jump to navigation

LIVE dari Penamaan calon PRK N12 Penanti May 23, 2009

Posted by nikmj in General.
Tags: , , , , , ,
trackback

Sila klik paparan alamat URL diatas untuk berita terkini atau REFRESH.

12.30 pm :Penyokong dan pemerhati yang hadir di pusat penamaan calon mulai bersurai, tiada kejadian tidak diingini berlaku (Sebab utamanya BN tak bertanding).

12.15 pm :SPR setakat ini masih belum menyatakan sebab penolakan  pencalonan Saberi. Wakil media masih menunggu pengumuman rasmi atau sidang media SPR.

12.09 pm :Calon yang layak bertanding di pilihan raya Penanti. Dari kiri; Ramizu, Mansor, Nai-Khan dan Aminah.

Calon PKR, Mansor Othman disambut meriah oleh penyokong Pakatan Rakyat selepas diumumkan layak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini

Penyokong sudah beransur pulang selepas calon mereka diumumkan sah bertanding dalam pilihan raya kecil DUN  Penanti 31 Mei ini.

12.05 PM : Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, empat orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini layak  bertanding, demikian diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya. 

Mohd Saberi Othman, seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas, dibatalkan borang pencalonannya

12.02 PM : CORRECTION – PENANTI – PKR faces 3 independents, Saberi disqualified while Kamarul can contest.

11.59 am :PKR now faces 2 Independents for Penanti by-election as Saberi also disqualified. Mansor, Aminah, Nai Khan Ari, Kamarul  Ramizu sah bertanding. Saberi ditolak.

11.57 am :Mansor, Aminah, Nai Khan Ari, Kamarul  Ramizu sah bertanding. Saberi ditolak.

11.55 am :SPR umum terima 5 borang pencalonan.SPR umum terima 6 bantahan

11.54 am :Calon dipanggil naik ke pentas.

11.53 am :Pegawai Pengurus Pilihan Raya keluar dewan dan naik ke pentas untuk pengumuman rasmi.

11.49 am :SPR dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti pada jam 12 tengah hari

11.46 am :Calon sedang menunggu keputusan SPR berhubung kelayakan mereka bertanding. Calon Bebas, Mohd Saberi, kelihatan gelisah dan kecewa.

11.42 am :Calon PKR, Mansor, dan wakil calon Bebas, Mohd Saberi, dipanggil untuk memberi keterangan terhadap bantahan yang dikemukakan

11.31 am :Tiga calon Bebas – Aminah, Nai-Khan dan Kamarul – sedang memberi keterangan kepada pegawai SPR, dipercayai berhubung bantahan. Calon PKR, Mansor, sudah memberi keterangan sebelum ini.

11.29 am :Mereka kelihatan berdebar menunggu SPR mengesahkan kelayakan mereka untuk bertanding.

11.24 am :Kelihatan penyokong Pakatan Rakyat masih setia berkumpul di luar pusat penamaan calon walaupun cuaca di sini panas.

11.21 am :Orang ramai dan penyokong masih menantikan siapa calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil ini.

11.10 am :Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, lima orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini sedang menunggu pengumuman rasmi pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.


Jika tiada sebarang penolakan kertas pencalonan, kelima-limanya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti – kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Proses penamaan calon mencipta sedikit kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris – calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak – turut mencuba nasib di satu kerusi DUN di Pulau Pinang.

Tiga lagi calon bebas: bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari; bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan Mohd Saberi Othman.

11.07 am :Objection period ended with one objection against Kamarul Ramizu Idris’ proposer who is said to be not from Penanti.

11.05 am :Empat borang bantahan diterima SPR apabila tempoh bantahan ditutup.

10.59 am : Seorang pengundi membuat bantahan terhadap calon Bebas, Aminah Abdullah, kerana pencadang dan penyokong dikatakan tidak memenuhi syarat.

10.58 am :Tempoh bantahan tamat. Pegawai SPR meneliti bantahan yang diterima.

10.55 am : Tiga borang bantahan diambil tetapi hanya satu yang dikembalikan kepada SPR sehingga kini.

10.51 am :Pegawai SPR memanggil calon Bebas, Mohd Saberi untuk mendapatkan penjelasan berhubung butiran di dalam borang pencalonan.

10.49 am : Candidates – pr + 4 independents from mca/ gerakan, d one fr bkt gantang n former pkr lady, a retired army who came wif 15 bodyguards

10.46 am :Wakil parti dan calon bertanding menyemak kertas pencalonan yang dipamerkan SPR di luar pusat penamaan calon DUN Penanti, pagi ini

10.44 am : Kawalan pihak keselamatan diluar dewan pencalonan

10.43 am :Nizar appeared to shake hands.. Crowd went berserk.. Police ascorted him away.

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan “bubar (DUN) Perak” para penyokong. 

Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada Mansor yang mempertahankan kerusi parti itu – satu daripada tiga DUN bawah parlimen Permatang Pauh. 

10.39 am :Wakil pemerhati PKR serahkan borang bantahan kepada SPR. Bantahan PKR minta SPR semak semula wakil Bebas, Nai-Khan Ari.

10.36 am :Seorang penyokong Mohd Saberi Othman beritahu beliau akan buat bantahan terhadap pencalonan Kamarul Ramizu kerana penyokong atau pencadangnya bukan orang tempatan seperti ditetakan.

10.35 am :Sebahagian wartawan  ketika menunggu di pusat penamaan calon di DUN Penanti

10.31 am : Polis benarkan 30 pengundi DUN Penanti dengan lima orang setiap kumpulan secara berperingkat meneliti kertas pencalonan yang dipamerkan di luar pintu masuk utama IKBN BM.

CALON Bebas, Mohd Saberi Othman (tengah) bersama penyokongnya tiba di pusat penamaan calon pilihan raya kecil N12 di Dewan Perdana IKBN Bukit Mertajam

10.23 am :Keadaan masih tenang dan lancar…penyokong kira-kira 2,000 dan mereka menunjukkan sikap kesopanan. DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos yang akan mengundi di 32 saluran di sembilan pusat mengundi pada 31 Mei ini.

10.21 am :Wakil calon PKR dilihat mengambil borang bantahan

10.10 am : Penasihat undang-undang PKR ketika ini sedang melihat kertas penamaan, calon yang lain. Hanya PKR parti politik yang bertanding. Calon Bebas akan diberi simbol daripada senarai yang disediakan SPR.

10.05 am :PENYOKONG PKR yang hadir mengiringi calon di pusat penamaan calon   pilihan raya kecil DUN Penanti di IKBN Bukit Mertajam


10.00 am : Pegawai Pengurus Pilihanraya sebentar tadi umum tempoh sejam menghantar borang ditutup. Sekarang adalah tempoh bantahan pencalonan selama sejam sehingga jam 11 pagi.  

09.59 am :Ketika ditemubual dari Kuala Lumpur sebentar tadi, Kamarul Ramizu berkata memang hasratnya untuk memperkenalkan konsep keimanan dalam politik dan tujuan bertanding kali kedua selng sebulan bukan kerana kepentingan diri atau hendak menjadi popular.

9.30 pagi: Lima calon termasuk empat calon Bebas sudah kemuka borang pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Penanti. Mereka ialah Mansor Othman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala empat calon Bebas terbabit ialah Aminah Abdullah, Nai-Khan Ari, Kamarul Ramizu Idris dan Mohd Saberi Othman.

9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin parti itu memasuki kawasan pusat penamaan calon di IKBN.

9.20 pagi : Calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, bulan lalu, Kamarul Ramizu Idris membuat kejutan apabila muncul untuk menyerahkan borang penamaan calon DUN Penanti,

09.13 AM : Calon Bebas Nai-Khan Ari menunggu dikhemah calon

9.10 pagi: Calon Bebas, Mohd Saberi Othman tiba dan memasuki Dewan IKBN.

9.06 pagi:Calon Bebas, Aminah Abdullah menjadi orang pertama menghantar borang ke dewan penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

9.00 pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses penamaan calon dibuka. Mansor dan Aminah memasuki Dewan IKBN.

8.45 pagi: Kira-kira 1,000 penyokong hadir mengiringi calon PKR, Mansor Othman.

0845 am Suasana masih tenang diPenanti

0830 am : Sehingga berita ini ditulis, yang pasti ada 2 orang calon ini.

Mungkin sorang dua lagi calon bebas akan menyusul menyerahkan borang pencalonan mereka sekejap lagi.

PEKEMBAR takut kalah, jadi kali ni tiada calon yang bertanding mewakili dacing.

Keputusan Pilihanraya 2008 terdahulu adalah seperti berikut :

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: