jump to navigation

BN bergolak, PPP ada 2 Presiden May 25, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, Najib Razak, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Parti Progresif Penduduk (PPP), yang pernah dilanda krisis kepimpinan dua dekad lalu, kini kembali ke era lama apabila kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu, memilih beliau sebagai Presiden baru parti itu semalam.

Ia diputuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM).

PRESIDEN BARU… Senator T. Murugiah (tengah) menjawab soalan wartawan selepas dipilih sebagai Presiden PPP yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar di Putrajaya hari ini.

 

Malah, EGM itu juga melucutkan Datuk M. Kayveas sebagai Presiden.

Ketika mesyuarat ini diadakan Kayveas dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.

Ketika dihubungi Kayveas berkata, beliau tidak akan melayani ‘resolusi’ yang diluluskan oleh kumpulan tersebut.

“Beliau (Murugiah) boleh melakukan apa yang dia mahu tetapi kami masih menunggu rayuan (berhubung keputusan dilucutkan) beliau, yang perlu dikemukakan sebelum 30 Mei ini,” kata beliau sambil menambah, EGM itu bercanggah dengan Akta Pertubuhan.

EGM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pukul 12 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian.

Murugiah dibawa masuk ke dalaman dewan persidangan dengan iringan muzik dan diusung oleh penyokongnya sebaik sahaja usul pertama diluluskan oleh perwakilan.

Usul pertama menyebut tentang pembatalan keputusan memecat enam pemimpin PPP termasuk Murugiah minggu lalu.

Enam usul diluluskan EGM termasuk yang berkaitan dengan pemilihan Murugiah sebagai Presiden.

Lima usul yang lain ialah: – undi tidak percaya dan melucutkan Kayveas sebagai Presiden PPP

– memilih Murugiah sebagai Presiden

– undi tidak percaya terhadap kesemua Ahli Majlis Tertinggi, sekali gus memecat mereka

– memilih tiga Naib Presiden dan 22 Ahli Majlis Tertinggi yang baru

– membatalkan proses penamaan calon 30 Mei ini dan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan dijadual pada 7 Jun ini

Kesemua usul diluluskan dengan ucapan mengecam kepimpinan Kayveas.

Selain memilih Murugiah, EGM juga memilih tiga Naib Presiden yang baru dan 22 AMT.

Pada 9 Mei lepas, Murugiah dipecat daripada PPP kerana didakwa terlibat dengan politik wang.

Ketika ditemui wartawan kemudian, Murugiah berkata, EGM hari ini dihadiri 1,760 perwakilan dari seluruh negara.

“EGM ini sah dan ikut undang-undang,” kata Murugiah yang akan menemui Pendaftar Pertubuhan (ROS) esok untuk memaklumkan perkembangan dan hasil EGM.

Beliau juga mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan baru ini.

Sambil menyifatkan perkembangan hari ini sebagai “tsunami politik PPP”, Murugiah berkata, beliau juga sudah menerima pengesahan ROS yang cawangannya, Sg. Parit Tower di Perak sudah dihidupkan semula.

“Saya menerima surat daripada ROS Jumaat lalu,” katanya.

Bagaimanapun Murugiah kelihatan “beremosi” apabila ditanya soalan sama ada PPP kini mempunyai dua orang presiden.

“Kayveas sudah dilucutkan tadi dan perwakilan memilih saya… ini keputusan perwakilan,” kata beliau yang turut menegaskan, notis secukupnya telah dikeluarkan untuk mengadakan EGM hari ini.

Kata Murugiah, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenainya dan menyerahkan kepada peguamnya dan ROS.

Kata Murugiah, EGM dianjurkan oleh perwakilan dan beliau hanya dijemput hadir, sekali gus dipilih sebagai Presiden PPP yang baru.

Terdahulu dalam ucapannya sebagai Presiden baru, Murugiah berkata, beliau akan kembali menjalin hubungan baik dengan parti-parti komponen BN.

“Saya akan mengadakan kunjungan hormat menemui pemimpin parti-parti komponen BN tidak lama lagi,” katanya.

Malah jelas Murugiah, di bawah kepimpinannya PPP juga tidak akan mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan keluar BN.

Hari ini beliau turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta pengerusi perhubungan negeri PPP.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: