek Her, ADUN Jalon, YB.Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji, YB.Thomas SU dan ADUN Simpang Pulai, YB.Chang MIng dan sekurang-kurangnya 3 orang awam lain baru sahaja ditangkap polis sebentar tadi.

11.31 am : Sebentar tadi 3 orang telah ditangkap. Mereka adalah Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat, V.Sivakumar, Ahli Parlimen, Ipoh Barat, YB.Kulasegaran dan ADUN Malim Nawar, YB.Khesvinder Singh. Mereka sekarang dibawa ke trak Polis dan belum lagi dibawa ke mana-mana balai polis.

10.55 am : Ucapan MB Rakyat merasmikan  mogok lapar.

 Mahkamah adalah bukan penyelesai masalah, dia boleh menafsirkan undang-undang tapi rakyatlah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah di Perak.

Saya mengalakkan orang Islam berpuasa kerana hari ini 1 Jamadil Akhir yang disunatkan dalam Islam, diiringkan dengan solat Hajat dan berdoa.Mudah-mudahan dibuka hati kepada mereka yang berkenaan dan diberikan kepada mereka.

Pada masa ini banyak perkara tidak boleh dibuat. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, namun pagi ini saya dilarang untuk bersalam.

Hari ini macam-macam tidak boleh termasuk main belon.

Di Penanti aman kerana BN tidak bertanding, pagi ini kami dihalang untuk berkumpul dan berucap.

Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada rakan media, NGO dan semua pihak dalam membantu program kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya mengalu-alukan sesiapa ikut serta berdasarkan kemampuan masing-masing dan budaya serta agama sendiri.

Generasi akan datang akan menyaksikan apa yang dilakukan oleh tuan-tuan.

Saya mohon rakan media melaporkan berita secara baik dan akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan. Kita ada sikap terbuka dengan rakan media.

 

dengan Kalimah nasrunminallah wafathun qarrib, saya merasmikan Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar.

10.44 am : Sekarang ini sedang berlangsung Majlis Perasmian Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar yang diadakan di dalam Wisma DAP dengan dipengerusikan oleh ADUN Canning, YB Wong Kar Woh.

Majlis dimulai oleh taklimat ringkas Pengerusi yang mengesahkan 5 orang ditangkap pagi tadi, sebuah belon besar untuk pelancaran turut dirampas oleh polis.

 DS.Nizar berucap merasmikan Program Puasa dan Mogok Lapar

Dato’ Ngeh sedang berucap, ” saya kesal dengan Malaysia yang semacam menjadi negara polis”

Pengerusi DAP PErak kedsal dengan tindakan pihak POlis yang double standard dalam bertindak. Misalnya, kata beliau bila ada petugas Pakatan Rakyat menayangkan CD Sidang DUN kita ditangkap. Sebaliknya BN bertindak dengan mencetak 50, 000 keping CD tanpa apa-apa tindakan oleh polis.

Beliau juga berharap BN dan pihak Istana menghormati kehendak rakyat supaya dibubarkan DUN.

Dr.Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng sedang berucap, “saya kesal dengan slogan Malaysia Boleh, dalam keadaan kita tidak boleh melakukan sesuatu termasuk Mogok Lapar”  

Speaker Sivakumar sedang menyampaikan ucapan

Speaker Perak, V Sivakumar menyatakan tidak ada langkah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak hari ini.

Dato Ngeh sedang berbincang dengan polis mengenai khemah yang tidak dibenarkan untuk digunakan dalam program in

Kenderaan polis di hadapan Wisma DAP


Polis menawan khemah yang kami pasang

Kedai di bawah Wisma penuh dengan pelanggan, kebanyakan yang saya rasa adalah pegawai keselamatan

10.14 am : Laporan dari Cina Islam. 

sidang Media akan bermula bila-bila masa

Nizar dikerumuni wartawan

Kehadiran DS Nizar mendapat perhatian rakan media

Sebentar tadi, DS. Nizar sampai disambut dengan laungan takbir dan kata-kata ‘hidup Nizar’.

Beliau bergerak masuk ke dalam khemah yang masih belum dibuka dan dikerumuni oleh wartawan

9.45 am : Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira 7 pagi. Acara itu sepatutnya dijadual dirasmikan pukul 10 pagi ini.

[5 yang ditangkap adalah pekerja yang mengendalikan majlis pagi ini.]

(Khemah-khemah yang dipasang telah di duduki oleh sebahagian besar FRU dan polis dan sebahagian dari mereka menaiki kembali kenderaan polis kembali dalam keadaan cuaca hujan sedikit sebentar tadi.

Maklumat dari pejabat DAP sebentar tadi memaklumkan pihak FRU masih membenarkan orang ramai menghampiri Wisma DAP namun kami dilarang dari meneruskan program yang direncanakan pada pagi ini diperkarangan Wisma DAP di Medan Istana Ipoh itu.

Selain itu 5 orang yang ditangkap adalah dari syarikat event yang ditugaskan mengendalikan majlis perasmian pada pagi ini. Saya masih tidak dapat mengesahkan ke balai polis mana mereka telah dibawa. )


Comments»

1. nikmj - May 26, 2009

The police here “stopped” the planned Pakatan Rakyat (PR) hunger strike by arresting five workers and taking over the tent where the fast was to take place.

The light strike officers moved in at 7am arrested two locals and three Burmese workers from an event management company who were putting up the tent and a giant balloon — which was confiscated by the police.

They are now occupying the canopy to block PR from continuing with their fast which was meant to be part of a move to press for fresh state elections.

As at 9.30am, the riot police are still under the tent just outside the DAP headquarters here and having breakfast.

A total of 40 policemen, two jeeps, four police cars, two vans and seven trucks are in attendance but no PR leaders except for Ipoh Barat MP M. Kulasegaran have arrived.

Ousted mentri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin and dumped speaker V. Sivakumar are due to launch the event at 11am.

The balloon has also been confiscated by the authorities.(TMI)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: