jump to navigation

PRK DUN Manek Urai : BN mesti tarik diri seperti diPenanti May 22, 2009

Posted by nikmj in islam, malaysiakini, National, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

BN berpeluang membuktikan niat mereka tidak bertanding di Penanti adalah ikhlas dengan tidak meletakkan sebarang calun di DUN Manik Urai Kelantan.

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu. 

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut – bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini. 

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei. 

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai
 
Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02% 
 
1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746 
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394 
 
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

Comments»

1. abu - May 22, 2009

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham.

2. Alias - May 22, 2009

Kesian PM Najib kita, mungkin Tuhan nak uji dia sebagai PM Rakyat. Beliau sentiasa saja kena berdepan dengan rakyat. Mungkin beliaulah satu-satu PM yang paling banyak menghadapi pilihanraya kecil.

3. mat sabun - May 22, 2009

BN tak bertanding bukan sebab suka2 tak nak bertanding…ADUN Penanti tu yg suka2 nak letak jawatan…Najib dah ckp yg BN akan bertanding sekiranya ADUN atau ahli parlimen didapati meninggal dunia atau tak mampu nak berkhidmat atas sebab2 yg munasabah..bukan atas sebab nak melanjutkan pelajaran mcm si fairuz TKM PP tu…sape yg tulis rencana di atas mmg sengal…tak guna otak tp gune bulu roma masa berfikir

4. nikmj - May 22, 2009

Kepada Mat Sabun,
Mengulas lanjut isu DUN Penanti, Mustafa Ali menegaskan, mungkin ada sebab-sebab yang munasabah yang menyebabkan Fairus dan dipersetujui oleh PKR untuk beliau meletakkan jawatan dan bertanding semula.

Katanya, bukannya suatu perkara yang mudah bagi satu-satu parti, bagi seseorang tanpa apa-apa sebab meletakkan jawatan.

“Sebab parti menghadapi risiko bila ada pertandingan ada menang ada kalah, kalau kalah dalam pilihanraya, ertinya hilang satu kerusi, kalau menang hanya balik kepada status quo, balik kepada asal, tidak ada untung apa-apa,”ujar beliau

Beliau turut meragui kenyataan Perdana Menteri, Datok Seri Najib Razak, tentang masalah terlalu banyak masa dan kewangan yang dibelanjakan untuk mengadakan satu pilihanraya kecil.

Beliau menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai tidak ikhlas kerana lebih banyak wang kerajaan sebenarnya yang dibelanjakan secara membazir bukan untuk kepentingan rakyat secara langsung.

P/S Kalau BN sanggup bertanding kali ni, dah jelas sbb KOS TINGGI memang sengaja diada-adakan !!!

5. nikmj - May 22, 2009

NI KOMEN DARI WAK RADENJOWO,

Kalau PRK di Penanti .. itu muslihat Anwar. Lantas BN tak letok calun … Haiii .. lantok la deme.

Hah kali ni … PRK di Manik Urai .. apa muslihat Allah swt? Teringin beno teman nak dengo komen BN.

Memandangkan negara pun masih tidak stabil ekonomi dan banyak masalah, elok beno la kalau BN tak hantor calunnya.

Sebenornya, tidak letak calun di Penanti adalah satu kesilapan BN. Tapi di sebabkan ramai sangat lah yang bijak pandai UMNO tu, maka sekiranya berlaku di tempat lain, apa plak alasan BN gamoknnye?

Seterusnya … http://wartamaya.blogspot.com/2009/05/prk-manik-urai-apa-muslihat-tuhan.html

6. nikqlate - May 22, 2009

ko silap…. najib xnak bertanding pasal dier dah tahu gerenti kalah… watper nak membazir duit..pasal tu la kat perak pon xnak bubar dun…gerenti kalah punya.. alahai ko nie mat sabun….

mat sabun – May 22, 2009

BN tak bertanding bukan sebab suka2 tak nak bertanding…ADUN Penanti tu yg suka2 nak letak jawatan…Najib dah ckp yg BN akan bertanding sekiranya ADUN atau ahli parlimen didapati meninggal dunia atau tak mampu nak berkhidmat atas sebab2 yg munasabah..bukan atas sebab nak melanjutkan pelajaran mcm si fairuz TKM PP tu…sape yg tulis rencana di atas mmg sengal…tak guna otak tp gune bulu roma masa berfikir

7. zu klate - May 23, 2009

allah ingin menguji pentdbran najib dan allah telah membuka pembohongan dan tipu muslihat oleh najib.makin lama di takhta makin byk ujian dan byk lagi najib memutar belit.
Rakyat malaysia buka mata n hati,melantik para pemimpin di kalangan orang yang buta ugama,adalah satu dosa

8. ank rimau - May 23, 2009

mat sabun,sekurang kurang kami ada jugak otak tdok kat bulu roma,yang kau langsung tak ada otak.Lembu pun ada otak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: